Thursday, 26 May 2016

Pengantin Empat..Tahniah Miza n Zura!

Assalam.. selamat pengantin baru buat anak2 saudara.. untuk pasangan yang lama tu.. upgrade bagi baru..hehe

Kaklong dan abang long bersetuju untuk anak-anaknya Miza dan yang bongsu Zura bernikah bersaing iaitu "Pengantin Empat"... Alahaiii comey jer pengantin.. Alhamdulillah majlis berjalan lancar. Kakchik hanya sebagai penyambut tetamu..  itu jer yang larat pun.. Aptb..

Upacara akad nikah pada 20.5.16 selepas waktu asar.. dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin iaitu Ustaz Ahmad @ Imam Ahmad dengan pendaftar nikah Imam Nazri, senior kakchik di sek keb dulu. 


Miza.. Zura.. sebelum akad nikah..

Alhamdulillah petang yang hening menyaksikan pasangan pengantin 4 diakadkan dengan sekali lafaz untuk pasangan kakaknya dan sekali lafaz jugak untuk pasangan adik bongsu.

Pasangan Miza dan Baim..



Pasangan Zura dan Am..

Malamnya diadakan acara berzanji oleh ahli surau. Kakchik tumpang bersembang dengan emak saudara yang jarang2 dapat bertemu.



Kakchik dan risya.. nak jugak.
Kak Miza dan risya..

Keesokannya 21.5.16 @ hari sabtu majlis berlangsung meriah dengan kedatangan saudara mara, jiran tetangga dan sahabat andai dekat dan jauh. Beberapa photo candid sempat dirakamkan..

Pasangan Miza dan Baim di hari bahagia..

Pasangan Pengantin 4... muga bahagia hingga ke jannah.. aamiin


Mak dan jiran baiknya.. kak mbah


Mak bersama Ujie.. saudara sebelah arwah Tok Ahmad Long..



Kakchik&suami bersama abang long, kak long dan ateh..

bersama anak saudara yang paling pendiam.. ika.. anak kaklong..


Candid..

bersama cikgu murni kawan sharod kakchik.. dan kak zie jiran kaklong paling best 


kenangan sekali bersama ateh..

Walaupun agak penat membantu kaklong dan abang long pada hari bahagia tersebut.. kakchik tetap rasa gembira.. tumpang bahagia..

Seronoknya Balik Kampung..

Assalam... muga anda terus ceria dan dilimpahi rahmat..

Percutian di kampung bersama ateh dan anak-anak amat menyeronokkan. Banyak kenangan yang tersimpan di kampung tempat kami dibesarkan (memang besar pun).. tempat yang mendewasakan kami.

Sengaja kami rancangkan untuk pulang bersama-sama.. kebetulan ada jemputan kenduri kahwin di rumah sahabat kami di kampung.

Dah di kampung.. apa lagi ye.. bergambar di beranda botol mak lerrr..



Tasya n adik misya.. tinggi nya misya..


Kakchik dan Ateh..


Do Re Me...



2 dara.. 2 mama dara.. hehe


Alhamdulillah.. muga kami dapat berjumpa lagi di bulan Ramadhan dan Syawal nanti... Insya Allah.

Monday, 9 May 2016

Secebis Kisah Penyewa Flat Kakchik

Assalam.. muga hari2 mendatang bakal menjanjikan kebahagian buat kita semua..

Ni kakchik kongsikan sedikit kisah mengenai penyewa yang terpaksa berpindah ke negeri lain dalam tempoh notis yang singkat. Sebelum 5hb Januari.. beliau maklumkan pada kakchik yang beliau dipindahkan oleh majikan mulai bulan Feb'16 so hujung bulan Jan'16 beliau akan keluar dari unit flat kakchik. Terpaksa rela kakchik pun bersetuju dan meminta beliau kontra sewa bulan tersebut dengan depositnya walaupun dalam kontrak perjanjian notis perlu di beri dua bulan sebelum berpindah dan ikat kontrak perjanjiannya selama 2 tahun.


ni agreement nya..
Beliau telah menyarankan agar kakchik membenarkan rakan sekerja di bawah seliaan beliau untuk menyambung sewa pada bulan Feb'2016. Tanpa memikirkan benda negative.. kakchik pun bersetuju dengan cadangan itu.

