Tuesday, 12 June 2018

Trip to USS @ 24.3.2018

Assalam.. muga kalian terus sihat di bulan yang mulia dan penuh barokah ini.. selamat menjalani ibadah puasa dan selamat menyambut syawal yang bakal menjelang tiba.


Kakchik kongsikan kali ini percutian untuk anak-anak ke USS di seberang tambak pada tarikh 24.3.2018 iaitu hari sabtu dan keesokannya cuti gantian Hari Keputeraan Sultan Johor. Kakchik dan suami memutuskan untuk menaiki bas memandangkan  cuma kami berempat sahaja yang akan pergi,  anak kakchik yang sulung dan kedua berada di universiti masing-masing. Pakej bas yang menunggu di depan Tune Hotel Danga Bay, termasuk tiket masuk ke USS dan tambang pergi dan balik. Setelah semua penumpang mendapat cetakan tiket masuk USS dan mengisi borang putih, seawal jam 7.30 pagi bas bergerak menghala ke Tambak Johor.

Urusan pemeriksaan di check point keluar Malaysia mengambil masa lebih dari setengah jam kerana ada penumpang bas yang bermasalah di senaraihitam kerana loan PTPTN.. adooiiyai kesian dengan penumpang bas yang lain. Mereka yang terlibat perlu berjumpa pegawai bertugas untuk pelepasan dan akhirnya bas meneruskan perjalanan setelah urusan selesai. Tiada masalah lagi di check point masuk ke Singapura. Kami sampai di USS kira-kira jam 9.45 pagi.. lewatnya. Pemeriksaan di pintu masuk USS tidaklah terlalu ketat seperti yang dimaklumkan di blog yang kakchik sempat baca so dapatlah kakchik bawa air dan kudapan roti sebagai alas perut di antara waktu makan.


berphoto di pintu utama, globe sebagai trade mark semua Universal Studio


Aidil dan Arisya begitu teruja untuk memulakan penerokaan
boleh ambil peta ni di sebelah pintu masuk utama, berguna untuk mengesan kawasan permainan

semasa di dalam bas menuju ke USS



ada wifi percuma di USS


permandangan di belakang ialah Human vs Cylon

berehat seketika


Tempat pertama yang anak-anak kakchik tuju ialah Madagascar, panjang juga barisan yang menunggu tetapi keseronokan terpancar di wajah kedua-duanya setelah turun dari ride boat. Destinasi berikutnya ialah Transformers ride, lebih panjang barisan yang menunggu. Kiranya tempat yang berbaris panjang ialah mainan yang menjadi tumpuan kanak-kanak dan remaja.

depan transformer

Beberapa lagi mainan yang kami naiki bersama ialah roller coaster Battlestar galactica iaitu Human vs Cylon.. semua barangan perlu disimpan di dalam locker yang disediakan percuma. Cermin mata pula di simpan di rak sebelum sampai giliran menaiki. Bagaikan nak gugur jantung kakchik tetapi si bongsu yang berusia 8 tahun relax dan enjoy moment ketika menuruni kecerunan jugak kecuraman berkelajuan tinggi. hehehe.. kakchik control tenang. Kami menikmati makan tengahari dengan hidangan nasi beriani yang berharga SGD15.. boleh tahan sedapnya dan portion agak besar boleh dikongsi bersama anak-anak.


mmm.. dappp

muka Aidil yang keletihan..

Terdapat surau yang terletak di antara roller coaster Human dan Ride The Mummy, tak berapa luas namun tempat berwuduk disediakan di dalamnya.

surau..

Setelah itu kami meneruskan lagi permainan Shrek 4D Adventure dan beberapa permainan kecil yang disediakan. Seterusnya kami menaiki keretapi revenge of the mummy, laju juga semasa keretapi reverse dalam kegelapan.. seram jer kakchik.. hahaha.

Permainan terakhir kami ialah Jurassic Park Rapids Adventure, ride ni mungkin basah sedikit kerana percikan air dan juga air yang masuk ke bot ketika gelombang arus. Hari pun semakin gelap. Kami meneruskan perjalanan pulang dengan bas yang sama dan tiba di Tune Hotel kira-kira jam 8.00 malam. Alhamdulillah kakchik telah pun memenuhi impian anak-anak.

No comments:

Post a Comment