Thursday, 28 December 2017

Akhirnya Aidil Selamat Berkhatan..

Assalam..  semuga kalian sentiasa dirahmati oleh Nya dan berbahagia bersama tersayang..

Berkhatan bagi anak lelaki adalah proses penting dalam kehidupan mereka.. seperti abangnya yang berkhatan pada usia 10 tahun.. Aidil juga kakchik cuba pujuk untuk berkhatan pada usia yang sama. Puas jugak memujuk.. dari tahun lepas lagi.. hehehe

Kakchik bersetuju sahaja dengan cadangan En. Hubby untuk mendaftarkan Aidil berkhatan beramai-beramai dengan bayaran RM50. Acara perarakan dan mandi oleh abang bomba turut diadakan dengan makanan dan minuman ditaja oleh ibubapa peserta secara sukarela.


Sebelum acara perarakan...


adik risya pun turut berarak sama..

meriah dengan bunga telur..


bersama Ameer.. anak sepupu En. Hubby


seronok mereka mandi beramai-ramai


Khatan Perdana yang dibuat di Masjid Tan Sri Ainuddin, Tmn U

Aidil mendapat nombor giliran yang ke 21 daripada seramai 120 orang peserta. Cara berkhatan yang digunakan ialah teknik potongan dengan laser. Kaedah ini sama dengan kaedah konvensional, dimana kulit lebihan ditarik ke hadapan dan disepit dengan penyepit atau forceps. Sebelum itu ubat bius diinjek terlebih dahulu.. setelah pasti ubat pelali telah meresap barulah kulit yang disepit tadi dipotong menggunakan laser. Ada bau kulit terbakar semasa proses sedang berjalan. Kaedah laser ini dapat mengurangkan pendarahan. Lebihan kulit dijahit supaya kemas dan tiada balutan diperlukan. Benang jahitan akan tanggal dengan sendirinya mulai hari ke 4 - 8 selepas tempoh berkhatan.


Alhamdulillah Aidil kuat semangat dan tidak banyak kerenah..


ni setelah selesai berkhatan.. dah pakai seluar dalam berbonggol di depan..


Bacaan Yaasin dan doa selamat pada hari ke 5

Kakchik mengambil cuti selama 3 hari untuk menjaga Aidil di dalam pantang. Alhamdulillah sejak hari kedua lagi beliau tidak berasa sakit.. cuma dijaga makan, minum dan tidak boleh terlalu aktif. Beliau menghabiskan masa dengan menonton tv, membaca buku dan bermain catur. Pada hari keempat kakchik membawanya ke pejabat sebab tiada orang di rumah untuk menjaga beliau.. dah boleh jalan.. kengkang sikit.


Terima kasih kepada group Yaasin Tmn U

tunggu tetamu..

bersama pakjang.. doa selamat untuk anaknya yang baru bersunat juga.. hari pertama

bersama papa.. tema biru

sebahagian dari tetamu..

Kakngah pun datang bersama ateh..

bersama makteh..


Risya dan adik Anna..

Syukurlah terlaksana juga tanggungjawab untuk si bujang kecil.. selamat menempuh alam remaja.. cuti sekolah berikutnya dah boleh amek kelas renang bersama adik Risya.




Wednesday, 13 December 2017

Pabila Kakchik Melawat Tapak..

Assalam..  muga kalian beroleh kesejahteraan dan berada dalam lindungan Nya.. selamat bercuti pada yang sedang bercuti.. terutama kepada warga pengajar.


Sesekali kakchik turun padang melawat tapak pembinaan yang baru.. seronok jugak walau cuaca agak terik pada sebelah tengahari.. diikuti dengan hujan lebat pada sebelah petangnya. Bila ke tapak menyerah diri.. pastilah topik bayaran kepada pekerja yang menjadi persoalan utama.. kakchik sedia membantu.. hehe

Ketua sub labour masih boleh gelak .. bermakna keadaan masih terkawal.. haha

Sepanjang tahun 2017 kami mendapat beberapa projek yang bersaiz kecil dan sederhana untuk kami bertahan demi sesuap nasi. Terima kasih kepada pihak pengurusan terutama pengarah-pengarah syarikat yang bekerja keras mencari dan mendapatkan projek demi projek. Alhamdulillah di akhir tahun pun kami masih mendapat beberapa projek lagi.. yang akan dimulakan pada Januari 2018 nanti. 

salah satu projek yang baru bermula


kerja-kerja concrete.. pad footing sedang dijalankan


sedang concrete ground beam


masukkan tanah dan crusher run..


