Wednesday, 15 March 2017

We Are Sisters... Forever..

Assalam.. muga ketenangan, kemakmuran dan kebahagiaan seiring dengan usia kalian...

Kakchik rakamkan photo bersama adik kakchik yang membesar juga merasa susah dan senang bersama-sama di kampung.. lama juga photonya.. kami masih remaja dan bersekolah menengah ketika itu... lebih 28 tahun yang lalu... tahun 1988. Rasanya photo diambil berhampiran jalan antara kebun-kebun di kampung kakchik. hehehe

Kakchik mendapat tawaran ke sekolah berasrama di pinggir Bandar Melaka sejak tingkatan satu.. so tinggalkan ateh yang banyak membantu emak di dapur. Hari-hari yang tidak ke sekolah iaitu cuti hujung minggu.. beliau membantu emak mengopek lantun dan menoreh getah apabila mahir. Kakchik turut serta membantu ketika cuti sekolah. Seronoknya mengingati zaman remaja walaupun tidak seindah orang lain.. kami tetap bersyukur kerana emak dan arwah abah merupakan orang yang rajin bekerja. Emak bertukar kerja di beberapa buah kilang setelah estate getah bertukar menjadi ladang kelapa sawit. Kilang terakhir yang mak kakchik kerja ialah di kilang telur.. LTK Omega, Durian Tunggal sehingga mencecah umurnya 62 tahun pada penghujung 2005.

Sedikit sebanyak kakchik dan adik mendapat suntikan semangat bekerja darinya walaupun beliau tidak berpangkat besar.. "yang penting kerja kena tekun dan tetap setia di sesebuah company.. jangan melompat kerja tanpa alasan yang munasabah".. nasihat emak kakchik yang masih diingati hingga kini.. Please take note.. beliau seorang yang buta huruf.. kematian ibu sejak kecil.. terpaksa mengasuh adik-adik dari ibu baru.. namun begitu beliau tetap pasrah dan redho.

kami berubah mengikut peredaran masa.. pemandangan gunung jer masih yang sama.. hehe 

Banyak nostalgia yang kami kumpul bersama.. dari zaman bekerja dan dalam masa yang sama sambung belajar sebelah malamnya.. semua menggunakan duit hasil titik peluh sendiri tanpa bantuan kedua ibubapa.. kerana sedar yang kami dari kalangan orang susah.. kategori keluarga miskin luar bandar pada ketika itu.

Syukur alhamdulillah kami dapat bekerja dan belajar dalam waktu yang sama.. ketika itu kami menyewa bilik kecil sekitar belakang Hosp. Tawakal..sebagai tempat berteduh dan kemudiannya setelah sedikit mampu kami menyewa rumah taman di Setapak Jaya.

ni photo kami pada hujung tahun lepas.. tahun 2016..
Kakchik masih bekerja makan gaji sehingga sekarang.. adik kakchik telah bertapak dengan perniagaannya sendiri.. pembekal toner cartridge sejak 15 tahun yang lalu.. ada rezeki kami walaupun susah pada awalnya. Bersusah-susah dahulu.. 

No comments:

Post a Comment