Kakchik kongsikan ulangtahun perkahwinan pada tahun ini iaitu pada 6.8.2018 bersamaan hari isnin. Syukur alhamdulillah dikurniakan kehidupan berkeluarga yang sangat sederhana dengan kehadiran anak-anak yang comel dan bijak.
Memandangkan hari isnin merupakan hari bekerja dan jadual anak-anak yang mengaji pada malamnya, kakchik mengambil peluang makan tengahari berdua sahaja sebagai meraikan hari bersejarah kami. Family trip ke Pantai Timur sedang disusun bagi meraikan bersama anak-anak, jadualnya pada cuti sekolah terdekat ni.. Insya Allah.
Muga kehidupan sederhana kakchik dan suami kekal bahagia untuk tahun-tahun mendatang bersama anak-anak tercinta. Muga Allah satukan hati kami untuk redho menerima dan saling melengkapi hingga ke Jannah.. Aamiin
Malu pulak nak bergambar.. hihi |
duduk bersila jer di restoran ni.. sib muat size |
sedap nasi arab ni.. lembut kambingnya.. alhamdulillah |
No comments:
Post a Comment