Pelbagai jenis bangunan kakchik telah buat akaunnya.. akaun sahaja bukan bangunannya tau.. hehe.. Bermula dari zaman projek besar bersama Guobena & Hong Leong Property sehingga ke zaman projek sekolah.. dan sekarang projek dewan dan balai serbaguna pula.. muga syarikat tempat kakchik mencari rezeki terus maju jaya dan makmur. Aamiin 



Thursday, 30 November 2017

Bonding Time @ Aeon Bandar Dato Onn

Assalam..    muga kalian sentiasa di bawah lindungan Nya..


Beberapa bulan yang lepas kakchik dan suami membawa anak-anak yang masih bersekolah rendah berjalan-jalan sekitar Johor Bahru.. bajet pun ciput.. nak melihat Aeon Bandar Dato Onn yang baru bermula operasinya sekitar bulan September jika tak silap. Cantik dekorasi dalamannya.. terdapat banyak bear sebagai maskot dan beberapa taman mini yang dihias indah untuk menarik perhatian para pengunjung. Ketika kami tiba di kawasan pentas.. ada persembahan tarian moden sedang berlangsung.. lagu Dato V pun ada.. hehe

Di tingkat atas terdapat pusat game kanak-kanak dan keretapi untuk dinaiki mengelilingi seluruh ruang tingkat tersebut dengan harga RM5 per/head. Medan selera dan pelbagai restoran untuk menjamu selera juga disediakan.

suka anak-anak ni..

besarnya bear..

cer aidil senyum sikit..

adik risya yang selalu hepi..

dapat belon free.. kami naik keretapi  RM5 seorang bayarannya

Risya selalu sporting untuk berfoto..

adik berfoto sorang jer.. abang dil takmo join..

Balik dari berjalan-jalan kami singgah melawat atuk dan nenek pula sebelum pulang ke rumah. 

Thursday, 23 November 2017

Last Day Persekolahan 2017...

Assalam..  muga kalian sihat sejahtera walaupun dalam cuaca yang tidak berapa menentu.. sekejap hujan lebat.. sekejap panas terik.. yang pastinya kalian bersama keluarga tercinta.. sentiasa ada pelangi yang mewarnai..


Biarpun tanggal 23.11.2017 iaitu hari khamis merupakan hari terakhir persekolahan bagi negeri Johor pada tahun ini.. anak kakchik yang ketiga dan adiknya yang bongsu masih bersemangat bersiap-siap untuk ke sekolah. Sejuk mata kakchik memandang kedua-dua mereka. Kadang-kadang terbit perasaan cemburu melihat rakan seusia kakchik yang tidak mengulit anak sekolah lagi.. namun menguruskan anak-anak bersama Encik Hubby adalah sesuatu yang menjadikan hidup kakchik lebih bersemangat dan ceria.

Keseluruhan pencapaian amat menggalakkan.. untuk si abang memang kena berusaha mengulangkaji pelajaran sepanjang cuti nanti. Hari kecemerlangan kedua-dua sekolah kebangsaan dan sekolah agama akan dibuat pada tahun hadapan. Muga terus cemerlang.. aamiin


papa pun hepi sama..


ni mesti Abang Dil yang wefie ngan Adik Risya.. hehe


Terima kasih yang tidah terhingga kepada semua guru-guru yang telah mendidik anak-anak kakchik. Hanya Allah sahaja yang membalas jasa baik kalian. 

Thursday, 9 November 2017

Birthday Aidil ke 10 Tahun..

Assalam.. syukur alhamdulillah masih merasai nikmat bersama keluarga.. walaupun ada ahli yang demam, selsema dan batuk yang agak serius.. perbanyakkan minum air masak.. pesan doktor pada kami..

Pejam celik.. pejam celik.. si bujang kecil kakchik dah pun berumur sepuluh tahun. Dia membesar agak pantas dan punya minat yang mendalam dalam sukan bola.. mungkin tempias namanya.. Aidil.. insya Allah kakchik dan suami sentiasa menyokong minat anak-anak ke arah kesihatan dan kebaikan.

Happy birthday Aidil.. muga jadi anak yang soleh


tiup lilin memang saat dinantikan ketika umur begini..


kek yang sedap dari anie adele (fb)

anak papa ni..

nak sikit..

abang dan kakak semuanya tak cuti masa ni..


adik risya jer yang ada..


ni semasa sambutan bersama rakan sekelasnya..


seronoknya berada di alam sekolah rendah..

Mama sayang abang dil.. muga terus mendengar kata mama dan papa..  terus berjaya dalam bidang pelajaran serta setiap lapangan yang diceburi. Aamiin

Wednesday, 25 October 2017

Rajinnya Mak Net Menoreh Getah..

