Ni kakchik share pasal gigi susu anak kakchik.. bulan lepas gigi bawah nya bergoyang.. kakchik cuba cabut sendiri selepas kuat goyang nya.. terus keluar dah gigi kekal. Then sebelahnya pulak yang bergoyang.. tercabut sendiri masa si bongsu menggigit makanan yang agak keras. Tak bestnya.. gigi kekal dah menyusul keluar bukan pada tapak yang betul.. huhu
Risau akan keadaan gigi bawahnya yang tumbuh senget.. bila si bongsu mengadu yang gigi kapak belah atasnya dah goyang terus kakchik bawa jumpa doktor gigi di Klinik Kesihatan Taman Universiti. Alhamdulillah doktor yang bertugas dengan penuh dedikasi telah memeriksa setiap batang gigi. Untuk gigi yang tumbuh senget tu.. katanya biar dia tumbuh dulu.. apabila gigi yang menjadi jiran sebelah menyebelah mula goyang bawa jumpa doktor untuk dicabut dan ruang yang ada nanti membolehkan gigi yang senget bergerak sendiri ke tapak asalnya.
So untuk hari itu.. doktor telah mencabut dua batang gigi kapak yang telah goyang. Doktor cuma melekapkan kapas yang telah dicalit ubat seperti jem strawberi ke gigi yang bergoyang tersebut dan beberapa minit gigi berjaya dicabut satu demi satu.. lalu disumbat dengan kapas bagi tujuan menghentikan aliran darah.
beginilah rupanya selepas gigi kapak dicabut |
Selesai urusan mencabut tersebut kakchik pun ke kaunter bayaran. Tiada bayaran dikenakan ke atas kanak2 di bawah umur 7 tahun. Alhamdulillah...
jadual pertumbuhan dan penanggalan gigi susu yang kakchik buat rujukan |
No comments:
Post a Comment