Assalam.. muga hari ini menggembirakan kalian.. walaupun pelbagai masalah yang mendatang..
Hujung minggu lepas kakchik pulang ke kampung halaman untuk menghadiri jemputan kahwin anak sahabat dan juga kakchik berhajat menghantar anak yang balik bercuti selama seminggu sempena perayaan divali ke kolej. Kakchik bermalam di rumah mak.. seronok dapat pulang ke kampung sekali sekala.
Awal subuh lagi mak net dah siap solat dan menyediakan sarapan bihun singapura sekuali besar.. nampak sungguh menyelerakan. Tak berpeluang kakchik nak siapkan menu sendiri.. sesekali dapat makan masakan air tangan mak.. rasa gembira dan bersyukur sebab masih punya emak lagi. Setelah pakcik ke kebun dengan motorsikalnya.. mak pulak bersiap dengan bertudung.. nak ke belakang rumah untuk menoreh katanya. Terkejut beruk kakchik.. terus buka nako tingkap yang nampak kebun di belakang rumah.. kelihatan pelan pokok getah yang telah di buka carangnya.. anggaran beberapa bulan. Rajin betul.. tak reti dia nak duduk rumah.. main facebook ke.. main whatsap ke.. hahaha.. kakchik gurau jer. Mak net tak sempat pun bersekolah pada zamannya.. memandangkan beliau anak perempuan sulung.. dia ditugaskan mengasuh adik-adik yang ramai dan juga membantu urusan rumahtangga seperti mengemas dan memasak.
Kakchik curi-curi abadikan photo mak.. katanya dia cuma menoreh selama 5 hari.. getah sekerap dikumpul sekaligus dalam mangkuk.. patut arr berbau kuat jugak.. Hasilnya akan dijual ke stor jualan getah dengan bantuan pakcik.. kemudian baru diulang menoreh untuk 5 hari berikutnya. Sebelum ke kebun mak memasang ubat nyamuk berbentuk lingkaran.. dimasukkan ke dalam bekas aluminium bulat yang di ikat pada pinggang, tujuannya untuk menghalau nyamuk yang sememangnya banyak di kebun.
kebun yang agak bersih.. tu yang kakchik berani tempuh masuk.. |
nampak pun belakang rumah mak.. cat hijau kelabu.. |
benda bulat yang di belakang pinggang mak itulah ubat nyamuk.. hihi |
Sejak selepas covid Mak Net dah bersara dari menoreh, ada bapa saudara yang tolong uruskan.
ReplyDelete