Assalam.. petang yang tenang mendamaikan setelah hujan lebat di pagi hari.. membawa pergi bersama jerebu dan habuk-habuk..
Kakchik kongsikan kali ini petua mendapatkan zuriat cara tradisional.. meminum susu bersama air tapisan ubi cekur. Sebagai insan.. kita cuma mampu merancang dan berikhtiar... selebihnya kita berserah kepada Allah yang maha kuasa untuk memberikan rezeki.
Cekur merupakan tumbuhan dalam keluarga halia. Pokok cekur terdiri daripada 2-7 helai daun yang tebal berbentuk bujur telur dan bunganya berwarna putih keunguan. Cekur membiak melalui isinya atau dipanggil rizom. Tempoh matang rizom cekur di antara 8 - 10 bulan selepas ditanam. Daun cekur digunakan sebagai ulam dan ramuan dalam penyediaan nasi ulam. Rizomnya pula digunakan sebagai bahan ubatan untuk menyembuhkan pelbagai penyakit seperti kembung perut, memulas perut, batuk, bengkak, muntah, sakit urat saraf dan beberapa yang lain. Ia juga banyak digunakan dalam ramuan pembuatan jamu-jamu yang terdapat di pasaran.
pokok cekur dengan bunga putih keunguan |
pokok cekur yang ditanam di dalam pasu |
Pokok cekur yang ditanam di atas tanah |
Berbalik kepada petua.. rizom atau ubi cekur hendaklah dicuci bersih anggaran dua genggam. Kemudian toskan dan blend. Selepas itu hendaklah di tapis.. ambil susu segar dalam kotak yang berwarna putih dan tawar tu ye.. tuangkan ke dalam cawan teh kira2 setengah cawan. Kemudian campurkan pula air tapisan ubi cekur tadi dalam anggaran 1/3 cawan dan kacau sebelum diminum seawal iaitu dalam pukul 7 pagi. Lebih afdhal diminum bersama suami atau isteri dan dimulakan dengan bismillah dan niat untuk mendapatkan zuriat. Boleh amalkan berselang dua hari.. Insya Allah akan mendatangkan hasil yang positive.
rizom cekur.. |
lagi photo rizom cekur.. |
Kakchik amalkan petua ini ketika cuba mendapatkan zuriat yang ketiga.. alhamdulillah beberapa bulan berikhtiar.. sekarang zuriat kakchik yang bernama Muhammad Aidil akan mencecah usia 9 tahun pada Oktober 2016 nanti.. Selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment