Sebelum ni kakchik ada bercerita pasal anak sulung yang bercuti ke Eropah sempena cuti sem 1.. so percutian ala backpacker yang bermula dari Republic Czech dan berakhir di Italy itu telah disamun pada malam terakhir dan ketika berada di atas tren malam. Hampir semua yang berada di tren tersebut kehilangan barang personal termasuklah anak bujang kakchik.
Tanpa passport dia tidak akan dibenarkan untuk menaiki pesawat dan hal ini juga bermakna dia tidak boleh pulang ke negara asal atau dalam kes anak kakchik ke negara tempat belajarnya di Russia. Sememangnya terkandas di negara asing bukan sesuatu yang menyeronokkan. Kakchik sebagai ibu pun kecut perut menunggu perkembangan terkininya.
Setelah puas mencari di beberapa koc.. masih tidak berjumpa.. anak kakchik membuat laporan polis di station yang berhampiran. Memandangkan kejadian berlaku di malam hari so kena lah menunggu pejabat Kedutaan Malaysia di buka untuk membuat permohonan Sijil Passport Sementara. Dokumen yang diperlukan ialah :
- salinan laporan Polis
- dokumen yang membuktikan kerakyatan Malaysia (Mykad)
- borang permohonan (akan diberi oleh pihak kedutaan)
Setelah sijil passport sementara dimiliki.. barulah anak kakchik boleh book tiket untuk kembali ke Malaysia kerana dia tidak boleh menggunakan tiket yang ada untuk pulang ke Russia semula. Hendak book tiket pulang ke tanahair juga terhad kerana merujuk kepada negara transit yang tercatit seperti di sijil. Kebetulan pula cuti umum.. cuti CNY..
2 -3 hari juga anak kakchik bermalam di Italy sementara menunggu tarikh fly.. di masa itu kakchik sekeluarga bercuti di Batam.. tak senang makkk nakkk.. hehe.. Khamis selepas cuti Tahun Baru Cina anak kakchik pulang dengan selamatnya.. alhamdulillah adik n BIL kakchik yang tinggal di KL tolong mengambilnya di KLIA. Sekali lagi report polis Malaysia dibuat di balai polis yang berdekatan. Memandangkan hari pun dah petang n pejabat Imigresen telah ditutup maka keesokan harinya barulah dibuat permohonan passport gantian di Putrajaya. Ambil masa dalam 2 - 3 hari jugak untuk menunggunya siap.. investigate kesahihan laporan passport hilang.
Hari selasa berikutnya baru boleh diambil passport tersebut. Anak kakchik terus membuat permohonan "Invitation letter" dari pihak Uni di Russia dengan menghantar email passport yang telah diimbas. Menurut pihak Uni proses untuk mendapatkan dokumen tersebut mengambil tempoh 20 hari bekerja.. bulan Mac banyak betul cuti umum.. Russia menyambut Hari Wanita jugak.
Sebenarnya hampir sebulan juga menunggu invitation letter.. sahabat anak kakchik di sana telah membantu untuk mengirim melalui kurier service setelah dokumen tersebut siap. Dalam masa yang sama anak kakchik membuat ujian darah "HIV".
Hari selasa berikutnya baru boleh diambil passport tersebut. Anak kakchik terus membuat permohonan "Invitation letter" dari pihak Uni di Russia dengan menghantar email passport yang telah diimbas. Menurut pihak Uni proses untuk mendapatkan dokumen tersebut mengambil tempoh 20 hari bekerja.. bulan Mac banyak betul cuti umum.. Russia menyambut Hari Wanita jugak.
Sebenarnya hampir sebulan juga menunggu invitation letter.. sahabat anak kakchik di sana telah membantu untuk mengirim melalui kurier service setelah dokumen tersebut siap. Dalam masa yang sama anak kakchik membuat ujian darah "HIV".
ni ler rupanya "invitation letter" |
Setelah semua dokumen asal diperolehi anak kakchik pun pergi ke pejabat Kedutaan Russia di Jalan Ampang, KL untuk memohon visa. Borangnya perlu diisi secara atas talian.
Inilah nota rujukan untuk pengambilan visa.. tempoh dua hari bekerja |
visa yang telah siap |
Dalam masa menunggu visa untuk diambil.. anak kakchik pun book tiket ke Russia.. tidak banyak pilihan yang ada. Anggaran yang paling ekonomi ialah RM2,400 tetapi perlu transit dua tempat.
Flight KL-Abu Dhabi-Rome-St Petersburg pada 3/4/2016 |
Danial dan sahabat karib masa di Samura.. Petek.. sedang menunggu untuk fly juga.. selepas raya nanti |
Kesian danial perjalanan jauh yang amat meletihkan.. syukur selamat sampai walau mengambil masa dua hari dan kawalan imigresen di Russia yang sangat ketat.. untuk nak memastikan anak kakchik memang pernah belajar di sem 1.. mereka sanggup call dekan Uni.. kebolehan berbahasa ruski sedikit membantu dan membuktikan anak kakchik memang pelajar Uni di sana. Muga pengalaman ini dapat mendewasakan si bujang kakchik ni untuk belajar lebih kuat dan selamat mengulangkaji.. tertinggal kuliah hampir sebulan yang lepas.
Bagus anak kak Sarimah... Alhamdulillah..dpt belajaq obersea..
ReplyDeleteAlhamdulillah.. minat dia nak ke sana.
Delete