Thursday, 30 November 2017

Bonding Time @ Aeon Bandar Dato Onn

Assalam..    muga kalian sentiasa di bawah lindungan Nya..


Beberapa bulan yang lepas kakchik dan suami membawa anak-anak yang masih bersekolah rendah berjalan-jalan sekitar Johor Bahru.. bajet pun ciput.. nak melihat Aeon Bandar Dato Onn yang baru bermula operasinya sekitar bulan September jika tak silap. Cantik dekorasi dalamannya.. terdapat banyak bear sebagai maskot dan beberapa taman mini yang dihias indah untuk menarik perhatian para pengunjung. Ketika kami tiba di kawasan pentas.. ada persembahan tarian moden sedang berlangsung.. lagu Dato V pun ada.. hehe

Di tingkat atas terdapat pusat game kanak-kanak dan keretapi untuk dinaiki mengelilingi seluruh ruang tingkat tersebut dengan harga RM5 per/head. Medan selera dan pelbagai restoran untuk menjamu selera juga disediakan.

suka anak-anak ni..

besarnya bear..

cer aidil senyum sikit..

adik risya yang selalu hepi..

dapat belon free.. kami naik keretapi  RM5 seorang bayarannya

Risya selalu sporting untuk berfoto..

adik berfoto sorang jer.. abang dil takmo join..

Balik dari berjalan-jalan kami singgah melawat atuk dan nenek pula sebelum pulang ke rumah. 

Thursday, 23 November 2017

Last Day Persekolahan 2017...

Assalam..  muga kalian sihat sejahtera walaupun dalam cuaca yang tidak berapa menentu.. sekejap hujan lebat.. sekejap panas terik.. yang pastinya kalian bersama keluarga tercinta.. sentiasa ada pelangi yang mewarnai..


Biarpun tanggal 23.11.2017 iaitu hari khamis merupakan hari terakhir persekolahan bagi negeri Johor pada tahun ini.. anak kakchik yang ketiga dan adiknya yang bongsu masih bersemangat bersiap-siap untuk ke sekolah. Sejuk mata kakchik memandang kedua-dua mereka. Kadang-kadang terbit perasaan cemburu melihat rakan seusia kakchik yang tidak mengulit anak sekolah lagi.. namun menguruskan anak-anak bersama Encik Hubby adalah sesuatu yang menjadikan hidup kakchik lebih bersemangat dan ceria.

Keseluruhan pencapaian amat menggalakkan.. untuk si abang memang kena berusaha mengulangkaji pelajaran sepanjang cuti nanti. Hari kecemerlangan kedua-dua sekolah kebangsaan dan sekolah agama akan dibuat pada tahun hadapan. Muga terus cemerlang.. aamiin


papa pun hepi sama..


ni mesti Abang Dil yang wefie ngan Adik Risya.. hehe


Terima kasih yang tidah terhingga kepada semua guru-guru yang telah mendidik anak-anak kakchik. Hanya Allah sahaja yang membalas jasa baik kalian. 

Thursday, 9 November 2017

Birthday Aidil ke 10 Tahun..

Assalam.. syukur alhamdulillah masih merasai nikmat bersama keluarga.. walaupun ada ahli yang demam, selsema dan batuk yang agak serius.. perbanyakkan minum air masak.. pesan doktor pada kami..

Pejam celik.. pejam celik.. si bujang kecil kakchik dah pun berumur sepuluh tahun. Dia membesar agak pantas dan punya minat yang mendalam dalam sukan bola.. mungkin tempias namanya.. Aidil.. insya Allah kakchik dan suami sentiasa menyokong minat anak-anak ke arah kesihatan dan kebaikan.

Happy birthday Aidil.. muga jadi anak yang soleh


tiup lilin memang saat dinantikan ketika umur begini..


kek yang sedap dari anie adele (fb)

anak papa ni..

nak sikit..

abang dan kakak semuanya tak cuti masa ni..


adik risya jer yang ada..


ni semasa sambutan bersama rakan sekelasnya..


seronoknya berada di alam sekolah rendah..

