Tuesday, 14 April 2020

Resepi Ayam Percik Mudah Dan Sedap

Assalam... muga kalian terus ceria dan sihat sejahtera mengharungi PKP. Sepatutnya hari ini 14.4.2020 merupakan hari terakhir PKP fasa 2. Ianya disambung lagi, esok bermula PKP fasa 3 iaitu dari 15.4.2020 - 28.4.2020. Muga kita sama-sama dapat memutuskan rantaian virus Covid-19.

Kakchik kongsikan resepi ayam percik yang mudah dan sedap. Selalunya masa berbuka di bulan Ramadhan kami beli di bazar so sebagai persediaan puasa kali ini di musim PKP kakchik mencuba masak sendiri.

Yang bakar kali pertama telah di makan.. hihi

RESEPI AYAM PERCIK MUDAH DAN SEDAP
Bahan-bahan
Bahan perapan :
- ayam seekor dipotong 4 (kakchik potong 16)
- 5 ulas bawang merah
- 5 ulas bawang putih
- halia sebesar ibu jari
- sedikit garam

Bahan untuk kuah :
- 1 cawan santan cair, 1 cawan santan pekat
- serai 4 batang
- halia sebesar ibu jari
- lengkuas sebesar ibu jari
- 1 inci kunyit hidup
- 1 sudu teh jintan manis
- 1 sudu teh jintan putih
- 1 sudu makan ketumbar
- 20 tangkai cili kering (rendam dalam air panas)
- 1 cawan air untuk mengisar

- gula melaka 3 sudu makan
- garam, asam keping dan serbuk perasa

CARA-CARA :
1. Tumbuk bahan perapan secara kasar dan perasakan garam. 

2. Lumur bahan yang ditumbuk dan perapkan anggaran 1 jam atau lebih. Lebih lama lagi sedap.

3. Sementara itu, kita boleh sediakan kuah. Ambil semua bahan untuk dikisar dengan blender. Selepas siap dikisar didihkan bersama 1 cawan santan cair.

4. Tambahkan 2 keping asam keping dan perasakan dengan garam, gula melaka dan serbuk perasa.

5. Masukkan ayam yang diperap (jika perlu buat dua kali round) ke dalam kuah sehingga separuh masak atau agak kecut ayamnya.

6. Angkat dan perapkan lagi sekali dengan sedikit kuah percik selama 1 jam. Kakchik perap sekejap sahaja.

7. Lebihan kuah di dalam kuali kita tambahkan dengan 1 cawan santan pekat. Masak sehingga mesra dan bila teksturnya telah cukup pekat bolehlah tutup api.

8. Akhir sekali bakar/panggang ayam yang diperap tadi hingga masak sepenuhnya.  Percikkan kuah sesekali bila agak kering.

9. Bila telah kuning keemasan, bolehlah diangkat dan dihidangkan bersama kuahnya. Sungguh menyelerakan.

ayam sedang dibakar

Kuah sedang dimasak bersama santan cair

Muga resepi yang mudah ini dapat dimanfaatkan bersama. Insya Allah.

Friday, 10 April 2020

PKP Sambung hingga 28.4.2020

Assalam.. muga semuanya berada di bawah rahmat Allah. Muga dapat mengikut perintah kawalan pergerakan dengan duduk di rumah masing-masing.

Jumaat @ 10.4.2020 merupakan jumaat keempat solat Jumaat tidak dapat dilaksanakan di seluruh negara kerana PKP masih berlangsung dari 18.3.2020 hingga 14.4.2020. Sedihnya hati melihat perkara seumpama ini berlaku gara-gara penularan virus maut covid-19. Kerajaan mengambil tindakan drastik untuk menghentikan rantaian virus C-19.

Pada pukul 4.00 petang 10.4.2020 itu PM Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan bahawa tempoh PKP disambung lagi 2 minggu hingga 28.4.2020. Ini disebabkan wabak C-19 masih merebak ke seluruh negara. Gelombang ketiga dijangka pada pertengahan bulan April ini.

Harap semua warga Malaysia dapat mematuhi arahan kerajaan untuk kebaikan kita juga. Kompaun kepada yang melanggar arahan sebanyak RM1k berkuatkuasa.

