Thursday, 23 February 2017

Borang-borang Tahun Satu Sekolah Kebangsaan 2017

Assalam..    muga hari-hari kita dilimpahi rezeki kebahagiaan bersama keluarga tersayang.


Pembukaan sessi persekolahan pada tahun 2017 adalah pada tarikh 1.1.2017 bersamaan dengan hari ahad... kakchik duduk di negeri yang bekerja pada hari ahad dan bercuti pada hari jumaat... Tak perlu ambil cuti pada hari tersebut kerana taklimat tahun 1 dan pendaftaran juga pembelian buku telah pun diaturkan pada hari jumaat sebelumnya. Persekolahan pada hari pertama bermula dengan minggu suai kenal selama 3 minggu seperti yang telah dimaklumkan semasa taklimat ibubapa tahun satu.

Alhamdulillah anak kakchik dapat menyesuaikan diri dengan pembelajaran dalam kumpulan.. aktiviti bersukan.. dan mereka juga dilatih untuk membeli makanan di kantin sekolah oleh guru-guru yang terlibat sepanjang tempoh tiga minggu tersebut. Berbaloi juga suami kakchik menghantar si bongsu bersekolah tadika sejak umurnya masuk 4 tahun... jadinya dia tidak kekok ke sekolah kebangsaan dan sekolah agama pada petangnya.

Terdapat beberapa borang yang perlu diisi oleh ibubapa atau penjaga sebagai maklumat lengkap murid tahun satu.. termasuk borang pengesahan pendapatan bagi kelayakan menerima Brim untuk anak-anak.. lau tak layak.. takmo bagi borang boleh tak... hehe...

ni rekod personalia murid..
Semua maklumat murid dan ibubapa atau penjaga perlu diisi di dalam rekod personalia. Terdapat lampiran yang perlu ditampal di belakangnya iaitu salinan sijil beranak, sijil Mykid murid.. salinan IC ibubapa/penjaga, salinan slip gaji dan beberapa dokumen lain yang berkaitan untuk penjaga seperti salinan sijil mati si bapa dan salinan sijil anak angkat juga. Cukup dan lengkap salinan borang yang diperlukan.. pernah dedulu masa anak kedua kakchik berpindah dari sekolah lamanya.. GB minta salinan perjanjian hak jagaan anak.. kakchik bagi jela..hehehe. Untuk ibubapa yang tiada slip gaji.. perlu dapatkan pengesahan dari Penghulu/JKKK berdekatan.


yang ni borang kebenaran untuk rawatan gigi..

ni rekod kesihatan murid

Dalam rekod kesihatan murid.. perlu diisikan butiran murid dan kena tandakan senarai penyakit atau alahan ubat untuk anak. Ibubapa juga perlu lengkapkan ruangan persetujuan rawatan untuk anak berserta saksi. Senarai imunisasi atau suntikan yang telah anak kita perolehi perlu di isi dan dilengkapkan seperti di kad berserta salinan rekod imunisasi semasa bayi.. yang dapat masa bersalin tu.. lau lelaki buku color biru.. yang perempuan, buku color pink..




ni rekod imunisasi bayi sejak dilahirkan..



ni borang pengesahan pendapatan untuk tujuan Brim..
Kakchik terlebih rajin.. slip gaji suami isteri semua siap berchop JKKK.. tersilap info sebenarnya.. macam nak mintak bantuan kewangan pulak.. Setelah siap kerja tampal menampal.. serahkan pada guru kelas. 

No comments:

Post a Comment