ni wa jawapan bila kakchik follow up status rumah flat
Feb'2016 berlalu begitu pantas sehingga habis bulan.. kakchik tak dapat income sewa bulanan Jan'16 & Feb'16 yang telah dipungut oleh bekas penyewa.. kalau sambung sewa kena bayar sewa bulanan la kan.. beliau dah pungut penuh deposit 2 + 1 + api air.. so kena bayar pada kakchik tunggakan sewa bulan Jan'16 dan Feb'16.. Bila ditanya.. katanya tunggu nak settle bil api air dulu.. sebab deposit api air RM200.

ni butiran agreement..
Penyewa baru berjaya membayar sewa bulan Mac'16 mengikut tempoh seperti perjanjian tapi kakchik masih tidak dapat membuat agreement baru memandangkan deposit yang dipungut oleh bekas penyewa tidak masuk lagi ke Ac bank kakchik. Beberapa kali jugak kakchik follow up sepanjang Mac'16 tu. Jenuh melayan kerenah bekas penyewa kakchik pun hantar sms begini...


cepat pulak beliau response..


ni bukti bayaran..

So seperti yang dijanjikan.. pada hari yang sama.. dapatlah kakchik memungut RM1,000 iaitu dua bulan deposit penyewa baru. Deposit api air RM200 remain yang sama dalam rekod kakchik sebab bil2 terakhir telah settle dibayar oleh bekas penyewa. Syukur alhamdulillah.. segalanya dipermudahkan.


Monday, 2 May 2016

Passportnya Hilang di Italy

Assalam.. selamat bercuti hari buruh.. muga dapat meluangkan masa bersama ahli keluarga..

Sebelum ni kakchik ada bercerita pasal anak sulung yang bercuti ke Eropah sempena cuti sem 1.. so percutian ala backpacker yang bermula dari Republic Czech dan berakhir di Italy itu telah disamun pada malam terakhir dan ketika berada di atas tren malam. Hampir semua yang berada di tren tersebut kehilangan barang personal termasuklah anak bujang kakchik.

Tanpa passport dia tidak akan dibenarkan untuk menaiki pesawat dan hal ini juga bermakna dia tidak boleh pulang ke negara asal atau dalam kes anak kakchik ke negara tempat belajarnya di Russia. Sememangnya terkandas di negara asing bukan sesuatu yang menyeronokkan. Kakchik sebagai ibu pun kecut perut menunggu perkembangan terkininya.

Setelah puas mencari di beberapa koc.. masih tidak berjumpa.. anak kakchik membuat laporan polis di station yang berhampiran. Memandangkan kejadian berlaku di malam hari so kena lah menunggu pejabat Kedutaan Malaysia  di buka untuk membuat permohonan Sijil Passport Sementara. Dokumen yang diperlukan ialah :
- salinan laporan Polis
- dokumen yang membuktikan kerakyatan Malaysia (Mykad)
- borang permohonan (akan diberi oleh pihak kedutaan)

Setelah sijil passport sementara dimiliki.. barulah anak kakchik boleh book tiket untuk kembali ke Malaysia kerana dia tidak boleh menggunakan tiket yang ada untuk pulang ke Russia semula. Hendak book tiket pulang ke tanahair juga terhad kerana merujuk kepada negara transit yang tercatit seperti di sijil. Kebetulan pula cuti umum.. cuti CNY..

2 -3 hari juga anak kakchik bermalam di Italy sementara menunggu tarikh fly.. di masa itu kakchik sekeluarga bercuti di Batam.. tak senang makkk nakkk.. hehe.. Khamis  selepas cuti Tahun Baru Cina anak kakchik pulang dengan selamatnya.. alhamdulillah adik n BIL kakchik yang tinggal di KL tolong mengambilnya di KLIA. Sekali lagi report polis Malaysia dibuat di balai polis yang berdekatan. Memandangkan hari pun dah petang n pejabat Imigresen telah ditutup maka keesokan harinya barulah dibuat permohonan passport gantian di Putrajaya. Ambil masa dalam 2 - 3 hari jugak untuk menunggunya siap.. investigate kesahihan laporan passport hilang.

Hari selasa berikutnya baru boleh diambil passport tersebut. Anak kakchik terus membuat permohonan  "Invitation letter" dari pihak Uni di Russia dengan menghantar email passport yang telah diimbas. Menurut pihak Uni proses untuk mendapatkan dokumen tersebut mengambil tempoh 20 hari bekerja.. bulan Mac banyak betul cuti umum.. Russia menyambut Hari Wanita jugak.

