Thursday, 30 May 2019

Trip ke Moscow Russia 28 ~ 31.5.19

Assalam.. muga terus dibekalkan kesihatan yang baik bersama tersayang di bulan yang mulia ini. 

Alhamdulillah kakchik dapat merealisasikan impian untuk ke Russia iaitu ke Moscow dan kemudian ke tempat anak kakchik study di St Petersburg. Flight tambang murah yang kakchik book berlepas pada jam 10.55 pagi 28.5.19 dari KLIA dan sampai ke Almaty 8 jam berikutnya. Kami mendarat di airport Moscow SVO kira-kira jam 9 malam setelah 4 jam fly dari Almaty. Suami kakchik terus membuat tukaran wang ruble di kaunter money changer untuk membeli sim kad Russia bagi membolehkan beliau memanggil teksi yandex ke apartment yang telah ditempah. 

Day 1~ 29.5.19 (rabu) 

Lawatan kami bermula selepas waktu zohor kerana kami berpuasa di bulan Ramadhan. Jadinya kami keluar sehingga waktu berbuka iaitu pukul 8.55 malam waktu di Moscow bersamaan jam 1.55 pagi waktu di Malaysia.


Photo berlatarbelakang St. Basil 

Berdekatan Red Square






Terima kasih Julia yang menjadi pemandu pelancong



Day 2 ~ 30.5.19 (khamis)


Cantik station metronya.. 


Cuaca mendung petangnya.. 


Singgah solat di Masjid Moscow

Hari kedua di Moscow Julia dan Amna yang temankan kami sekeluarga. Siap bawa surprise kek untuk uncle Anuar sempena birthdaynya. Jadinya selepas berbuka di Mee Tarik langsung makan kek.  Terima kasih untuk anak-anak bakal doktor ni.


Julia, Tasya, Yasmin & Amna

Aidil & Abang Imran

Happy birthday bang.. 

Day 3 ~ 31.5.19 (jumaat)

Kami check out dari apartment dan seterusnya menuju ke station keretapi untuk ke St Petersburg. Muga perjalanan kami dipermudahkan dan selamat sampai ke destinasi. 

Friday, 24 May 2019

Visa ke Russia

Assalam..  muga bulan Ramadhan yang penuh barokah ini dapat kita lalui dengan ketenangan beserta amalan tadarrus dan tarawih. 

Setelah 4 tahun merancang untuk melawat anak sulung kakchik yang melanjutkan study di Russia,  akhirnya final year beliau akan berakhir pada pertengahan tahun 2019 ini. Tarikh cuti sekolah pertengahan tahun telah kakchik dan keluarga pilih dan minggu keduanya ialah Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut pada 5hb dan 6hb Jun 2019.

Sebagaimana yang dimaklumi untuk melawat negara Russia memerlukan visa pelawat. Jadinya setelah tempahan tiket penerbangan dibuat,  kakchik pun mendapatkan syarat utama bagi membolehkan visa dipohon iaitu LI "letter of invitation". Ianya boleh didapati secara percuma dengan pihak hotel,  seeloknya bertanya terlebih dahulu sebelum pengesahan booking. Ia juga boleh dimiliki melalui online "Realrussia.co" dengan bayaran usd15.30 setiap kepala. 

Setelah bayaran dibuat melalui kad visa secara online,  dokumen pun dihantar melalui email dalam tempoh hari yang sama. Untuk info,  Konsulat Russia di Malaysia boleh terima pakai dokumen yang dicetak melalui email tetapi bukan dalam bentuk salinan photostat. Sekiranya ada 5 orang dalam permohonan yang sama,  maka hendaklah dicetak 5 iaitu setiap orang mesti ada satu sebagai kepilan.  

Langkah seterusnya ialah mengisi borang permohonan visa secara online,  boleh di dapati melalui website embassy Russia di Malaysia.  Ada beberapa soalan yang perlu diisi dengan berhati-hati tanpa melakukan sebarang kesalahan kerana pindaan bertulis di borang yang telah dicetak tidak di terima langsung. Setiap butiran di LI perlu dimasukkan tanpa sebarang kesilapan kerana permohonan tidak akan diproses selagi borang salah diisi. 