Mama sayang abang dil.. muga terus mendengar kata mama dan papa..  terus berjaya dalam bidang pelajaran serta setiap lapangan yang diceburi. Aamiin

Wednesday, 25 October 2017

Rajinnya Mak Net Menoreh Getah..

Assalam.. muga hari ini menggembirakan kalian.. walaupun pelbagai masalah yang mendatang..

Hujung minggu lepas kakchik pulang ke kampung halaman untuk menghadiri jemputan kahwin anak sahabat dan juga kakchik berhajat menghantar anak yang balik bercuti selama seminggu sempena perayaan divali ke kolej. Kakchik bermalam di rumah mak.. seronok dapat pulang ke kampung sekali sekala. 

Awal subuh lagi mak net dah siap solat dan menyediakan sarapan bihun singapura sekuali besar.. nampak sungguh menyelerakan. Tak berpeluang kakchik nak siapkan menu sendiri.. sesekali dapat makan masakan air tangan mak.. rasa gembira dan bersyukur sebab masih punya emak lagi. Setelah pakcik ke kebun dengan motorsikalnya.. mak pulak bersiap dengan bertudung.. nak ke belakang rumah untuk menoreh katanya. Terkejut beruk kakchik.. terus buka nako tingkap yang nampak kebun di belakang rumah.. kelihatan pelan pokok getah yang telah di buka carangnya.. anggaran beberapa bulan. Rajin betul.. tak reti dia nak duduk rumah..  main facebook ke.. main whatsap ke.. hahaha.. kakchik gurau jer. Mak net tak sempat pun bersekolah pada zamannya.. memandangkan beliau anak perempuan sulung.. dia ditugaskan mengasuh adik-adik yang ramai dan juga membantu urusan rumahtangga seperti mengemas dan memasak.

Kakchik curi-curi abadikan photo mak.. katanya dia cuma menoreh selama 5 hari.. getah sekerap dikumpul sekaligus dalam mangkuk.. patut arr berbau kuat jugak.. Hasilnya akan dijual ke stor jualan getah dengan bantuan pakcik.. kemudian baru diulang menoreh untuk 5 hari berikutnya. Sebelum ke kebun mak memasang ubat nyamuk berbentuk lingkaran.. dimasukkan ke dalam bekas aluminium bulat yang di ikat pada pinggang, tujuannya untuk menghalau nyamuk yang sememangnya banyak di kebun.


kebun yang agak bersih.. tu yang kakchik berani tempuh masuk..


nampak pun belakang rumah mak.. cat hijau kelabu..


benda bulat yang di belakang pinggang mak itulah ubat nyamuk.. hihi


kakchik tengok jer mak menoreh.. tunggu mak offer..
             


Kakchik teringin mencuba untuk menoreh.. tapi takut nak ganggu tugasan mak.. pisau toreh pun satu jer.. mak pulak asyik suruh kakchik balik ke rumah sebab nyamuk yang terlalu banyak. Hampir pukul 10.00 pagi mak net dah pun siap menoreh. Beliau sambung tugasan dengan membersihkan dan melihat-lihat tanaman sayur dan bunga-bungaan sehingga sebelum tengahari. Muga mak dikurniakan kesihatan dan sentiasa di bawah lindungan Illahi aamiin.

Tuesday, 10 October 2017

Birthday Tasya ke 19.. Hadiah Lulus Ujian Memandu

Assalam.. muga kalian berbahagia selalu bersama tersayang..

Cuti sem yang panjang baru-baru ini, anak kakchik manfaatkan dengan belajar memandu.. tahun lepas tak sempat. Belajar di Institut Memandu Riakar.. senang kakchik nak hantar sebab boleh tahan dekat ngan pejabat. Bagus guru yang mengajar.. staff Riakar pun baik dan peramah.. beberapa kali kakchik menumpang di ruang menunggu di dalam pejabat mereka. 

