Wednesday 21 September 2016

Bekalan Air SAJ Rumah Sewa Kena Potong

Assalam.. muga hari-hari yang kita lalui lebih bermakna.. cuaca agak panas sekarang..so jaga makan dan jaga kesihatan.

Kakchik ingin kongsikan mengenai bekalan air rumah sewa yang dipotong. Penyewa pada masa itu ialah sekumpulan 3 orang nurse sebuah hospital swasta di area Medini, Nusajaya. Ketuanya baru seminggu memberikan notis untuk mereka keluar rumah pada hujung bulan June 2016.. tanpa memberitahu sebarang notis pemotongan bekalan yang biasanya dimaklum oleh SAJ kepada pengguna.. tempoh 14 hari diberi untuk menjelaskan bayaran yang tertunggak. Pada hari kejadian pemotongan iaitu 21.6.2016.. jiran sebelah rumah sewa yang call kakchik dan memaklumkan perkara tersebut.. dan selepas itu barulah penyewa pula yang memaklumkan ada masalah sedikit.. beliau mendakwa bil yang tertunggak ialah bil penyewa lama.. kononnya la..


Penyata pengguna diberi ketika pemotongan bekalan air

Kakchik meluangkan masa di pagi sabtu di bulan Ramadhan itu untuk mendapatkan penyata bagi tujuan pembayaran dan sambung semula. Oleh kerana pejabat SAJ tutup pada hari itu, keesokan harinya iaitu ahad 26.6.2016 kakchik telah ke SAJ Tmn Perindustrian Nusajaya 2 bagi urusan pembayaran. Mengikut penyata tersebut bil 1.3.16 mencatatkan penggunaan tertinggi iaitu RM 205.00 sehinggakan kakchik berfikir.. rajin betul adik2 nurse ni mandi... berkubang ke mereka?? Setelah diselidiki rupa-rupanya ada seorang yang bukan berbangsa melayu telah menumpangkan teman lelakinya mandi sementara rakan yang dua orang lagi bertugas... terlupa tutup paip kolam mandi dan kebetulan rakan-rakan lain shift bertugas sambung menyambung dan terus pulang ke kampung halaman kerana cuti hujung minggu.

Jumlah yang perlu dibayar ialah RM303.38 termasuk kos pemotongan dan penyambungan semula.

Nilai yang tertunggak di penyata  -  RM229.18
Tambah : caj pemotongan             -  RM  37.10
Tambah : caj sambung semula     -  RM  37.10
                                                             -----------------
Jumlah                                             -  RM303.38
                                                            =========
 
  
Bil pelbagai - caj sambung penguatkuasa termasuk GST RM37.10
Abaikan nota tangan oleh pegawai bertugas.. info darinya mengelirukan. Setelah mendapat bil air terbaru selepas bayaran pemotongan iaitu bil tempoh dari 1.7.16 - 1.8.16 barulah kakchik faham.. kat bil tertera jumlah bayaran sebanyak RM266.30 pada 26.6.16 walaupun jumlah sebenar yang kakchik telah bayar ialah RM303.38 kerana beza RM37.10 iaitu caj sambung penguatkuasa telah keluar di bil pelbagai. Yang mengelirukan kerana pegawai bertugas menyatakan bahawa ada lagi caj RM37.10 yang perlu dibayar pada bil terkini.. hehe.. pening kakchik nak fahamkan.. aptb

bil 1.7.16 - 1.8.16

43 comments:

  1. Berapa lama kena tunggu untuk penyambungan lepas bayaran ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak brp lama.. dlm tempoh 24 jam mrk pasang semula

      Delete
  2. Dia cabot meter ke masa kena potong tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tumpang tanya kalau bayar separuh boleh ke atau full

      Delete
    2. Klu dah keluar surat merah..bolehkah bayar separuh sbb meter belum cabut lagi

      Delete
    3. Kena buat bayaran penuh dik, boleh cuba buat rayuan dulu.

