Wednesday 30 March 2022

Johan Bercerita Tahap 2 - Zon Gelang Patah 2022

Assalam.. muga hari ini lebih baik dari hari semalam dan hari yang bakal mendatang menjanjikan kebahagian buat kita semua.

Tanggal 24.3.2022 bersamaan hari Khamis kakchik menemani anak bongsu dan ustazah pembimbing ke Sekolah Agama Paya Mengkuang untuk bertanding acara Bercerita Tahap 2.

Nombor giliran yang Arisya dapat ialah yang pertama. Namun sessi bermula dengan pelajar lelaki dahulu dan seterusnya giliran Arisya. Syukur alhamdulillah Arisya dapat menyampaikan cerita yang bertajuk Raja Namrud dan Nabi Ibrahim dengan lancar.

Setelah selesai semua calon yang bertanding menyampaikan cerita masing-masing, kami pun berangkat pulang kira-kira jam 1 tengahari.  Majlis penyampaian hadiah hanya dihadiri oleh Guru Besar sahaja kerana mengikut SOP norma baharu endemik.


Kami dikhabarkan melalui wasap keputusan pengadil dan Arisya telah menjadi Johan Zon Gelang Patah seterusnya akan melangkah ke peringkat daerah. Tahniah Arisya👏👏

Syukur alhamdulillah dan jutaan terima kasih buat ustazah pembimbing yang gigih menggilap bakatnya. Muga Arisya mendapat kejayaan yang sama di peringkat daerah nanti. Aamiin🤲🤲

No comments:

Post a Comment