Tuesday 26 February 2019

Ibu Sebagai Guru Pertama Bagi Setiap Anak

Assalam.. muga kalian sentiasa berada di dalam keadaan sihat walafiat dan ceria menjalani kehidupan yang penuh berwarna-warni. 

Kakchik kongsikan kali ini topik ibu sebagai guru pertama bagi setiap anak yang lahir ke dunia. Bonda kakchik merupakan wanita kampung yang buta huruf kerana di zamannya beliau tidak berpeluang menjejakkan kaki ke sekolah.  Beliau hanya belajar mengira dan sedikit didikan agama sebagai asas menunaikan kewajipan solat yang di ajari oleh bapanya dan saudara mara yang berjiran kerana ibu kandungnya meninggal dunia ketika beliau masih kecil lagi. 

Kakchik dan anakanda

Setiap ibu menurunkan segala ilmu asas sejak kita masih bayi sehingga dewasa.  Sebagaimana ibu-ibu yang lain,  bonda inginkan anak-anaknya bersekolah untuk mendapat kehidupan yang sempurna. Syukur alhamdulillah kakchik sangat berterima kasih kepada bonda yang banyak berkorban dan sentiasa menerapkan nilai-nilai murni di dalam kehidupan walaupun kakchik hanya insan biasa.

Ilmu yang kita dapati dari guru pertama terus berkembang seiring jalan dengan putaran masa apabila kita mula bersekolah rendah dan menengah juga melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Sebagai guru pertama bonda juga mengiringi doa yang baik-baik untuk kesejahteraan anak-anaknya. 


Kakchik dan bonda

Sesempurna dan setinggi mana sekalipun ilmu seseorang anak,  banyak ilmu dari guru pertama yang akan dijadikan panduan apabila beliau mendirikan rumahtangga.  Begitulah juga yang kakchik lalui apabila mendapat zuriat,  melalui kitaran yang sama tetapi ditambahbaik mengikut kehendak dan kemajuan zaman. 

Sayangi dan berbuat baiklah kepada insan yang bergelar ibu selagi hayat dikandung badan kerana kasih ibu membawa ke syurga. Insya Allah..

No comments:

Post a Comment