Jadinya sebelum naik sem.. Tasya telah menduduki ujian memandu.. kakchik cuma memberikan semangat agar beliau buat betul-betul seperti yang diajar oleh gurunya dan sekiranya lulus.. ianya merupakan hadiah hari lahir yang ke 19.. istimewa dari mama. (dalam hati kakchik.. buat betul-betul, dah banyak keluar duit tau).. hehe


Happy birthday Tasya! si manis 19 bersama kawan-kawan.. dah balik kolej masa ni..


kakchik belanja makan seminggu awal sebelum naik sem..


bukan selalu dapat berkumpul bersama..



abang anil gurau ngan adik risya.. 



Kak sya dan aidil..


Institut Memandu Riakar

Mama ucapkan selamat hari lahir buat Sya.. muga jadi anak yang solehah.. berjaya dunia dan akhirat. Muga Sya terus berjaya dalam mengejar cita-cita untuk menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya dan dipermudahkan urusan oleh Nya.. aamiin

Wednesday, 27 September 2017

Trip Kuala Pilah.. hantar Kak Sya naik Sem 3

Assalam.. muga kalian sentiasa berada di bawah lindungan Nya..

Cuti semester anak kedua kakchik yang agak panjang.. 3 bulan.. pihak Uni nak selaraskan jadual akademik program diploma mengikut jadual program ijazah tuk semua pelajar.  Banyak perkara yang dibuat oleh Kak Sya.. selain dari bekerja sebagai cashier di AEON Tmn U.. memasak tuk family jugakkk, leh tahan sedap masakannya.. sedap sebab kakchik balik kerja dah ready makanan. Naik beberapa kilo berat.. menyesal pulakkk.. hehehe.. Sunyi sepi rasa suasana rumah tanpa Kak Sya dan Abang Anil.. selain mama yang cukup terasa ialah adik-adik berdua terutama adik Risya.. asyik sebut jer.

selepas mendaftar.. hitam legam kulit kami terbakar masa gi Tioman lum hilang masa ni..

Hari pendaftaran semester baru ialah pada 11.9.2017 yang lalu iaitu hari isnin. Oleh kerana Kuala Pilah agak berhampiran dengan kampung kakchik maka kakchik singgah bermalam di rumah mak. Pagi isnin baru kami gerak ke uni setelah berjumpa kak long yang tinggal di taman berhampiran. Laluan Air Kuning-Air Mawang-K.Pilah kami lalui dalam tempoh satu setengah jam perjalanan untuk sampai ke UiTM Kuala Pilah. Alhamdulillah Kak Sya dapat tinggal di kolej.. tingkat satu so tak kena panjat tangga banyak sangat untuk angkat barang-barang keperluan. Muga dipermudahkan urusan pembelajaran Kak Sya.. Aamiin


Study smart sya.. mama sayang sya..

Selesai semua perkara berkaitan.. kakchik pun beredar untuk ke rumah sahabat zaman sekolah menengah di Felda Raja Alias 1, Bandar Seri Jempol.. kira-kira 45 minit perjalanan dari UiTM. Seronoknya melihat suasana penempatan area felda.. sahabat kakchik berhijrah ke sana semasa kami di ting 2 SMKA Sharodz.. beliau mengikut parentnya ketika itu dan terpaksa bertukar sekolah.. sedey pulak bila mendengar cerita beliau mengenai sekolah baharunya di sana.. huhu.. betapa beliau merasakan kejutan yang amat sangat kerana sekolah baru yang jauh berbeza dari Sharodz. Walaupun sekejap di sekolah yang sama.. beliau mengingati setiap orang sahabat kami.. bukan sahaja di kelas.. malahan di dorm yang kakchik duduk bersamanya semasa di ting 1. Adooiii.. ingatan kakchik banyak yang dah lemau. Setelah berumahtangga beliau mengikut suaminya tinggal di Kuantan.. sebelum mendapat rezeki memiliki tanah felda tempat beliau tinggal sekarang.


lamanya kami tak bertemu.. hampir 33 tahun.. wajah Aki (kiri sekali) masih yang sama..