Setelah siap dicetak bagi setiap pemohon maka bolehlah dikemukakan permohonan ke pejabat konsulat yang berada di tepi pondok pengawal Kedutaan Russia di Jalan Ampang,  Kuala Lumpur.  Passport asal yang masih sah laku melebihi tempoh 6 bulan dan masih punya mukasurat kosong untuk dicop imigresen lebih dari 3 helai. Dokumen sokongan ialah : 

1. Satu salinan passport
2. Cetakan LI
3.Cetakan borang online yang telah di sign guna pen biru.
4.Sekeping gambar berukuran passport yang ditampal di borang cetakan permohonan online. 

Pejabat konsulat cuma dibuka 3 hari sahaja iaitu setiap isnin,  rabu dan jumaat dari pukul 9.30 - 1.00 tengahari. Seeloknya telefon dahulu ke pejabat untuk sahkan konsulat dibuka kerana mereka mengikut cuti umum di negara asal. 

Kena beratur diluar untuk submit borang. Setelah borang disahkan betul oleh pegawai maka slip bayaran diberikan. Boleh ke bank yang berdekatan iaitu Maybank tetapi jangan bayar dalam talian tetapi gunakan mesin atm untuk pindahan kerana resit yang keluar itu sangat penting sebagai bukti bayaran telah dibuat. Setelah itu boleh berikan resit kepada pegawai semula sebelum mendapat resit beserta tarikh dokumen boleh diambil contoh dalam tempoh 10 hari.



Terima kasih ateh yang menumpangkan dan teman kakchik


Kakchik pilih yang rm320 tu..

Inilah rupa slip yang kita dapat setelah bayaran dibuat

Alhamdulillah borang kakchik berjaya diproses pada cubaan kedua.. hihi

Contoh visa yang telah siap

Tuesday, 30 April 2019

Sambutan Hari Lahir Arisya ke 9 Tahun

Assalam.. muga hari anda sentiasa ceria dan dilindungi payung Illahi.

Kakchik kongsikan sambutan hari lahir anak bongsu kakchik yang ke 9 tahun iaitu pada tarikh 27.3.2019 yang lepas. Memandangkan ianya jatuh pada hari cuti sekolah awal penggal jadinya pada hari pertama naik sekolah iaitu ahad 31.3.2019 kakchik menghantar kek dan sedikit kuih muih kepada guru kelasnya.

Happy birthday Arisya sayang.. 


Muga jadi anak yang solehah.. 

Terima kasih pada guru dan kawan-kawan yang meraikan Arisya

Alhamdulillah si bongsu pun seronok sangat kerana dapat makan kek bersama kawan-kawan sekelasnya. Tahun ini Arisya dapat hadiah basikal baru dari papa kerana yang lama telah rosak. 

Sunday, 28 April 2019

Motorsikal Modenas Sah Bertukar Tuan

Assalam..  muga kalian ceria menikmati kehidupan seharian bersama yang tersayang. 

Kakchik kongsikan kali ini mengenai motorsikal anak bujang kakchik yang telah selamat dijual pada tarikh 17.4.2019 kepada owner yang baru. Setelah bertahun tersadai kerana tidak sempat membaiki kerosakan disebabkan lama terlantar tidak digerakkan. Akhirnya suami kakchik sempat menghantar motorsikal ke bengkel untuk dibaiki dan seterusnya membuat iklan penjualan. 

Alhamdulillah pembeli ialah seorang anak muda yang hampir sebaya dengan anak kakchik yang baru memulakan kerjaya di Johor. Setelah urusan memperbaharui insuran dan pertukaran nama owner,  si modenas pun bertukar tangan secara sah. Bayaran secara tunai pun diterima.

Bye bye.. 

Jasamu dikenang
Alhamdulillah syukur segalanya berjalan lancar seperti dirancang.

Sunday, 31 March 2019

Trip KK - Kundasang 19~21.1.2019

Assalam..  muga kalian berada di bawah lindunganNya dan sentiasa ceria menempoh hari-hari yang dilalui dan bakal mendatang. 

Kakchik kongsikan perjalanan ke Sabah,  negeri di bawah bayu pada bulan Januari yang lepas. Hasrat untuk melawat Sabah tertanam sejak dari tahun 2004 lagi,  ketika itu kakchik dan keluarga melawat Kuching.. tarikh 24.12.2004 bersamaan dengan tarikh tsunami besar yang menimpa Acheh.  Alhamdulillah syukur ketika itu di Kuching tiada kawasan yang terjejas. Cuma pangsapuri yang kakchik duduki di Bandar Sri Permaisuri turut merasa gegaran tersebut,  terlihat di berita tv jiran-jiran yang ditemuramah berkongsi detik cemas mereka. 

