Thursday, 31 March 2022

Birthday Arisya Ke 12 Tahun

Assalam.. muga kalian sihat sejahtera dan dikurniakan rezeki dari pelbagai sudut yang melimpah ruah bagai air sungai yang mengalir deras.

27.3.2022 bersamaan hari Ahad merupakan hari ulangtahun si bongsu kakchik. Betapa masa begitu pantas berlalu dan si dara comel ini telah pun berusia 12 tahun. Doa mama agar Risya menjadi anak yang solehah dan berjaya mengejar cita-cita serta segala impian yang mulia.

Kakchik cuma sempat membeli kek pilihan beliau dan papa yang masih kuarantin memesan sedikit makanan segera pilihan si manja.






Kami meraikan ulangtahun si comel bersama keluarga sahaja sebagai ingatan kasih dan sayang. Ayam goreng McD agak besar ketulannya hingga rasa sukar untuk kakchik habiskan satu ketul. Kek white cheese pula agak enak dan tidak muak di jamah.

Papa telah menyusun janjitemu di portal JPN untuk membuat kad pengenalan pada hari Khamis. Seronok betul Arisya kerana telah menunggu begitu lama untuk dapatkan IC tanda telah melangkah remaja. Muga anak mama sihat dan dilindungi oleh Allah selalu. Aamiin.

No comments:

Post a Comment