Terima kasih Aki dan Abang Edi.. atas layanan istimewa dengan makanan tengahari yang sedap dan enak.. terharu lagi dengan buah tangan dan souvenior yang dibekalkan. Peramah sungguh suami Aki.. yang rajin bersembang dengan hubby kakchik. Muga kalian suami isteri dan anak-anak bertambah rezeki.. Aamiin


suami Aki.. abg Edi yang kanan sekali..bermata hijau.. 

Pulang dari rumah Aki.. kakchik dan suami menghala ke Rembau.. rumah kak longnya yang baru menimang cucu baru. Kami ikut laluan Jempol - Dangi - Inas.. sunyi jugak jalannya.. Semasa di Inas menghala ke Rembau jalan agak curam.. alhamdulillah kami selamat sampai.. walaupun kakchik dah rasa macam masuk explorace. Comel sungguh baby nya.. setelah melawat kami terus pulang ke Skudai.. letey makkk nakkk..



Monday, 25 September 2017

Repair Air-cond Exora yang Rosak...

Assalam.. muga kalian menikmati ketenangan dalam mengharungi kehidupan seharian..

Setelah tamat tempoh warranty selama 3 tahun.. MPV bajet yang kakchik gunakan mengalami pelbagai kerosakan.. yang minor tu kakchik buat-buat tak nampak jer.. tapi bila aircond yang rosak.. terpaksa juga dibaiki.. sukar memandu ketika hujan lebat.. lebih-lebih lagi semasa di lebuhraya.

Tiada pengalaman menghantar kereta ke bengkel aircond sebelum ini.. memerlukan kakchik dan suami survey di setiap kedai dalam kawasan Skudai.. rata-rata upah membuka dan check area yang bermasalah pun mencecah harga RM300.. belum termasuk tukar alat ganti lagi. Bajet duit dulu arr.. sementara nak baiki aircond.. kakchik top up gas.. tu pun dah naik harga.. yang ada dua set air cond iaitu depan dan belakang.. paling murah kakchik dapat RM50.. rata-rata bengkel letak harga RM70.. RM90 pun ada.. adoiii tak mampu mak nakkkk.. hehehe tak boleh bertahan lama gasnya kerana kebocoran yang agak besar.

Bengkel mengesan kebocoran pada cooling coil sebelah depan.. maka ditukarkan parts yang baru. Hangus lah duit kakchik dalam RM730.. iaitu service dan top up gas RM250, cooling coil RM480. Guna tak sampai 5 hari.. dah tak rasa sejuk air-cond nya..  

ni lah rupanya cooling coil  hadapan yang di tukar..


tersedak kakchik nak bayarrr..

Kakchik pergi semula ke bengkel yang sama untuk report.. setelah di periksa.. mekanik mengesyor agar kakchik tukar condenser pulak.. terdapat kebocoran jugak.. huhu.. tunggu la ye.. kakchik bajet dulu. Agak lama jugak kakchik tak sempat menghantar kereta.. tapi Sept'2017 kereta perlu digunakan untuk menghantar anak-anak yang akan naik semester. Terpaksa juga kakchik baikinya, alhamdulillah aircond masih terasa sejuk selepas hampir 2 minggu dibaiki. Harap-harap bertahan lama.. Insya Allah.

condenser yang bocor dipenuhi dengan minyak.. yang belah kiri gambar..

muga berbaloi harga yang dibayar... 

Walaupun kereta ni digunakan ketika hujung minggu dan untuk perjalanan jarak jauh.. tanpa air cond amatlah tidak selesa.. lebih-lebih lagi ketika hujan lebat.. sangat merbahaya untuk dipandu. Muga perkongsian kakchik dapat menjadi rujukan pada yang punya kelemahan macam kakchik.. hehe.. tak berapa nak mampu.