Hasrat yang tersimpan berlarutan lagi sehingga kes di Pulau Sipadan dan berikutnya pula bencana gempa bumi di Gunung Kinabalu.  Impian bagaikan terkubur begitu lama,  sehinggalah adik ipar kakchik yang menyuarakan hasratnya pada pertengahan tahun lepas untuk ke Sabah.  Puas juga menanti tiket tambang murah yang berpatutan dan akhirnya kami memilih cuti Thaipusam sebagai waktu yang paling sesuai kerana di Sabah mereka tidak menyambutnya. 

Day 1 ~ 19.1.2019 (sabtu)

Penerbangan pesawat tambang murah dari Senai ke KK pada awal pagi merentasi Laut China Selatan.  Tempoh perjalanan kira-kira 2 jam 20 minit.  Alhamdulillah cantik cuaca pada hari itu.

Wajah-wajah gembira dapat bercuti

Kami mengambil kereta sewa untuk ke Kundasang.  Beberapa tempat yang kami singgah di dalam perjalanan iaitu di Rumah Terbalik dan juga Jambatan Gantung Tamparuli. Terdapat gerai menjual buah-buahan serta sayur-sayuran di penghujung jambatan. Kami sempat menikmati nasi goreng serta ais kepal yang enak di situ. Kakchik membeli buah tarap dengan harga rm5 sebiji.. sedap jugak rasanya seperti buah rambai campur buah laici. 

Rumah terbalik yang pertama di Sabah


Inilah jambatannya..  bergegar juga ketika menaiki.. 

Kami meneruskan perjalanan sehingga ke Pekan Nabalu dan kemudiannya kami singgah di ladang lembu, Desa Dairy Farm. Cantik dan indah suasana ladang yang berkabus dan menghasilkan permandangan seperti di luar negara iaitu New Zealand.  Kami sempat menikmati susu lembu segar dan ais krim viral berperasa vanila.  Kami makan ais krim sambil menghirup udara segar.. yang agak berbau lembu.. hihihi.. sehingga kakchik hanya selera menghabiskan separuh bahagian sahaja.








Kami meneruskan lagi perjalanan dengan melawat beberapa lagi tempat yang menjadi tumpuan pelancong sebelum check in di homestay berdekatan Pekan Nabalu. Selepas berehat dan solat kami pun bersiar-siar di Pekan Nabalu yang banyak gerai-gerai buah-buahan juga kerepek serta kuih kering buatan Sabah. Kami membelinya sebagai cenderahati untuk saudara mara.

Malamnya cuaca gunung agak dingin dan kami memutuskan untuk makan malam di restoran makanan segera KFC sahaja. Selepas makan kami dapati semua gerai telah ditutup,  awal juga sekitar jam 8.30 malam. Angin gunung bertiup agak kuat dan kedinginan amat dirasai. Bagi meneruskan aktiviti kami cuma singgah di gerai tepi jalan yang masih terang,  kami membeli sedikit buah-buahan untuk dimakan di bilik homestay nanti. Kami tidur awal pada malam itu.

Day 2 ~ 20.1.2019 (ahad)

Awal pagi lagi kami telah siap untuk check out dan seterusnya bersarapan sebelum menjejaki Gunung Kinabalu di Kinabalu Park. 




Berlatarbelakang Gunung Kinabalu yang sangat unik. 


Selepas agak puas menikmati udara gunung kami pun bergerak ke KK untuk meneruskan aktiviti pulau pula. Kami singgah di bahu jalan di lereng gunung daerah Kundasang untuk menikmati durian Sabah yang sangat enak dengan harga berpatutan.

Kami tiba di Jesselton Point sekitar pukul 12 tengahari dan kami terus memilih pakej snorkeling ke Pulau Manukan di kaunter no.  10 yang boleh tawar menawar.  Kami puas bermandi manda di pantainya yang bersih. Hampir pukul 4.30 petang kami bergerak semula ke jeti dan check in di hotel yang berhampiran.





Selepas membersihkan diri dan solat kami meneruskan aktiviti melihat matahari terbenam di Tg Aru. Jalanraya menuju ke pantai sangat sesak sehingga kami hampir terlepas saat-saat indah tersebut.  Selepas puas di situ,  kami membeli belah di pasar filipina dengan membeli kerongsang suasa,  cincin dan gelang mutiara.

