Sunday, 31 July 2016

Petua Mangga Cikonan Berbuah Lebat.. Gantung Selipar Buruk

Assalam.. selamat berhujung minggu.. muga mendapat rehat yang mencukupi.

Kakchik kongsikan petua zaman dedulu.. untuk mendapatkan buah yang lebat.. kawan kakchik yang syorkan.. Wallahu Alam.. sebatang jer pokok yang dapat ditanam.. almaklum kakchik duduk area rumah teres biasa jer di taman perumahan.

sepasang selipar buruk digantungkan.. fungsi sama cam "orang2"

Beberapa tahun dahulu.. pokok ni masih kecil dan pernah berbuah agak lebat.. masa tu kakchik tak berapa ingat pernah bubuh baja atau tidak.. zaman anak bungsu masih baby lagi..

berbuah kali kedua masa ni.. 

Di samping itu.. kakchik turut meletakkan baja buah setiap dua minggu sekali.. kira-kira dalam tempoh dua bulan.. kakchik dapati bunga-bunga cikonan mula keluar.. 


berbunga-bunga hati kakchik melihat pokok yang telah mula berputik..


Hari demi hari putik cikonan yang kecil membesar subur.  Alhamdulillah gebu gebas hati kakchik melihat buah-buah tersebut.. Muga dapat lah ia masak tanpa gangguan binatang atau serangga. 

buah-buah cikonan yang sedang membesar..

Kali ini bunga-bunga cikonan ada dua peringkat.. buah-buah yang sedang membesar.. dalam masa yang sama masih terdapat juga bunga yang baru keluar. Insya Allah akan kakchik kongsikan hasilnya nanti bersama jiran-jiran.

4 comments:

  1. tahun 2021 ni lewat sungguh buah nya.. 16.8.21 baru keluar bunga sahaja. hihihi.. jenuh letak baja

    ReplyDelete
  2. Baru keluar bunga utk tahun 2022, harap lebat buahnya. Aamiin

    ReplyDelete
  3. Bulan Mei 2023 dah mula berbunga lebat. Harap lekat buahnya hingga smp masa dipetik nanti. Insha Allah

    ReplyDelete
  4. Bulan Ogos 2023 buah2 yang lebat telah menguning dan dapat diagih-agih kepada jiran terdekat. Banyak lagi yang masih hijau di atas pokok dan ada yang berbunga. Syukur alhamdulillah🤲

    ReplyDelete