Tuesday, 12 September 2017

Tioman 3D2N @ 1 ~ 3.9.2017

Assalam.. muga hari ini dan hari-hari mendatang menjanjikan kebahagiaan buat kita semua.. aamiin

Kakchik kongsikan percutian ke Pulau Tioman sempena cuti hari kebangsaan, raya haji dan cuti peristiwa menang sukan SEA yang lepas. Peluang bercuti bersama anak-anak yang pulang bercuti pada tahun ini dapat diabadikan sebagai kenangan. Bajet dalam negeri jer.. hehe
                        
                                                                        (RM)                                                                             
Petrol dari Skudai - Tg Gemuk return        =   50.00
Tiket feri pergi balik@6 pax book online   =  440.00
Challet - family room wt breakfast   2N     =  380.00
Snorkeling 3 island + lunch @ 6 pax         =  480.00
Duit dinner 3x @ rm 50                             =  150.00
                                                                     -----------
Total                                                        =  1,500.00
                                                                    =======

Seronok jugak dapat menghabiskan masa di pulau.. damai jer.. pengangkutan utama di Kg Genting cuma basikal, motor dan motosikal yang telah diubah suai.. ada tambahan tempat duduk atau tempat letak bagasi. Tidak nampak sebijik kereta pun.. sebab tiada jalanraya di situ.. semua premis kemudahan seperti masjid, klinik, kedai runcit, kedai makan boleh pergi dengan berjalan kaki. Sementara teksi air disediakan sebagai pengangkutan utama ke kampung yang berdekatan seperti Kg Paya, Kg Tekek dan yang lain. 


di Kg Tekek.. stop untuk ke kedai bebas cukai


di Taman Laut



di Pulau Renggis


Permandangan dari Marina Bay Resort & Restaurant


xtvt ptg pertama selepas check in..


permandangan challet


lagi permandangan chalet..

biru dan damai..

pokok anggur hijau yang sedang berbuah.. sebelah masjid Kg Genting

sun set..

pemandangan senja dari view  chalet 

ruang rehat salah satu chalet yang sedang dibina.. ternampak ketika siar petang


Selain ativiti snorkeling pada hari kedua.. kami juga sempat berkaraoke pada malamnya.. terima kasih kepada pihak challet yang menyediakan pakej percuma kepada kakchik sekeluarga.

Tuesday, 15 August 2017

Resepi Sambal Ikan Bakar yang Sedap

Assalam..  muga hari-hari yang dilalui lebih menyeronokkan dengan kepelbagaian jenis makanan dan resepi masakan..


Kakchik bawakan resepi khas.. sambal ikan bakar dari sahabat Sharodz iaitu Puan Alisahkhairun. Resepi yang beliau perolehi semasa bekerja di bawah Kementerian Kesihatan dan menetap di Kuantan katanya.. terima kasih ye lis.. serius sedap tau..


kuah yang telah siap dimasak.. dilumur pada ikan yang nak dibakar juga..

Resepi Sambal Ikan Bakar

Bahan-bahan :

- 1 labu bawang holland
- 4 ulas bawang putih
- cili kering segenggam, ikut tahap kepedasan
- halia seinci besarnya
- kunyit hidup sedikit
- lengkuas sedikit
- serai 3 batang
- sedikit belacan bagi yang menggemarinya

- sos cili
- sos tiram
- kicap manis
- daun kesum segenggam
- garam secukup rasa
- minyak untuk menumis


bahan-bahan yang disediakan..

Cara-cara :

1. Kisar semua bahan-bahan utama yang di dalam senarai.

2. Panaskan minyak masak secukupnya, tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau dan garing.

3. Kemudian masukkan sos cili, sos tiram, kicap manis dan garam secukup rasa.

4. Biarkan kuah sambal mereneh seketika.

5. Tambahkan air untuk cairkan sambal dan sebelum api dapur ditutup, masukkan daun kesum.

Siap untuk dihidangkan bersama ikan bakar, selain yang dicurah pada ikan ketika membakarnya.


rupa sambal yang telah siap dimasak..


Nota: sambal boleh dibuat lebih awal dari hari yang ingin kita gunakan..  disimpan dalam peti sejuk untuk memudahkan kerja memasak pada hari yang kita nak bakar ikan.