Assalam.. muga kalian sentiasa di bawah lindungan Nya..
Beberapa bulan yang lepas kakchik dan suami membawa anak-anak yang masih bersekolah rendah berjalan-jalan sekitar Johor Bahru.. bajet pun ciput.. nak melihat Aeon Bandar Dato Onn yang baru bermula operasinya sekitar bulan September jika tak silap. Cantik dekorasi dalamannya.. terdapat banyak bear sebagai maskot dan beberapa taman mini yang dihias indah untuk menarik perhatian para pengunjung. Ketika kami tiba di kawasan pentas.. ada persembahan tarian moden sedang berlangsung.. lagu Dato V pun ada.. hehe
Di tingkat atas terdapat pusat game kanak-kanak dan keretapi untuk dinaiki mengelilingi seluruh ruang tingkat tersebut dengan harga RM5 per/head. Medan selera dan pelbagai restoran untuk menjamu selera juga disediakan.
|
suka anak-anak ni.. |
|
besarnya bear.. |
|
cer aidil senyum sikit.. |
|
adik risya yang selalu hepi.. |
|
dapat belon free.. kami naik keretapi RM5 seorang bayarannya |
|
Risya selalu sporting untuk berfoto.. |
|
adik berfoto sorang jer.. abang dil takmo join.. |
Balik dari berjalan-jalan kami singgah melawat atuk dan nenek pula sebelum pulang ke rumah.
No comments:
Post a Comment