Assalam.. muga kalian sentiasa berada di bawah lindungan Nya.
Tanggal 4.2.2020 bersamaan hari selasa kakchik bersama suami dan Kak Tasya telah berpagian ke Pontian untuk tujuan pendaftaran Aidil. Harapan kami agar anakanda Aidil dapat menyesuaikan diri dengan suasana di asrama dan dapat belajar dengan tekun seterusnya mencapai kejayaan yang cemerlang.
Setelah sessi pendaftaran, pelajar dan ibubapa diberikan sedikit ucapan aluan dan pesanan informasi asas dan yang berkaitan dengan aktiviti sekolah juga asrama. Seterusnya kami dibantu oleh anak-anak tingkatan 4 untuk mengangkat beg dan barang ke bilik dorm. Setiap bilik diduduki oleh 4 orang pelajar.
Syukur alhamdulillah setelah siap berkemas, kakchik pun pulang kerana ingin mengambil si bongsu di sekolah. Kebetulan latihan bicara berirama yang dijadualkan lepas waktu sekolah hingga pukul 3.00 petang dibatalkan sebab guru bertugas menghadiri mesyuarat tergempar.
Aidil pula selepas makan tengahari di Dewan Selera dan solat zohor akan berkumpul di bilik perpustakaan untuk pengambilan buku teks dan taklimat lanjut. Doa kakchik agar Aidil dapat segera menyesuaikan diri di sana.

best nya
ReplyDeleteAlhamdulillah
Delete