Monday 1 August 2016

Kek Gula Hangus Sedapp

Assalam.. muga hari ini penuh dengan keceriaan..

Minum petang dengan menikmati kek gula hangus sangat mengasyikkan. Sebagai peminat setia kek gula hangus dan kek buah kukus.. kakchik mencuba berkali-kali untuk mendapatkan hasil yang menepati selera anak tekak.. hehehe

Terima kasih kepada kawan-kawan yang telah berkongsi resepi dengan kakchik.. setelah dicuba beberapa kali.. kakchik sesuaikan.. adjust sedikit sukatan ikut citarasa sendiri. Tapi yang seronoknya ialah hasilnya.. kek gebu dan bersarang..

Kakchik guna acuan berlubang ni..



enak dimakan perlahan-lahan sambil melihat sarang-sarang
Bahan-bahannya :

- 1 3/4 cawan gula halus
- 1 1/2 cawan air panas
- 180 gram butter (anggaran 3/4 dari sebuku butter 250 gm)
- 5 biji telur gred A
- 1/2 cawan susu pekat manis
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 3 sudu kecil soda bikarbonat
- 1 1/2 sudu teh esen vanilla

Cara-caranya :
1.  Mula-mula cairkan gula dahulu untuk dibuat gula hangus. 
2.  Ratakan gula dan biarkan gula mencair dengan api yang perlahan.
3.  Jgn kacau sebab nanti ia berketul-ketul, pastikan api perlahan dan gula tidak hangus sangat.
4.  Bila gula dah cair, tuangkan air panas, guna air panas dia kurang merecik compare air sejuk.
5 . Bila dah cair, sejukkan. 
6.  Dalam periuk kecil yang lain, cairkan mentega dan sejukkan.
7.  Pecahkan telur dalam bekas membuat kek dan kacau hingga telur cair dan rata.
8.  Masukkan susu pekat, susu yang dibiarkan pada suhu bilik.
9.  Kacau rata perlahan-lahan, then masukkan mentega dan kacau rata lagi.
10.Masukkan esen vanilla, ayakkan tepung dan soda, kacau rata perlahan-lahan.
11.Akhir sekali, tuangkan gula hangus dan kacau rata lagi.
12.Tuangkan ke loyang berlubang yang telah dilapik kertas pembakar dan dioleskan sedikit butter.
13.Perap adunan selama 2-3 jam, lagi lama diperap, lagi cantik sarang-sarangnya.
14.Bila dah cukup tempoh perapan, masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 15 minit, suhu 160 celcius dengan hanya api bawah sahaja.
15.Bakar selama 40 minit, 5 minit lagi letakkan api atas & bawah. Siap masak tunggu kek sejuk sebelum dipotong. Selamat mencuba ye.




No comments:

Post a Comment