Kami makan malam dengan makanan laut yang pelbagai di sebelah Pasar Filipina. Kami masih ingin membeli belah sekitar pasar filipina tetapi terpaksa pulang ke hotel kerana anak bongsu kakchik begitu mengantuk sekali. Kami tidur agak awal untuk menyambung aktiviti pada keesokan harinya.



Day 3 ~ 21.1.2019 (isnin)


Awal pagi lagi kami telah check out. Kami terus bersarapan di sebuah restoran berhampiran Pasar Filipina kerana mudah untuk kami sambung membeli belah t shirt,  kerongsang dan rantai tangan lagi.  Kakchik tidak melepaskan peluang untuk membeli bilis dan sotong bulat sebagai buah tangan.

Selepas itu kami menuju ke Jamilah Jewels untuk mendapatkan mutiara asli Sabah dan fridge magnet. Harga fridge magnet dan key chain agak murah di situ.  Kami seterusnya ke View Tower,  Menara Tun Mustafa dan singgah solat di Masjid Bandaraya.  Makan tengahari di medan selera di kawasan masjid agak sedap berbanding medan selera di Jesselton Point.

Masjid Bandaraya



Sebelum ke airport kami berhenti di Muzium Sabah kerana ianya sama arah.  Kami sampai di airport just on time untuk memulangkan kereta sewa dan seterusnya kami check in untuk berlepas pulang ke JB. Walaupun jadualnya padat tetapi kami sangat gembira dan selamat sampai ke JB kira-kira jam 8.00 malam. Insya Allah kami akan pergi lagi ke Sabah untuk meneroka daerah yang lain. 

Johan Bercerita Zon Iskandar Puteri - Tilawah 2019

Assalam.. muga kalian beroleh kesejahteraan dan kebahagiaan bersama tersayang. 

Kakchik kongsikan kali ini kisah si bongsu yang masuk pertandingan bercerita mewakili sekolah agamanya pada acara tahunan iaitu TILAWAH.  Pada tarikh 18.3.2019 iaitu hari isnin kakchik pun turut menyaksikan pertandingan tersebut bertempat di Sek. Agama Taman Damai Jaya sebagai tuan rumah pada tahun ini.

Alhamdulillah.. Arisya berjaya menggondol Johan Zon Iskandar Puteri



Bersama Ustazah Zainon,  guru Koko

Peserta dari Sek Agama Taman Universiti

Ustazah Ili sebagai guru pembimbing yang sangat dedikasi

Ni sebelum majlis penyampaian hadiah

Ustazah Norazlin sebagai guru pembimbing pada tahun lepas

Arisya memperolehi markah sebanyak 94% dan kemenangan ini melayakkan beliau masuk bertanding ke peringkat daerah pula. Muga Arisya terus berjaya,  Insya Allah.

Sekolahnya juga turut memenangi pelbagai kategori yang dipertandingkan dan telah menjadi Johan Zon keseluruhan dengan mendapat piala pusingan juga wang tunai yang bernilai RM1,000.00 sumbangan pihak Pejabat Pendidikan Islam.

Kegembiraan terpancar di wajah masing-masing yang telah bekerja keras berlatih. 

Tuesday, 26 February 2019

Ibu Sebagai Guru Pertama Bagi Setiap Anak

Assalam.. muga kalian sentiasa berada di dalam keadaan sihat walafiat dan ceria menjalani kehidupan yang penuh berwarna-warni. 

Kakchik kongsikan kali ini topik ibu sebagai guru pertama bagi setiap anak yang lahir ke dunia. Bonda kakchik merupakan wanita kampung yang buta huruf kerana di zamannya beliau tidak berpeluang menjejakkan kaki ke sekolah.  Beliau hanya belajar mengira dan sedikit didikan agama sebagai asas menunaikan kewajipan solat yang di ajari oleh bapanya dan saudara mara yang berjiran kerana ibu kandungnya meninggal dunia ketika beliau masih kecil lagi. 

Kakchik dan anakanda

Setiap ibu menurunkan segala ilmu asas sejak kita masih bayi sehingga dewasa.  Sebagaimana ibu-ibu yang lain,  bonda inginkan anak-anaknya bersekolah untuk mendapat kehidupan yang sempurna. Syukur alhamdulillah kakchik sangat berterima kasih kepada bonda yang banyak berkorban dan sentiasa menerapkan nilai-nilai murni di dalam kehidupan walaupun kakchik hanya insan biasa.

