Assalam.. muga kalian sihat sejahtera setelah lebih seminggu menjamu selera dengan hidangan yang enak dan lazat sempena aidilfitri yang mulia. Selamat hari raya semua.. maaf zahir dan batin.
Anak muda di rantauan
Semuanya pulang ke desa
Ibu dan ayah keriangan
Bersyukur tak terkira..
Kakchik kongsikan kepulangan anak sulung kakchik sempena lebaran yang lalu. Kebetulan semua tiket penerbangan dari Russia ke KLIA agak mahal kerana temasya Fifa World Cup, jadinya kakchik mengesyorkan agar anak mengambil tiket ke Changi Airport untuk pulang ke JB. Alhamdulillah.. penerbangan tengah malam 11.6.18 dari Saints Petersburg dengan transit di Dubai telah selamat sampai di Singapura pada pukul 9.30 malam 12.6.18. Terima kasih Mr. Hubby yang sudi memandu ke seberang tambak dengan jalan yang sesak di pintu keluar imigresen.
Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti..
Hati girang
Ho ho.. balik kampung (3x)
Hati girang
Harry Potter mama dah balik.. |
Transit di Dubai.. |
canggih airportnya, sky train sebagai medium internal transport ke blok bersebelahan dengan tempat parkir |
No comments:
Post a Comment