Sebenarnya hampir sebulan juga menunggu invitation letter.. sahabat anak kakchik di sana telah membantu untuk mengirim melalui kurier service setelah dokumen tersebut siap. Dalam masa yang sama anak kakchik membuat ujian darah "HIV".


ni ler rupanya "invitation letter"


Setelah semua dokumen asal diperolehi anak kakchik pun pergi ke pejabat Kedutaan Russia di Jalan Ampang, KL untuk memohon visa. Borangnya perlu diisi secara atas talian.



Inilah nota rujukan untuk pengambilan visa.. tempoh dua hari bekerja


visa yang telah siap

Dalam masa menunggu visa untuk diambil.. anak kakchik pun book tiket ke Russia.. tidak banyak pilihan yang ada. Anggaran yang paling ekonomi ialah RM2,400 tetapi perlu transit dua tempat.



Flight KL-Abu Dhabi-Rome-St Petersburg pada 3/4/2016

Danial dan sahabat karib masa di Samura.. Petek.. sedang menunggu untuk fly juga.. selepas raya nanti
Kesian danial perjalanan jauh yang amat meletihkan.. syukur selamat sampai walau mengambil masa dua hari dan kawalan imigresen di Russia yang sangat ketat.. untuk nak memastikan anak kakchik memang pernah belajar di sem 1.. mereka sanggup call dekan Uni.. kebolehan berbahasa ruski sedikit membantu dan membuktikan anak kakchik memang pelajar Uni di sana. Muga pengalaman ini dapat mendewasakan si bujang kakchik ni untuk belajar lebih kuat dan selamat mengulangkaji.. tertinggal kuliah hampir sebulan yang lepas.

Tuesday, 26 April 2016

Beranda Idaman Hati Mak Kakchik..

Assalam.. muga hari-hari mendatang menjanjikan kebahagiaan buat kita semua..

Cerita pasal beranda rumah kampung kakchik.. tempat kakchik dilahirkan dan dibesarkan. Asalnya rumah papan.. tetapi telah di upgrade pada tahun 1994.


Photo di atas ialah rumah yang telah di upgrade.. baru-baru ni.. mak kakchik telah menyuarakan hasratnya untuk membuat beranda yang bertembokkan batu ala2 botol tu.. ni famous dedulu la.. Maka adik kakchik yang mesra dengan panggilan ateh pun menunaikan hajat mak tu.. Terima kasih ye ateh.. besar pahalanya kerana menunaikan hajat mak..

Setelah memanggil beberapa kontraktor (kat kg. panggil "tukang") mengukur.. dan mendapat sebut harga yang berpatutan.. maka kerja dimulai dengan meratakan lantai kiri dan kanan beranda lama untuk dijadikan satu. Selepas itu dinaikkan bata beberapa inci sebelum diletakkan tiang2 botol.

kerja pembinaan sedang dijalankan


begini rupanya setelah siap kerja pemasangan tembok botol


pandangan hadapan..


kerja tiling sedang dilakukan


melengkapkan kerja tiling


kerja tiling hampir siap


siap pun pasang tiles..


selepas dicat



Alhamdulillah kemas sungguh kerja kontraktor tersebut. Warna cat pun pilihan mak.. berseri-seri dah rumah mak di kampung. Tercapailah impian mak yang mahukan cucu-cucu berehat dan duduk diatas beranda barunya. Muga mak dipanjangkan umur. Aamiin

Tuesday, 19 April 2016

Salah Lorong - termasuk check point ke Kota Singa

Assalam.. muga hari ini lebih baik dari semalam..

Alhamdulillah bos di tempat kakchik bekerja.. berbesar hati untuk belanja makan tengahari.. untuk semua staff sempena kejayaan dalam memperbarui sijil ISO dan juga penubuhan syarikat barunya dengan menggunakan staff sedia ada.

Pihak HR telah mencadangkan venue makan tengahari di DoubleTree by Hilton, Johor Bahru. Beberapa photo diambil sementara menanti kedatangan bos untuk mengeratkan silaturahim sesama staff.


Gabungan department finance, HR projek + kontrak..



Staff perempuan.. kurang lagi seorang yang sedang cuti bersalin..

Kakchik dan HR..

Inilah team kami yang tinggal daripada hampir 60 orang staff sebelumnya.. ada yang tamat kontrak kerja dan ada juga yang mendapat tawaran kerja yang lebih baik. Walau bagaimanapun kami gembira dalam kelompok yang tidak ramai. 

