Friday, 5 May 2017

Trip to Lumut 3D 2N (29.4 ~ 1.5.2017)

Assalam..    muga berbahagia bersama tersayang dan hidup saling melengkapi sesama insan


Day 1 ~ 29.4.2017 (Sabtu)

Trip ke Lumut sempena cuti hujung minggu bersambung cuti Hari Buruh.. kami mulakan perjalanan seawal jam 4.30 pagi untuk mengelakkan kesesakan berganda.. hehe. Kami singgah subuh di r&r Air Keroh. Selepas sarapan, perjalanan ke utara diteruskan lagi.. jalan mulai sesak di NKVE kerana banyak konvoi motor kuasa tinggi, kapcai, vespa dan kereta sport mewah.. kami keluar di tol Bidor.. sepatutnya kami perlu keluar di Tol Sungkai tapi terlepas jalan..


Anggaran bajet perjalanan untuk keluarga berlima (3 dewasa 2 kanak-kanak) :

                                      (RM)
Petrol pergi & balik      -   200.00
Tol pergi & balik          -   160.00
Penginapan  (1 mlm)    -   150.00
Bajet game/bot            -   100.00
                                   -------------
Total :                             610.00
                                   ========                     


Dari tol Bidor anggaran perjalanan dalam dua jam untuk sampai ke Lumut.. bertemu Teluk Intan dan Manjung. Kami singgah makan tengahari di Selera Kampung Mohd, Manjung.. sedap dan enak masakannya. Kami sampai di Lumut sekitar pukul 2 petang dan terus check in. Sempat kami menyegarkan badan dan bersolat jamak sebelum acara seterusnya.. melawat pengkalan TLDM sempena hari terbuka 2017.. kami berjanji untuk bertemu sahabat kakchik yang datang dari Penang, juga adiknya dan suami yang menjadi staff TLDM di sekitar lokasi hotel.. rombongan cik kiah lagi..


TLDM Lumut - Hari Terbuka 2017

ahli rombongan cik kiah kami..

KD Hang Tuah


bersama sahabat kakchik yang turun dari Penang dan adiknya yang bertugas dan tinggal di Manjung

Group photo

Papa.. risya dan aidil di belakang..


Selepas melawat pameran TLDM kami singgah di rumah adik sahabat kakchik yang juga telah menjadi kenalan kakchik di Taman Manjung Point. Kami dijamu makan malam di situ.. kemudiannya kami ke Bandar Lumut untuk membeli belah dan menikmati permandangan waktu malamnya. Suasana agak sibuk dengan kebanjiran pelawat dari luar kawasan.. jalanraya pun agak jem.. nampak hidup suasana malam di bandar kecil tersebut.. pengunjung masih makan-makan dan membeli belah di gerai-gerai yang disediakan.

cantik taman bersebelahan Terminal Feri Lumut


Day 2 ~ 30.4.2017 (Ahad)

Aktiviti berkelah di Teluk Batik.. kami bersarapan pagi di dalam perjalanan ke sana setelah check out dari hotel penginapan.


pemandangan dari jendela hotel..


kami park kereta di chalet kenangan Pak Man untuk berkelah di Teluk Batik - charge RM5 per entry


menaiki banana bot rm7 seorang

naik bot rm5 seorang..  keliling sekitar perairan ke P. Pangkor


Pemandangan P. Pangkor 

Pantai Teluk Batik

comel nya Risya..


makan setelah kelaparan dan letih mandi manda.. terima kasih Midah yang membawa bekal nasi lemak dan kue teow goreng

Petangnya kami pulang ke rumah Midah dan Chen di Manjung Point.. kami menjamu selera dengan kue teow goreng yang Midah sediakan. Kakchik dan Cik Som memasak hidangan makan malam.. asam tumis siakap campur kacang bendi.. cik som menggoreng ikan dan memasak sayur bersama ulaman serta sambal belacan.. tidak lupa juga ikan pekasam yang sangat lazat. Pada masa yang sama kaum bapa dan anak-anak memancing di sekitar Lumut.

Selepas solat asar kakchik mengikut Cik Som ke pasar minggu/malam yang berdekatan iaitu di Manjung.. besar dan pelbagai variety boleh diperolehi di situ. Cuaca mulai mendung dan hujan turun selebat-lebatnya.. syukur kami sempat sampai di rumah.. terpaksa tangguh acara membeli belah kerana cuaca yang tidak mengizinkan.

Selepas maghrib kami makan malam bersama-sama dan meneruskan aktiviti indoor.. terima kasih Cikgu Midah yang rajin melayan anak-anak bermain kad matematik.. mereka sangat berminat dan teruja. Terima kasih kerana menyediakan bilik penginapan yang selesa kepada kakchik sekeluarga.


Day 3 ~ 1.5.2017 (Isnin)

Selepas solat subuh kami berkemas-kemas untuk pulang. Kami dijamu hidangan sarapan pagi.. nasi lemak dan roti canai. Terima kasih Midah sekeluarga dan Cik Som. Sebelum meninggalkan Bandar Manjung.. kami sekali lagi ke Lumut untuk membeli hasil laut seperti ikan bilis, sotong, ikan pekasam dan juga cenderahati. Beberapa helai t shirt juga dibeli sebagai kenangan. Banyak sungguh kedai menjual Ikan Bilis Mata Biru.. kakchik sempat membeli 500 gram @ RM30.. tapi tidak nampak pun matanya yang biru.. hehehe

Kami meninggalkan Lumut dengan perasaan terharu.. meninggalkan sahabat yang baik hati. Ada umur.. Insha Allah berjumpa lagi. Perjalanan agak lancar.. kami memasuki tol Sungkai dan terus menghala ke selatan. Kami plan makan tengahari di Batu Pahat so in between kami makan puff dan roti untuk alas perut. Sepanjang highway ke selatan masih lancar sehingga berdekatan tol Pagoh ada kemalangan kereta terbakar yang menyebabkan jalan sesak.

set dulang RM98.. dua bahagian kambing dan satu ayam.. Kari Kambing 40 Hari

Selepas menjamu selera kami meneruskan perjalanan.. yang sangat super duper jem.. jem berganda-ganda. Sempat membeli Putu Bambu Juriah dan durian crepenya.. anak-anak yang suka. Akhirnya kami sampai di Skudai kurang lebih pukul 7.40 malam.. huhu.. esok anak-anak nak ke sekolah. Penat atas jalan kiranya.. terima kasih pada Mr. Hubby yang sudi drive tanpa bergilir.

No comments:

Post a Comment