#stayathome
#kitajagakita

Tuesday, 31 March 2020

Hari Lahir Risya @ 10 Tahun

Assalam.. muga kalian beroleh ketenangan ketika menjalani kehidupan seharian di rumah. Perintah Kawalan Pergerakan kerana Covid-19 sedang berlangsung lagi.

Jumaat 27.03.2020 ialah hari lahir ke 10 tahun untuk puteri bongsu kakchik. Sambutan yang sepatutnya diadakan di rumah bersama kawan-kawan terpaksa dibatalkan kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah berkuatkuasa dari 18.3.20 - 31.3.2020. PKP kemudiannya telah di tambah lagi 2 minggu ke tarikh 14.4.2020.

Jadinya kakchik dan keluarga menyambutnya secara tertutup sesama ahli keluarga sahaja.

Happy birthday sayang mama!




Muga Arisya membesar menjadi anak solehah dan dikurniakan kesihatan juga dipanjangkan umur. Aamiin..

Saturday, 21 March 2020

Solat Jumaat @ 20.3.2020 Pertama Kali Tidak Dibenarkan

Assalam.. muga kalian baik-baik sahaja sepanjang perintah kawalan pergerakan sedang dijalankan.

Tempoh 18.3.2020 ~ 31.3.2020 telah pun diumumkan oleh PM kita iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung wabak Covid-19 dari terus berjangkit dengan berleluasa.

Mengikut rekod sehingga 20.3.2020 (jam 5  petang) kematian tercatat sebanyak 3 kes dan jumlah yang disahkan positif Covid-19 seramai 1,030 orang. Justeru itu semua perhimpunan yang melibatkan orang ramai dibatalkan serta merta termasuk solat berjamaah di masjid dan surau. Maka dengan sedihnya jumaat 20.3.2020 buat pertama kalinya seumur hidup kakchik solat jumaat digantikan dengan solat zohor di rumah masing-masing sahaja.




Saturday, 29 February 2020

Aidil Daftar di MRSM TDI, Pontian @ 4.2.2020

Assalam.. muga kalian sentiasa berada di bawah lindungan Nya.

Tanggal 4.2.2020 bersamaan hari selasa kakchik bersama suami dan Kak Tasya telah berpagian ke Pontian untuk tujuan pendaftaran Aidil. Harapan kami agar anakanda Aidil dapat menyesuaikan diri dengan suasana di asrama dan dapat belajar dengan tekun seterusnya mencapai kejayaan yang cemerlang.

Setelah sessi pendaftaran, pelajar dan ibubapa diberikan sedikit ucapan aluan dan pesanan informasi asas dan yang berkaitan dengan aktiviti sekolah juga asrama. Seterusnya kami dibantu oleh anak-anak tingkatan 4 untuk mengangkat beg dan barang ke bilik dorm. Setiap bilik diduduki oleh 4 orang pelajar.










Syukur alhamdulillah setelah siap berkemas,  kakchik pun pulang kerana ingin mengambil si bongsu di sekolah. Kebetulan latihan bicara berirama yang dijadualkan lepas waktu sekolah hingga pukul 3.00 petang dibatalkan sebab guru bertugas menghadiri mesyuarat tergempar.

Aidil pula selepas makan tengahari di Dewan Selera dan solat zohor akan berkumpul di bilik perpustakaan untuk pengambilan buku teks dan taklimat lanjut. Doa kakchik agar Aidil dapat segera menyesuaikan diri di sana.

Anak Saudara Nikah ~ 2.2.2020

Assalam.. muga kalian tenang dan ceria bersama keluarga tersayang. Muga kita semua terselamat dari wabak coronavirus atau dikenali sebagai Covid-19 yang sedang melanda dunia.

Tanggal 2.2.2020 bersamaan hari ahad merupakan tarikh yang telah dipilih oleh anak saudara kakchik iaitu Muhammad Aal Alife bin Mahadi untuk memeteraikan ikatan suci bersama pasangannya Nadzira di Alor Gajah, Melaka. Syukur alhamdulillah majlis berjalan lancar dengan dihadiri oleh saudara mara kedua-dua belah pihak. 