Makanannya boleh tahan enak.. ada pilihan masakan melayu, cina dan india.. mengah perut kakchik. Setelah habis sesi makan dan mengucapkan terima kasih kepada bos, kakchik pun beredar dan bergegas untuk mengambil anak yang berada di sekolah memandu.. sian dia menunggu lama. Lokasinya boleh tahan jauh untuk seseorang yang tak berapa suka memandu seperti kakchik.

Turun dari kawasan parking yang berbelit-belit macam ulau kata "orang melaka"... kakchik pun terus menuju ke arah Stulang sebab kakchik perlu ambil laluan EDL/Bdr Dato Onn untuk ke sekolah memandu yang terletak di Adda Height. Biasa kakchik ambil dia dari area ofis so takde masalah. Ntah macam mana punya over confiden kakchik tau-tau dah berada di dalam area check point masuk ke Singapore... pehhh makk dah silap nakk... adoiiii...

Tula.. dah tau bukan orang JB.. bila hubby drive tolong ler buka mata sikit n kenal pasti jalan... haaaa kan dah kenaaaaa...

Ni lerr tempat sesatnya..
So.. selepas bayar tol menggunakan touch n go... kenalah park kereta di bahagian lorong merah sementara kena isi borang di pejabat Imigresen di tengah2 tu ye.. jangan lupa tunjuk IC mykad.. 

sedang mengisi borang sambil menahan ketawa..

ni ye borang nya..
Begitulah rupa borang yang kakchik isi maklumatnya.. selepas tu kena dapatkan pengesahan dari pegawai yang duduk di dalam bilik.. then bila dah dapat kebenaran tu.. ambil lah kereta dan menuju ke lorong sebelah kanan sekali.. di hujung lorong ada seorang polis yang akan ambil borang tadi dan akan membuka laluan berpatah balik.. siap wish selamat masuk ke Malaysia.. kakchik dan anak saudara ketawa macam nak pecah perut.. dengan perut kekenyangan lagi.

Syukurlah kakchik tak sesat lagi hingga ke Adda Height dan pulang semula ke pejabat.


Sunday, 17 April 2016

Pengalaman Si Bongsu terkena Bell's palsy

Assalam..
Pengalaman ini kakchik laluinya dua tahun yang lepas.. bulan Mac 2014.. ketika si bungsu berusia 4 tahun.. pada hari kejadian kakchik balik kerja agak lewat dari biasa iaitu hampir maghrib, kebiasaannya habis waktu pejabat pukul 5.30 terus keluar sebab kena ambil anak-anak di taska. Kesian anak-anak keletihan bermain sambil menunggu mamanya pulang. Seperti biasa si bongsu akan menyanyi semua lagu-lagu yang dipelajari di tadikanya.. almaklum baru masuk alam persekolahan. Sambil memandu balik ke rumah kami.. kakchik turut nyanyi sama.. mana yang tau jela.. bila berhenti di lampu merah.. kakchik pun pusing sedikit untuk mencium pipi si bongsu. Terkejut kakchik melihat mukanya yang agak senget bila menyanyi.. berdebar-debar hati kakchik.. apakah itu??


Setiba di rumah.. beberapa soalan kakchik ajukan padanya dan si abang yang telah bersekolah tahun satu.. mengikut kata si bongsu dan si abang.. si bongsu tidur petang tu.. ikut jadual taska seperti biasa, bangun jer rasa sakit sedikit di bahagian pipi kanan nya.. Dalam keadaan susah hati kakchik solat dahulu.. doa semuga segalanya dipermudahkan sementara menunggu suami pulang. Agak lewat jugak suami kakchik pulang.. kerja luar kawasan. Si bongsu tidak berselera makan dan tidur agak awal. Kami mengambil keputusan untuk membawanya ke klinik berdekatan.. KK Taman Universiti  terlebih dahulu pada keesokan harinya.. dengar dulu apa ulasan doktor.

Sibongsu ke sekolah agak lewat selepas rawatan doktor.. masa mengambil nombor giliran dan di tanya anak kakchik sakit apa.. kakchik cuma cakap sakit muka sahaja.. Doktor yang merawat membuat beberapa ujian ke atas si bongsu.. akhirnya dia klasifikasikan sebagai Bell's palsy.. first time kakchik dengar perkataan tu.. dalam hati.. nanti ku google untuk tau lebih lanjut. Doktor tersebut menerangkan serba sedikit berkenaan sakit yang dihidapi oleh si bongsu dan memberi surat rujukan ke pakar kanak2. Selepas menyarankan agar si bongsu minum menggunakan straw dan makan disuap buat sementara ini.. doktor juga menyarankan agar dipakaikan ray-ban untuk menahan cahaya yang masuk ke mata kanannya yang tidak boleh berkerdip. doktor mengarahkan kami berjumpa fisio yang berada di tingkat satu. 


