Friday, 24 May 2019

Visa ke Russia

Assalam..  muga bulan Ramadhan yang penuh barokah ini dapat kita lalui dengan ketenangan beserta amalan tadarrus dan tarawih. 

Setelah 4 tahun merancang untuk melawat anak sulung kakchik yang melanjutkan study di Russia,  akhirnya final year beliau akan berakhir pada pertengahan tahun 2019 ini. Tarikh cuti sekolah pertengahan tahun telah kakchik dan keluarga pilih dan minggu keduanya ialah Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut pada 5hb dan 6hb Jun 2019.

Sebagaimana yang dimaklumi untuk melawat negara Russia memerlukan visa pelawat. Jadinya setelah tempahan tiket penerbangan dibuat,  kakchik pun mendapatkan syarat utama bagi membolehkan visa dipohon iaitu LI "letter of invitation". Ianya boleh didapati secara percuma dengan pihak hotel,  seeloknya bertanya terlebih dahulu sebelum pengesahan booking. Ia juga boleh dimiliki melalui online "Realrussia.co" dengan bayaran usd15.30 setiap kepala. 

Setelah bayaran dibuat melalui kad visa secara online,  dokumen pun dihantar melalui email dalam tempoh hari yang sama. Untuk info,  Konsulat Russia di Malaysia boleh terima pakai dokumen yang dicetak melalui email tetapi bukan dalam bentuk salinan photostat. Sekiranya ada 5 orang dalam permohonan yang sama,  maka hendaklah dicetak 5 iaitu setiap orang mesti ada satu sebagai kepilan.  

Langkah seterusnya ialah mengisi borang permohonan visa secara online,  boleh di dapati melalui website embassy Russia di Malaysia.  Ada beberapa soalan yang perlu diisi dengan berhati-hati tanpa melakukan sebarang kesalahan kerana pindaan bertulis di borang yang telah dicetak tidak di terima langsung. Setiap butiran di LI perlu dimasukkan tanpa sebarang kesilapan kerana permohonan tidak akan diproses selagi borang salah diisi. 

Setelah siap dicetak bagi setiap pemohon maka bolehlah dikemukakan permohonan ke pejabat konsulat yang berada di tepi pondok pengawal Kedutaan Russia di Jalan Ampang,  Kuala Lumpur.  Passport asal yang masih sah laku melebihi tempoh 6 bulan dan masih punya mukasurat kosong untuk dicop imigresen lebih dari 3 helai. Dokumen sokongan ialah : 

1. Satu salinan passport
2. Cetakan LI
3.Cetakan borang online yang telah di sign guna pen biru.
4.Sekeping gambar berukuran passport yang ditampal di borang cetakan permohonan online. 

Pejabat konsulat cuma dibuka 3 hari sahaja iaitu setiap isnin,  rabu dan jumaat dari pukul 9.30 - 1.00 tengahari. Seeloknya telefon dahulu ke pejabat untuk sahkan konsulat dibuka kerana mereka mengikut cuti umum di negara asal. 

Kena beratur diluar untuk submit borang. Setelah borang disahkan betul oleh pegawai maka slip bayaran diberikan. Boleh ke bank yang berdekatan iaitu Maybank tetapi jangan bayar dalam talian tetapi gunakan mesin atm untuk pindahan kerana resit yang keluar itu sangat penting sebagai bukti bayaran telah dibuat. Setelah itu boleh berikan resit kepada pegawai semula sebelum mendapat resit beserta tarikh dokumen boleh diambil contoh dalam tempoh 10 hari.



Terima kasih ateh yang menumpangkan dan teman kakchik


Kakchik pilih yang rm320 tu..

Inilah rupa slip yang kita dapat setelah bayaran dibuat

Alhamdulillah borang kakchik berjaya diproses pada cubaan kedua.. hihi

Contoh visa yang telah siap

No comments:

Post a Comment