Selepas akad nikah majlis diteruskan dengan meraikan tetamu di rumah pengantin perempuan. Selamat pengantin baru Alif dan Nad serta tahniah buat kakngah sekeluarga. 









Kakchik doakan pasangan ini beroleh kebahagiaan dan saling mengasihi hingga ke akhir hayat. Aamiin.

Friday, 31 January 2020

Aidil Dapat Tawaran ke Asrama

Assalam.. muga kalian ceria bersama keluarga tersayang. 

Sempena subuh jumaat yang penuh barokah kami dikhabarkan berita gembira dengan penempatan anak ketiga kakchik ke sekolah berasrama penuh. Syukur yang tidak terhingga kepada Allah di atas rezeki yang dikurniakan. 

Muga Aidil dapat menyesuaikan diri di tempat baru. Jutaan terima kasih kepada semua guru-guru yang pernah mendidik beliau.

Tahniah Aidil! 

Anak Saudara Nikah ~ 11.1.2020

Assalam.. muga kalian dikurniakan ketenangan dan sentiasa berada di bawah lindungan Nya. 

Tanggal 11.1.2020 bersamaan hari jumaat malam anak saudara kakchik Muhammad Akmal selamat bernikah bersama pasangannya di Masjid Pulapol,  Kuala Lumpur. Tahniah kepada Akmal dan kak uda juga abang uda sekeluarga! Selamat pengantin baru Mal.. muga kekal hingga ke syurga.








Tuesday, 31 December 2019

Kuliah Dhuha "Wanita Dambaan Syurga"

Assalam... muga kalian beroleh ketenangan dan sentiasa di bawah lindunganNya.

Sempena sambutan Maulidur Rasul, surau di kejiranan kakchik telah mengadakan slot khas HELWA iaitu kuliah dhuha pada hari sabtu bertarikh 16.11.2019. Ustazah yang dijemput ialah Ustazah Zaireen Amira binti Zainal Abidin dari JAIJ dengan tajuk "Wanita Dambaan Syurga".

Sedikit perkongsian bersama ialah :


















Kami 3 Generasi

Assalam.. muga hari ini lebih baik dari semalam dan muga kalian tenang menjalani kehidupan seharian. 

Sempena majlis perkahwinan adik sepupu kakchik yang diraikan pada 15.12.2019 iaitu hari ahad, kakchik berkesempatan pulang ke kampung untuk membawa mak bersama-sama. Cuaca yang hujan dari sebelah malamnya, berterusan sepanjang hari. Banyak kawasan rendah telah dilanda banjir. Syukur alhamdulillah majlis di rumah ibu saudara di Kg. Paya Ikan, Bukit Baru berjalan lancar dan hujan rahmat langsung tidak menjejaskan kedatangan para tetamu. 

Kakchik kongsikan photo kenangan yang sempat kakchik wefie bersama emak dan anak bongsu. Agak payah untuk bergambar bersama emak, lebih-lebih lagi ketika beliau sedang sibuk di rumah. Kami 3 generasi iaitu nenek, ibu dan anak perempuan. 

Muga mak diberikan kesihatan dan dimurahkan rezeki

Sayang mak ..

Muga emak diberikan kesihatan, dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur. Birthday mak pada 19.11.2019 kakchik tak dapat raikan, cuma sepasang telekung ala2 SK yang dapat kakchik hadiahkan. Sayang mak, muga dipermudahkan segala urusan mak.. aamiin. 

Sunday, 1 December 2019

Perkahwinan Anak Saudara - Azaleefah @ 9.11.2019

Assalam.. muga hari-hari yang kalian lalui penuh dengan keceriaan dan pemikiran yang positif.

Pada tanggal 9.11.2019 bersamaan dengan hari sabtu merupakan hari bersejarah buat anak saudara kakchik yang bernama Nurul Azaleefah binti Mahadi. Si dara telah dinikahkan sendiri oleh abang sulungnya kerana telah kehilangan ayahanda beberapa tahun lalu. Detik akad nikah menjadi sayu secara tiba-tiba sebelum semuanya tunduk mengaminkan doa selepas nikah. Syukur alhamdulillah majlis berjalan lancar. 