Pegawai fisio mengajar cara untuk membuat sedikit exercise muka dengan menggunakan kiub ais yang tidak tajam dan dibalut dengan tuala kecil.. kemudian digosok dengan ringan dan laju secara sehala dari bawah muka bahagian kanan menghala ke atas.. berulang-ulang kali setiap pagi, tengahari dan malam sebelum tidur. Terdapat juga senaman muka yang perlu dilatih.. seberapa kerap yang larat.. seperti mengangkat kening, mengerut kening, tutup & buka mata, mengerut hidung, senyum, senyum lebar, mengerut dagu, memek muka sedih, buka & tutup mulut, jelir lidah dan tiup angin.


Ini senaman bergambar supaya mudah anak kakchik contohi

Kakchik menerangkan kepada guru kelas si bongsu dan kemudian kepada cikgu asuhannya di taska tentang penyakit yang sedang dihidapinya. Kemudiannya kakchik membuat temujanji untuk berjumpa doktor pakar. Sebelum tarikh temujanji sampai.. kakchik membawa sibongsu untuk jalani fisio setiap petang dengan harapan agar cepat sembuh.  Photo di bawah menunjukkan saraf muka kanan pesakit yang terkena bell's palsy.





Apakah maksud bell's palsy? Ianya nama penyakit yang menyerang saraf wajah ke 7.. sehingga menyebabkan kelumpuhan pada otot wajah di salah satu sisi. Kelumpuhan hanya terjadi di satu wajah yang terkena. Ini yang membezakannya dengan stroke. Adakah bell's palsy sakit? Ianya tidak sakit tetapi kita sendiri akan merasa kesukaran untuk tidur, susah untuk makan, susah untuk kerdip2kan mata.. Tanda2 nya seperti susah menggerakkan otot wajah di bahagian yang diserang, seperti mata tidak boleh ditutup, tidak boleh meniup dan sebagainya. Penyebab kelumpuhan ini masih menjadi perdebatan. Beberapa ahli menyatakan penyebabnya adalah kerana angin sejuk di salah satu sisi wajah secara terus menerus, ada juga yang menyatakan hal itu disebabkan oleh virus herpes yang menetap ditubuh dan aktif kembali kerana trauma, faktor lingkungan, stres dan lain-lain. 


Photo di atas menunjukkan seseorang yang terkena bell's palsy sebelah kanan, hanya gerakan muka kiri sahaja yang boleh dilihat.. gerakan semuanya terherot ke kiri muka pesakit. Ramai orang yang tidak tau dan membuat anggapan bahawa muka kiri pesakit yang mengalami masalah. Photo di sebelahnya ialah sesudah sembuh dan pesakit boleh tersenyum normal. 

Sebahagian penderita boleh sembuh tanpa perubatan, tetapi disarankan untuk menjalani terapi dari perubatan agar segera sembuh. Bell's palsy diambil dari nama Sir Charles Bell, doktor dari abad 19 yang pertama menggambarkan keadaan ini dan menghubungkan dengan kelainan pada saraf wajah. Walaupun namanya unik.. penyakit ini akan mengganggu fungsi pada wajah penghidapnya.

Simptom atau gejala Bell's palsy: 

- muka menjadi senget
- mata & kening mereka kelihatan terjatuh atau condong ke bawah
- tiada air mata pada bahagian wajah yang diserang Bell's palsy
- garisan pada pipi akan jatuh
- sukar mengawal pengeluaran air liur
- kesan telinga berdesing atau berdengung yang dikenali sebagai tinnitus
- bahagian depan lidah terasa kebas
- sukar meniup dan menghembus
- sakit telinga atau ada inflamasi (keradangan) di dalam telinga.



Syukur alhamdulillah anak bongsu kakchik telah sembuh sepenuh nya setelah beberapa kali berjumpa doktor pakar dan fisio yang dibuat mengikut jadual. Puas juga kakchik memujuk setiap kali fisio yang perlu melekapkan wire ke seluruh pipi kanannya.

P/S: Ibubapa perlu alert dengan setiap perubahan anak2.. jangan sampai terlewat..    
Semuga Allah sentiasa melindungi kita.. Hidupku.. Matiku.. hanya kerana Allah s.w.t.