Sunday, 19 February 2017

MC Oooo MC... Hernia tu apa..

Assalam.. muga kita semua sentiasa berada di bawah naungan Nya..

Beberapa tahun kakchik tak berjumpa doktor untuk sebarang sakit seperti demam.. selsema dan pening. Kali terakhir jumpa doktor kerana sakit telinga.. agak serius jugak sakitnya tapi selepas berjumpa doktor dan mendapat ubat.. kakchik terus ke pejabat untuk meneruskan kerja.. kali ni kakchik terpaksa mengalah dan mengambil cuti sakit kerana dari petang isnin 6.2.17 lagi kakchik dah berasa sakit dan tidak selesa.. balik ke rumah kakchik masih boleh memasak yang ringkas untuk makan malam. Kakchik berdoa agar sakitnya hilang apabila bangun tidur keesokan pagi.. hehe

Malangnya sakit masih yang sama dan semakin membengkak.. puas juga kakchik cari pakcik google untuk dapatkan nasihat. Oooo pakchik google suruh baring dan rehat untuk kurangkan bengkak.. kakchik tak baring sepanjang pagi sejak anak-anak ke sekolah.. dihantar oleh hubby. Kakchik pun ke klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan.. soalan doktor.. "awak ada buat kerja berat"?... "takde doktor.. jawab kakchik"... pelik sekejap..  Oooo baru teringat kakchik angkat meja di stor pejabat.. hujan lebat dan bumbung sedikit bocor.. so kakchik angkat untuk alihkan sedikit ke kawasan yang selamat.. huhu

Doktor beri nasihat berkenaan sakit tersebut dan menyarankan agar kakchik mendapatkan rawatan di hospital untuk membuat operation.. lemah jer kakchik dengar.. dalam masa yang sama dia bagi pil tahan sakit dan ubat sakit kepala.. MC pun dia bagi.. tak perlu nak minta sebab memang dalam rekod ada data kakchik bekerja makan gaji. Lepas makan ubat.. terasa kurang sakitnya.. alhamdulillah.


ni sijil MC nya..

Kakchik nyatakan sedikit nota yang kakchik dapat untuk perkongsian ye.. ni dari pakcik google..

Hernia

Penyakit ini terjadi ketika usus menarik ke bahagian atas peha atau celah kangkang. Anda akan melihat adanya benjolan pada area tersebut. Risiko penyakit ini lebih tinggi kepada yang mengalami obesiti atau yang sedang hamil bagi wanita. Kebiasaannya.. untuk kaum adam.. dikenali sebagai "angin pasang". 


Ciri Penyakit Hernia Pada Wanita

Kaum wanita juga ada yang terkena penyakit hernia ketika sedang hamil atau semasa saat sedang melahirkan bayi. Beberapa ciri dari pengidap penyakit hernia seperti berikut :

- Terasa nyeri bersamaan dengan gangguan dalam sistem pencernaan
- Merasa nyeri pada bahagian perut yang bawah
- Mengalami muntah dan mual jika usus tersepit dan menyempit
- Jika hernia semakin serius, benjolan semakin meningkat dan akan berasa sakit
- Rasa sakit akan disusuli dengan demam
- Terasa sakit dan tekanan dalam perut sekiranya pesakit bersin, batuk, angkat beban yang berat
- Benjolan selalunya di sekitar bahagian perut dan tepi kelangkang
- Benjolan akan terus mengalami peningkatan ukuran

Penyebab Hernia pada Wanita

- Batuk kering atau bersin terlalu kuat
- Peningkatan tekanan di dalam perut
- Kelebihan berat badan
- Ibu mengandung/hamil
- Mengangkat bebanan yang berat
- Adanya titik lemah di dinding perut
- Adanya cairan di perut
- Kombinasi dua gejala tersebut
- Meneran berlebihan pada masa membuang air

Rawatan yang terbaik ialah berjumpa doktor di hospital dan membuat operation untuk membuang benjolan tersebut. Kakchik belum berapa berani nak tempoh operation dalam masa terdekat ini.. hehe..

No comments:

Post a Comment