Resepsi dan jamuan makan telah diadakan di dewan yang terletak berdekatan rumah kakak kakchik iaitu di Jasin Bestari. Seronok dapat bertemu saudara dekat dan jauh serta rakan-rakan sekampung yang hanya sesekali dapat bersua muka.

Selamat Pengantin Baru Elly!


















Alhamdulillah majlis yang lancar dengan cuaca yang cerah sehingga petang. Tahniah kakngah dan seluruh keluarga. Selamat pengantin baru, muga bahagia hingga ke jannah.. aamiin

Saturday, 30 November 2019

Aidil Tamat Sekolah Rendah @ 2019

Assalam.. muga hari ini lebih baik dari hari semalam. Muga kita sentiasa berada dibawah lindungan Illahi.

Kakchik kongsikan hari terakhir anak bujang yang kecil di alam sekolah rendah. Tanggal 21.11.2019 iaitu bersamaan hari khamis merupakan hari persekolahan terakhir sesi 2019 di negeri Johor. Kebetulan hari itu juga merupakan hari keluarnya keputusan UPSR bagi pelajar Tahun 6. Syukur alhamdulillah Aidil mendapat result yang sederhana cemerlang. 

Menerima sijil berhenti sekolah

Kenangan di Majlis Graduasi Tahun 6, 2019

Aidil bersama papa dan mama

Jambangan bear dan coklat yang kakchik buat sendiri

Meraikan Abang Aidil..

Abang Aidil dan Adik Risya bersama papa

Adik Risya pun nak pose dengan bunga juga

Abang Aidil berminat untuk menyambung pelajaran sekolah menengahnya di sekolah berasrama, jadi kami pun telah memohon sekolah kawalan untuknya. Muga impian Abang Aidil menjadi nyata dan beliau dapat membesar menjadi anak yang berdikari dan soleh.. Aamiin

Thursday, 31 October 2019

Kerjaya Pertama Abang Danial

Assalam.. muga kalian sihat dan ceria selalu di dalam mengharungi kehidupan yang serba mencabar kini.

Setiap yang bergelar pelajar lumrahnya akan mencari peluang pekerjaan setelah tamat ilmu yang dituntut dan setelah menggenggam segulung sijil. Begitulah juga dengan anakanda sulung kakchik, beliau terus menghantar resume ke beberapa buah syarikat sekembalinya pada bulan Ogos yang lalu. Sebagai graduan bidang marin dan naval architecture agak sukar untuk mendapat tempat bagi menimba pengalaman, lebih-lebih lagi di ketika ekonomi sedang merudum ini. Pengajian selama 4 tahun hanyalah teori semata-mata, ianya tidak lengkap tanpa pekerjaan yang sebenar di pelantar atau kapal di tengah lautan luas.

Jadinya pekerjaan pertama amat penting sebagai platform untuk mengutip pengalaman di bidang tersebut kerana kerjanya berisiko tinggi. Tiada istilah cuba-cuba kerana segalanya melibatkan kos dan nyawa. Pengalaman dan latihan amat diperlukan bagi mencurah ilmu-ilmu teori beliau. Andainya pekerjaan pertama yang di pilih lari dari bidang maka sukarlah untuknya memulakan "langkah pertama" nanti. 

Syukur alhamdulillah setelah melalui beberapa sesi temuduga, anak kakchik ditawarkan bekerja sebagai Marine Surveyor cum Lecturer di sebuah syarikat konsultan yang juga mengendalikan kolej maritime. Skop kerjanya ialah 70% sebagai marine konsultan yang memerlukan beliau menjalani latihan di kapal-kapal dan lagi 30% sebagai pensyarah kepada pelajar peringkat diploma di bawah NMIT. Banyak urusannya membabitkan Jabatan Laut,  maka tidak sia-sia beliau membuat intern di sana semasa cuti semester tahun lepas. 

Inilah appoinment letter beliau

Tahniah Danial! Muga berkhidmat dengan penuh dedikasi dan cemerlang untuk mengutip pengalaman yang sangat berharga. Tempoh percubaan yang diberikan ialah selama 3 bulan. Syarikat juga amat menggalakkan para pekerja menyambung pelajaran ke peringkat tertinggi. Mama sentiasa doakan muga anil berjaya dunia dan akhirat.. amiin.