Thursday 25 February 2016

Pokok getah di kampung sedia ditoreh

Assalam .. muga kalian dan seisi keluarga beroleh kesejahteraan juga ketenangan di dalam mengharungi kehidupan.

Kakchik kongsikan kisah 9 tahun yang lalu iaitu pada penghujung tahun 2007. Ketika itu kakchik berpantang anak ketiga di kampung, adik lelaki kakchik sibuk menanam anak pokok getah di kebun belakang rumah mak. Tak lah berapa luas anggaran dalam seekar. Menurut mak, modal membeli anak2 pokok getah tersebut hasil dari collection yang kakchik dan ateh berikan setiap bulan. Selang setahun lebih selepas pokok getah ditanam.. adik lelaki kakchik meninggal dunia (awal 2009). Muga rohnya dicucuri rahmat.

Ni ketika danial balik bercuti disebabkan pasportnya hilang

Boleh ke toreh camtu anil ..

Pokok getah yang mula dibuka carang (ni bahasa mak kat kg gunakan) iaitu tapak pertama untuk ditoreh. Entah siapa lah yang nak menoreh, harga getah pun jatuh teruk. Sementara ni mak kakchik yang menoreh selang sehari memandangkan ianya pokok muda. Ia sekadar exercise bagi mengeluarkan peluh katanya..

Sedih jer setiap kali melihat pokok getah di belakang rumah mak kakchik... teringat arwah adik.. Muga tenang di sana.

No comments:

Post a Comment