      Delete
    4. Caj pemotongan n pemasangan semula meter masih sama caj nye ?

      Delete
    5. Kakchik percaya ianya masih sama. Encik boleh hubungi pihak SAJ untuk kepastian.

      Delete
  3. Caj air di johor antara yang paling mahal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Totally agree..dan yg paling tak boleh terima..lewat bayar kene caj rm70 untuk pemotongan dan pemasangan walau takde buat pemotongan dan pemasangan meter semula ...saya argue diorg ckp tak boleh buat ape..mmg mcm tu..nak caj pemotongan blh la sy terima sbb orgnya dah dtg walau tak potong..tapi sy xblh terima..caj pemasangan pun dikenakan walau xde buat..so bad SAJ

      Delete
    2. Tak cabut mcm meter masih ada pun...caj lagi

      Delete
  4. bil rumah kchik yg latest pun boleh tahan tinggi. isi rmh 4 org dgn 3 dewasa dan seorang kanak2

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum kak. Jika bukan pemilik rumah,blh kan kita pergi buat bayaran pemasangan semula meter air? Contohnya penyewa.

    ReplyDelete
  6. waalaikumussalam. boleh bawa surat kuasa sbg wakil atau jika ada agreement sewa boleh tunjuk.

    ReplyDelete
  7. Sekiranya bil air telah dipotong boleh ke bayar melalui online?

    ReplyDelete
  8. Salam. Nak tanya.. boleh ke klau anak sedara kpd tuan rumah yg uruskan utk sambung semula air? Sbb tuan rumah (makcik) menetap di negeri lain, jd susah nak uruskan sendiri. Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Boleh, janji dokumen lengkap pemilik rumah.

      Delete
    2. Alhamdulillah trm kasih krn share info.

      Delete
  9. Nk tnye jgk kak...kite dh byr bil 30/9 bil air..so tkde tunggakan..knpe pagi pihak saj cbut kepla paip jgk huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa team pemotongan tak dpt info terkini. Jadi kena complain kat pej SAJ tunjuk bukti byran.

      Delete
  10. macam mana nak buat rayuan..

    ReplyDelete
  11. maaf tanya..boleh tao skrg kos untuk penyambungan semula air berapa ya?kene stamp duty jgk ke?

    ReplyDelete
  12. Salam kak, nak tanya kalau nak bayar untuk penyambungan sy sebagai penyewa boleh ke pergi bayar? Takde agreement apa2. Cuma bawak surat pemotongan tu saja boleh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rm70 utk pemasangan semula. So ribaks..

      Delete
    2. Ooo msh yg sama, keluar bil rm35 + rm35 tu. Tq update

      Delete
  13. Salam kak, kalau penyewa yg pergi bayar untuk sambungan air boleh ke?

    ReplyDelete
  14. Hari ini rumah saya baru dapat surat putih berkaitan cabuy meter sebab tungakan tak settle. Sblm ni ada jugak dapat tapi pegawai y keluarkan tu bagi tempoh. Yang kali ni terus cabut. Betul ke prosuder pegawai ranhill tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul. Yg bagi tempoh tu ikut budi bicara seseorang pegawai tapi jika masih belum dijelaskan tu yg mrk buat tindakan. Muga dipermudahkan segala urusan.

      Delete
    2. Gampang saj nih aq punya bil rm60 ja, x pasal2 kene potong dh kene charge 70. Lahanat

      Delete
    3. Sekarang strict. Lewat bayar mereka ambil tindakan. Kakchik bulan Nov'23 bil air cuma rm13 shj. Bil turun sejak SAJ tukar meter baru kesemua rumah. Muga urusan awak dipermudahkan. Aamiin🤲

      Delete
  15. Kalau meter air kena potong, kena call utk pemasangan semula ke ? Cas rm70 tu bayar bila ya ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena gi kaunter utk buat bayaran penuh dulu.. then baru mrk pasang semula.

      Delete