Assalam.. masih di dalam mood raya.. lagu raya pun masih berkumandang di corong radio bagai mengingatkan kita untuk memberi atau menerima kunjungan saudara mara, sahabat handai jua jiran tetangga.
Julung kalinya kakchik menerima kunjungan teman seperjuangan sejak di bangku sekolah rendah lagi.. sahabat Sharodz..walaupun kami sering bertemu sehabis STPM memandangkan orang tua kami tinggal sekampung dan beliau juga menetap di kampung yang sama.. tetapi kunjungan ke teratak kakchik memang sangat manis dan memanjangkan silaturrahim antara dua keluarga.
Terima kasih kepada beliau yang dikenali sebagai Cikgu Murni dan suaminya Abang Razak juga anak-anak bujangnya. Kakchik sungguh terharu kerana kunjungan insan yang saling mengenali memang sentiasa ditunggu tanpa sempadan atau alasan.
bersama 4 orang hero Cikgu Murni yang berdiri di belakang.. |
Kebetulan abang Danial pun ada ketika ini.. Tasya jer belum balik dari kerja.. |
Panjang umur dan murah rezeki kita berjumpa lagi.. Insya Allah.
No comments:
Post a Comment