Tuesday, 12 February 2019

Berakhir Sem 5 Tasya di Uitm Pilah

Assalam..  Muga kalian sihat sejahtera dan sentiasa berada di bawah payung lindungan Nya. 

Alhamdulillah syukur kepada Allah yang telah memberikan rezeki anak-anak yang dapat melanjutkan pelajaran.  Tarikh 12.1.2019 kakchik mengambil anak di kampus Uitm Kuala Pilah yang akan bercuti setelah habis examnya. Jadinya sem 5 merupakan semester terakhir beliau di sana kerana sem berikutnya beliau akan menjalani latihan industri di Shah Alam.

Kami ke Kuala Pilah selepas kedua-dua anak kakchik iaitu yang nombor tiga dan bongsu habis kursus pemimpin muda di sekolahnya.  Jadinya agak berkejar dengan masa.  Petang itu kami sampai sebelum azan asar. Kami seronok naik ke tingkat 4 kolej yang Tasya diami untuk memunggah beg-beg dan segala perkakasan. Sempat kami menumpang solat jamak takhir di surau yang berhadapan dengan kolej tersebut. 

Depan kolej kediamannya




Photo di pintu masuk,  jadinya Tasya tiada bersama




Terima kasih Nyah ..  menjamu kami

Kakchik meneruskan perjalanan pulang dengan menyinggah di rumah sahabat kakchik di Kg Paya Rumput untuk menghantar penyembur serangga yang beliau order.  Alhamdulillah rezeki kami untuk menikmati pelbagai hidangan serta juadah yang enak dan sedap yang beliau masak. 

Kakchik meneruskan lagi perjalanan ke rumah bonda tersayang.  Alhamdulillah kami menumpang solat jamak takhir juga di sini sambil berborak dan beramah mesra dengan Mak Net sebelum kami pulang semula ke JB. Terima kasih kepada Mr Hubby yang sedia berkhidmat sebagai pemandu kami. Jazakillahu khairan kathira. 

No comments:

Post a Comment