Assalam.. muga hari ini lebih baik dari semalam..
Syukur alhamdulillah.. walaupun kereta utama yang kakchik dan family gunakan seharian dilanggar oleh lori ketika dalam keadaan pakir di depan office.. kakchik masih punya kereta kancil lama yang hampir 3 tahun terbiar.. digunakan untuk memandu pada jarak dekat dengan kawasan taman perumahan sahaja. Menurut pihak bengkel yang menguruskan insuran kereta yang dilanggar tersebut... tempoh siap dibaiki mengambil masa selama sebulan.. so kakchik pun gamble drive kancil untuk ke pejabat.. tujuan nya bukan sahaja untuk ke pejabat tapi untuk di repair di bengkel sebelah kanan pejabat tempat kakchik bekerja.
Separuh perjalanan kakchik pagi itu.. kakchik dapati meter temperature kancil naik setengah dah.. panik gak kakchik.. terus maklumkan pada suami yang memandu keretanya di belakang sebagai escort.. in case kecemasan. Hubby kakchik sarankan agar berhenti di kawasan letak kereta area berhampiran kedai Mutiara Jati Skudai. Beliau check air kereta setelah agak lama enjin dimatikan.. air penuh katanya. Kami memutuskan untuk meneruskan perjalanan ke pejabat memandangkan temperature berada pada kadar setengah dan tidak terdapat tanda2 asap.. dengan bismillah kakchik drive hingga selamat sampai ke bengkel dan pejabat.
ni photo kancil yang telah banyak berjasa kepada kakchik |
Setelah highlight masalah kancil kepada mekanik bengkel dan selepas di periksa.. terdapat kebocoran pada top cap radiator.. so perlu ditukar yang baru.. untuk enjin yang berbunyi bising bila membelok atau reverse.. mekanik sarankan menukar belting yang telah terkoyak.. walhal timing belt baru dibuat pada pertengahan tahun dan kereta cuma bergerak area sekangkang kera ajer.. hehehe.. service berkala pun telah dibuat oleh anak bujang kakchik semasa beliau pulang bercuti summer.. buat di bengkel lain masa tu.. yang berhampiran dengan rumah kakchik di Skudai.
Setelah menukar top cap radiator dan mencuci serta menukar air yang kotor dan berkarat.. geli pulak kakchik tengok air karat tersebut.. temp. masih naik dan boleh dilihat air membuak2 keluar dari radiator.. mekanik yang tunjuk.. kakchik bukannya tahu sangat bab kereta ni.. tahu isi minyak dan drive. Mekanik juga bagitau kakchik yang water pump dan kipas berada dalam keadaan baik. Mereka sarankan untuk buat top overhaul yang boleh tahan jugak kosnya dan masa yang diambil untuk baiki anggaran 2-3 hari kerana setelah dibuka semua componen enjin perlu dibersihkan sebelum dihantar ke kedai lain untuk buat refacing head.. selepas itu perlu dipasang semula dan ditukar jugak hose dan salur yang dah kaput.. almaklum kerete lama.. hampir 20 tahun.
Petangnya kakchik balik ke rumah dengan diambil oleh hubby.. merasa lah naik satu kereta berkejar2 untuk ambil anak2 di Taska dan berhenti di kedai untuk membeli keperluan dapur.. huhuhu.. nangis ke kakchik.. tak lah.. hadap jer la.. rezeki tang cabaran gitu.. redho is the best solution.
bil yang perlu kakchik bayar.. cross checking guna pakcik gugel sebelum confirm repair.. masih reasonable harganya.. |
No comments:
Post a Comment