Ilmu yang kita dapati dari guru pertama terus berkembang seiring jalan dengan putaran masa apabila kita mula bersekolah rendah dan menengah juga melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Sebagai guru pertama bonda juga mengiringi doa yang baik-baik untuk kesejahteraan anak-anaknya. 


Kakchik dan bonda

Sesempurna dan setinggi mana sekalipun ilmu seseorang anak,  banyak ilmu dari guru pertama yang akan dijadikan panduan apabila beliau mendirikan rumahtangga.  Begitulah juga yang kakchik lalui apabila mendapat zuriat,  melalui kitaran yang sama tetapi ditambahbaik mengikut kehendak dan kemajuan zaman. 

Sayangi dan berbuat baiklah kepada insan yang bergelar ibu selagi hayat dikandung badan kerana kasih ibu membawa ke syurga. Insya Allah..

Tuesday, 12 February 2019

Berakhir Sem 5 Tasya di Uitm Pilah

Assalam..  Muga kalian sihat sejahtera dan sentiasa berada di bawah payung lindungan Nya. 

Alhamdulillah syukur kepada Allah yang telah memberikan rezeki anak-anak yang dapat melanjutkan pelajaran.  Tarikh 12.1.2019 kakchik mengambil anak di kampus Uitm Kuala Pilah yang akan bercuti setelah habis examnya. Jadinya sem 5 merupakan semester terakhir beliau di sana kerana sem berikutnya beliau akan menjalani latihan industri di Shah Alam.

Kami ke Kuala Pilah selepas kedua-dua anak kakchik iaitu yang nombor tiga dan bongsu habis kursus pemimpin muda di sekolahnya.  Jadinya agak berkejar dengan masa.  Petang itu kami sampai sebelum azan asar. Kami seronok naik ke tingkat 4 kolej yang Tasya diami untuk memunggah beg-beg dan segala perkakasan. Sempat kami menumpang solat jamak takhir di surau yang berhadapan dengan kolej tersebut. 

Depan kolej kediamannya




Photo di pintu masuk,  jadinya Tasya tiada bersama




Terima kasih Nyah ..  menjamu kami

Kakchik meneruskan perjalanan pulang dengan menyinggah di rumah sahabat kakchik di Kg Paya Rumput untuk menghantar penyembur serangga yang beliau order.  Alhamdulillah rezeki kami untuk menikmati pelbagai hidangan serta juadah yang enak dan sedap yang beliau masak. 

Kakchik meneruskan lagi perjalanan ke rumah bonda tersayang.  Alhamdulillah kami menumpang solat jamak takhir juga di sini sambil berborak dan beramah mesra dengan Mak Net sebelum kami pulang semula ke JB. Terima kasih kepada Mr Hubby yang sedia berkhidmat sebagai pemandu kami. Jazakillahu khairan kathira. 

Wednesday, 30 January 2019

Kenangan Terakhir Bersama ITSB

Assalam..  muga kalian beroleh kesejahteraan dan ceria bersama tersayang. 

Selamat tahun baru 2019, kakchik baru sempat nak ucapkan sebab lama tak update blog sampai berabuk dengan debu.  Muga tahun 2019 dapat menyinari dan menjanjikan rezeki yang lebih baik, dikurniakan kesihatan untuk beribadat serta menjalani kehidupan seharian dan kejayaan cemerlang untuk anak-anak kita semua.

Disember 2018 begitu pantas berlalu,  meninggalkan kenangan indah walaupun agak pahit untuk ditelan. Masing-masing membawa arah tujuan yang masih belum pasti kerana takdir tertulis rezeki kami di ITSB hanya cukup sampai di sini sahaja. Semuga kami semua tabah dan beroleh hikmah pada setiap apa yang terjadi, terus positif untuk melangkah dan meninggalkan hari-hari yang telah berlalu. Pengalaman yang telah ditimba tersemat di dada dan segala kelemahan dapat diambil sebagai pengajaran juga ukuran bagi meneruskan sebuah kelangsungan hidup.

Sempena hari lahir Hjh Ita @ 20.12.18
Photo sehari sebelum Aqila bersalin @ 21.12.18

Selamat bersara untuk Hajah Ita yang genap usia 55 tahun,  beliau ingin menumpukan perhatian untuk beribadah dan menjalani aktiviti bersama anak-anak serta cucu. Muga kak hajah diberikan kesihatan yang baik,  aamiin. Selamat berpantang untuk Aqila yang mendapat cahaya mata ketiga iaitu bayi lelaki. Tahniah!