Monday 19 December 2016

Mengait Crochet Lagi...

Assalam.. muga anda bertambah ceria melalui kehidupan seharian dan berbahagia bersama keluarga tersayang.

Tahun 2016 bakal melabuhkan tirainya.. ada beberapa perkara yang kakchik dapat kecapi dengan kos yang minima.. minat mengait yang telah lama ditinggalkan menjelma kembali.. so paling kakchik seronok ialah.. telah berjaya menyiapkan tempahan beberapa orang sahabat karib. Salah seorang darinya telah menempah 5 helai chairback, dua helai runner untuk meja sisi dan sehelai alas meja bujur. Runner dan chairback tu kakchik dah biasa buat.. alas meja bujur baru pertama kali kakchik kait.. mmmm takde manual dan contoh.. cuma lihat photo pakcik gugel jer.. Bila dah buat2 hampir separuh jalan.. baru perasan.. kakchik kena lebihkan intinya.. iaitu bulatan kecil dalam bentuk memanjang bersesuaian dengan ukuran yang dikehendaki oleh sahabat tersebut supaya ia seimbang dan berkembang cantik sizenya.. 45 cm x 90 cm... Setelah siap tempahan untuk sahabat.. kakchik akan praktis buat benda yang sama untuk ibu mertua pula.. kebetulan mertua mintak kaitkan alas meja kopi yang bujur juga.. harap jadi dengan kemas dan rapi. hehe...

ni masa sedang kait.. size lebar dah cukup tapi size panjangnya masih belum cukup lagi..


ni hasilnya yang kakchik paksa sambung sayap untuk menambahkan size panjang.. hehe

5 helai chairback..

chairback lagi..

dua helai runner untuk meja kecil..

runner lagi..

alas untuk meja kecil.. set anggur
benang crochet.. kakchik beli di kedai alatan menjahit.. Tmn Universiti, Skudai

Best jugak mengait crochet ni.. masa senggang kakchik dapat dipenuhi dengan perkara yang berfaedah. Dalam kereta pun kakchik kait seandainya ada yang memandu. 


No comments:

Post a Comment