Assalam.. orang kata.. berdua lebih baik.. banyak pahala yang dapat apabila melayan pasangan yang halal.
Kakchik kongsikan kali ini.. kisah emak kakchik bertemu jodoh dengan orang kampung. Bermula dengan abang ipar kakchik yang menjadi imam di surau kampung.. membantu seorang pakcik untuk dicarikan jodoh setelah pakcik itu kehilangan isteri tersayangnya. Mereka berdua kerap bertemu di surau.. selesai solat berjamaah.. biasanya masing-masing akan bertanya khabar.
Tidak berapa tahu kategori apa yang pakcik letakkan.. setiap ibu tunggal yang abang ipar kakchik rekomen.. semuanya tidak mendapat response positive. Sehinggalah pada suatu hari.. pakcik itu menyuarakan pendapatnya agar Pak Imam tolong risikkan dan pinangkan emak mertua imam untuknya. hehe cam nak risik anak dara pulak.. senang katanya "Imam pun boleh panggil saya ayah nanti".
Kami adik beradik sebenarnya agak terperanjat apabila emak bercerita pasal pinangan tersebut. Memang tidak pernah terlintas di fikiran kami yang emak akan berkahwin lagi di usia 73 tahun walaupun tidak dinafikan, emak seorang yang rajin mengemas rumah dan memasak pelbagai jenis masakan dan kuih muih.
Setelah melalui sessi temuduga dan mengisi beberapa borang... agak ketat juga syarat-syarat yang diminta di dalam borang nikah sekarang ni.. banyak dokumen yang diminta seperti sijil kematian arwah datuk yang telah meninggal hampir 40 tahun dahulu. Pernikahan pun diaturkan.. tarikh kenduri yang agak sukar ditetapkan kerana dokumen tidak berapa lengkap..menunggu borang diproses lagi..
Alhamdulillah emak kakchik selamat dinikahkan pada 28.5.2016 selepas waktu Isyak. Seminggu sebelum bulan Ramadhan.. kiranya dapatlah emak kakchik berpuasa dengan bertemankan suaminya.. syukurlah sebab sebelum ini sendirian.. Kami semua mengucapkan selamat pengantin baru kepada emak.. muga berbahagia hingga ke akhir hayat.. muga tabah mengharungi rumahtangga yang baru dan dapat saling melengkapi sesama pasangan. Aamiin
acara membatalkan air sembahyang setelah sah sebagai suami isteri |
diminta bergambar kenangan |
anak-anak pakcik.. dua sahaja.. ada abang dan adik.. |
lagi photo kenangan |
semasa acara akad berlangsung.. |
No comments:
Post a Comment