Assalam.. Selamat hari raya.. maaf zahir dan batin.. amalan bermaaf-maafan sangat mulia dalam kehidupan kita semua.. lebih2 lagi di bulan Syawal ini..
Masih cerita tahun lepas.. Julai 2015.. setelah menyambut Syawal 2015 di Moscow.. kira2 sebulan menjalani kelas persediaan di MAI.. anak kakchik dan group seramai 9 orang telah berhijrah ke St Petersburg untuk urusan visa, syarat visa pelajar.. kena mendaftar di uni berkenaan.
|
inilah Uni nya.. |
|
bilik belajar.. |
Setelah selesai urusan pendaftaran, mereka ke bilik penginapan yang berhampiran.. perjalanan kaki kerana dipisahkan beberapa blok sahaja. Bilik menempatkan dua orang.. Keadaan bilik yang agak kusam.. menyebabkan anak kakchik mengambil keputusan mengecat baru agar naik mood belajar di tempat orang.
|
ni bilik asalnya.. |
|
dibersihkan.. |
|
tanggalkan wallpaper yang lama.. |
|
ni masa still in progress..
|
|
photo selepas.. |
Alhamdulillah siap jugak bilik yang dicat.. nampak kemas dan tersusun. Agak selesa untuk memulakan sem baru pada bulan berikutnya. Terharu kakchik tengok anak yang berdikari untuk kehidupan di perantauan. Muga dipermudahkan segala urusan walau di mana jua kita berada. Aamiin
No comments:
Post a Comment