Assalam.. muga hari yang dilalui penuh manfaat dan barakah..
Baru-baru ni kakchik pulang ke kampung.. anak bongsu dan yang atasnya si abang kecik asyik membelek-belek setiap photo frame di almari rumah neneknya. Belek punya belek.. ternampaklah photo lama yang ada arwah abah kakchik, emak serta adik beradik semua.
Bila kakchik menghampiri mereka bertiga termasuk si kakak yang naik semester baru di UiTM Kuala Pilah pada 4.12.16, maka terkeluarlah soalan seperti tajuk di atas.. hehehe.. Si kakak pun menjawab.. "cuba tengok yang pengantin tu.. tengok bibir mesti tau.." Menyirap jer kakchik dengar.. dah lah bibir semerah tidak.. perggh pesal lah zaman tu kemain pekat lipstik nya.. kayo tauke kosmetik sebab sekali tonyoh.. susut banyak lipstiknya.. kikiki.. cer imagine..
Photo kenangan bersama arwah abah, emak, along, ngah dan adik-adik |
Selepas mengetahui siapa sebenarnya si pengantin.. si bujang kecik bertanya lagi.. "kenapa dulu mama pendek?" Sib si kakak tolong bagitau yang gambar tersebut dalam posisi duduk.. memanglah nampak rendah... banyak lagi soalan cepumas yang lain.. sel-sel otaknya sedang berhubung dengan sihat.. anak... alahaiii anak.. hehehe
No comments:
Post a Comment