Assalam.. muga hari ini menggembirakan kalian.. walaupun pelbagai masalah yang mendatang..

Hujung minggu lepas kakchik pulang ke kampung halaman untuk menghadiri jemputan kahwin anak sahabat dan juga kakchik berhajat menghantar anak yang balik bercuti selama seminggu sempena perayaan divali ke kolej. Kakchik bermalam di rumah mak.. seronok dapat pulang ke kampung sekali sekala. 

Awal subuh lagi mak net dah siap solat dan menyediakan sarapan bihun singapura sekuali besar.. nampak sungguh menyelerakan. Tak berpeluang kakchik nak siapkan menu sendiri.. sesekali dapat makan masakan air tangan mak.. rasa gembira dan bersyukur sebab masih punya emak lagi. Setelah pakcik ke kebun dengan motorsikalnya.. mak pulak bersiap dengan bertudung.. nak ke belakang rumah untuk menoreh katanya. Terkejut beruk kakchik.. terus buka nako tingkap yang nampak kebun di belakang rumah.. kelihatan pelan pokok getah yang telah di buka carangnya.. anggaran beberapa bulan. Rajin betul.. tak reti dia nak duduk rumah..  main facebook ke.. main whatsap ke.. hahaha.. kakchik gurau jer. Mak net tak sempat pun bersekolah pada zamannya.. memandangkan beliau anak perempuan sulung.. dia ditugaskan mengasuh adik-adik yang ramai dan juga membantu urusan rumahtangga seperti mengemas dan memasak.

Kakchik curi-curi abadikan photo mak.. katanya dia cuma menoreh selama 5 hari.. getah sekerap dikumpul sekaligus dalam mangkuk.. patut arr berbau kuat jugak.. Hasilnya akan dijual ke stor jualan getah dengan bantuan pakcik.. kemudian baru diulang menoreh untuk 5 hari berikutnya. Sebelum ke kebun mak memasang ubat nyamuk berbentuk lingkaran.. dimasukkan ke dalam bekas aluminium bulat yang di ikat pada pinggang, tujuannya untuk menghalau nyamuk yang sememangnya banyak di kebun.


kebun yang agak bersih.. tu yang kakchik berani tempuh masuk..


nampak pun belakang rumah mak.. cat hijau kelabu..


benda bulat yang di belakang pinggang mak itulah ubat nyamuk.. hihi


kakchik tengok jer mak menoreh.. tunggu mak offer..
             


Kakchik teringin mencuba untuk menoreh.. tapi takut nak ganggu tugasan mak.. pisau toreh pun satu jer.. mak pulak asyik suruh kakchik balik ke rumah sebab nyamuk yang terlalu banyak. Hampir pukul 10.00 pagi mak net dah pun siap menoreh. Beliau sambung tugasan dengan membersihkan dan melihat-lihat tanaman sayur dan bunga-bungaan sehingga sebelum tengahari. Muga mak dikurniakan kesihatan dan sentiasa di bawah lindungan Illahi aamiin.

Tuesday, 10 October 2017

Birthday Tasya ke 19.. Hadiah Lulus Ujian Memandu

Assalam.. muga kalian berbahagia selalu bersama tersayang..

Cuti sem yang panjang baru-baru ini, anak kakchik manfaatkan dengan belajar memandu.. tahun lepas tak sempat. Belajar di Institut Memandu Riakar.. senang kakchik nak hantar sebab boleh tahan dekat ngan pejabat. Bagus guru yang mengajar.. staff Riakar pun baik dan peramah.. beberapa kali kakchik menumpang di ruang menunggu di dalam pejabat mereka. 

Jadinya sebelum naik sem.. Tasya telah menduduki ujian memandu.. kakchik cuma memberikan semangat agar beliau buat betul-betul seperti yang diajar oleh gurunya dan sekiranya lulus.. ianya merupakan hadiah hari lahir yang ke 19.. istimewa dari mama. (dalam hati kakchik.. buat betul-betul, dah banyak keluar duit tau).. hehe


Happy birthday Tasya! si manis 19 bersama kawan-kawan.. dah balik kolej masa ni..


kakchik belanja makan seminggu awal sebelum naik sem..


bukan selalu dapat berkumpul bersama..



abang anil gurau ngan adik risya.. 



Kak sya dan aidil..


Institut Memandu Riakar

Mama ucapkan selamat hari lahir buat Sya.. muga jadi anak yang solehah.. berjaya dunia dan akhirat. Muga Sya terus berjaya dalam mengejar cita-cita untuk menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya dan dipermudahkan urusan oleh Nya.. aamiin