Assalam.. muga kalian beroleh kedamaian dan sentiasa berada di bawah lindunganNya.
Kakchik mengambil kesempatan untuk bertemu dengan sahabat dari alam sekolah menengah yang tinggal dan bekerja di Kuala Trengganu ketika lawatan ke Pantai Timur baru-baru ini. Kali terakhir bertemu ketika kami berada di tingkatan 4.. lama dah masa berlalu. Si manis pemilik nama penuh.. Murshamshul Kamariah telah berpindah kerana mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke KIK, sekarang dikenali sebagai Kolej Islam Sultan Alam Shah.
Apa khabar Sham?.. |
masih seperti di zaman persekolahan lagi.. |
Syukur alhamdulillah walaupun beliau baru pulang dari menghadiri seminar di KL, dapat juga kami bertemu sebentar di hadapan homestay sebelum kakchik dan keluarga bergerak ke destinasi seterusnya iaitu ke Kota Bharu.
Terima kasih banyak-banyak sham.. sempat bekalkan ole-ole keropok, keropok lekor yang baru di goreng dan beberapa jenis keropok lekor dalam bungkusan yang telah di upgrade bentuknya.
No comments:
Post a Comment