Sunday, 31 March 2019

Trip KK - Kundasang 19~21.1.2019

Assalam..  muga kalian berada di bawah lindunganNya dan sentiasa ceria menempoh hari-hari yang dilalui dan bakal mendatang. 

Kakchik kongsikan perjalanan ke Sabah,  negeri di bawah bayu pada bulan Januari yang lepas. Hasrat untuk melawat Sabah tertanam sejak dari tahun 2004 lagi,  ketika itu kakchik dan keluarga melawat Kuching.. tarikh 24.12.2004 bersamaan dengan tarikh tsunami besar yang menimpa Acheh.  Alhamdulillah syukur ketika itu di Kuching tiada kawasan yang terjejas. Cuma pangsapuri yang kakchik duduki di Bandar Sri Permaisuri turut merasa gegaran tersebut,  terlihat di berita tv jiran-jiran yang ditemuramah berkongsi detik cemas mereka. 

Hasrat yang tersimpan berlarutan lagi sehingga kes di Pulau Sipadan dan berikutnya pula bencana gempa bumi di Gunung Kinabalu.  Impian bagaikan terkubur begitu lama,  sehinggalah adik ipar kakchik yang menyuarakan hasratnya pada pertengahan tahun lepas untuk ke Sabah.  Puas juga menanti tiket tambang murah yang berpatutan dan akhirnya kami memilih cuti Thaipusam sebagai waktu yang paling sesuai kerana di Sabah mereka tidak menyambutnya. 

Day 1 ~ 19.1.2019 (sabtu)

Penerbangan pesawat tambang murah dari Senai ke KK pada awal pagi merentasi Laut China Selatan.  Tempoh perjalanan kira-kira 2 jam 20 minit.  Alhamdulillah cantik cuaca pada hari itu.

Wajah-wajah gembira dapat bercuti

Kami mengambil kereta sewa untuk ke Kundasang.  Beberapa tempat yang kami singgah di dalam perjalanan iaitu di Rumah Terbalik dan juga Jambatan Gantung Tamparuli. Terdapat gerai menjual buah-buahan serta sayur-sayuran di penghujung jambatan. Kami sempat menikmati nasi goreng serta ais kepal yang enak di situ. Kakchik membeli buah tarap dengan harga rm5 sebiji.. sedap jugak rasanya seperti buah rambai campur buah laici. 

Rumah terbalik yang pertama di Sabah


Inilah jambatannya..  bergegar juga ketika menaiki.. 

Kami meneruskan perjalanan sehingga ke Pekan Nabalu dan kemudiannya kami singgah di ladang lembu, Desa Dairy Farm. Cantik dan indah suasana ladang yang berkabus dan menghasilkan permandangan seperti di luar negara iaitu New Zealand.  Kami sempat menikmati susu lembu segar dan ais krim viral berperasa vanila.  Kami makan ais krim sambil menghirup udara segar.. yang agak berbau lembu.. hihihi.. sehingga kakchik hanya selera menghabiskan separuh bahagian sahaja.








Kami meneruskan lagi perjalanan dengan melawat beberapa lagi tempat yang menjadi tumpuan pelancong sebelum check in di homestay berdekatan Pekan Nabalu. Selepas berehat dan solat kami pun bersiar-siar di Pekan Nabalu yang banyak gerai-gerai buah-buahan juga kerepek serta kuih kering buatan Sabah. Kami membelinya sebagai cenderahati untuk saudara mara.

Malamnya cuaca gunung agak dingin dan kami memutuskan untuk makan malam di restoran makanan segera KFC sahaja. Selepas makan kami dapati semua gerai telah ditutup,  awal juga sekitar jam 8.30 malam. Angin gunung bertiup agak kuat dan kedinginan amat dirasai. Bagi meneruskan aktiviti kami cuma singgah di gerai tepi jalan yang masih terang,  kami membeli sedikit buah-buahan untuk dimakan di bilik homestay nanti. Kami tidur awal pada malam itu.

Day 2 ~ 20.1.2019 (ahad)

Awal pagi lagi kami telah siap untuk check out dan seterusnya bersarapan sebelum menjejaki Gunung Kinabalu di Kinabalu Park. 




Berlatarbelakang Gunung Kinabalu yang sangat unik. 


Selepas agak puas menikmati udara gunung kami pun bergerak ke KK untuk meneruskan aktiviti pulau pula. Kami singgah di bahu jalan di lereng gunung daerah Kundasang untuk menikmati durian Sabah yang sangat enak dengan harga berpatutan.

Kami tiba di Jesselton Point sekitar pukul 12 tengahari dan kami terus memilih pakej snorkeling ke Pulau Manukan di kaunter no.  10 yang boleh tawar menawar.  Kami puas bermandi manda di pantainya yang bersih. Hampir pukul 4.30 petang kami bergerak semula ke jeti dan check in di hotel yang berhampiran.





Selepas membersihkan diri dan solat kami meneruskan aktiviti melihat matahari terbenam di Tg Aru. Jalanraya menuju ke pantai sangat sesak sehingga kami hampir terlepas saat-saat indah tersebut.  Selepas puas di situ,  kami membeli belah di pasar filipina dengan membeli kerongsang suasa,  cincin dan gelang mutiara.

Kami makan malam dengan makanan laut yang pelbagai di sebelah Pasar Filipina. Kami masih ingin membeli belah sekitar pasar filipina tetapi terpaksa pulang ke hotel kerana anak bongsu kakchik begitu mengantuk sekali. Kami tidur agak awal untuk menyambung aktiviti pada keesokan harinya.



Day 3 ~ 21.1.2019 (isnin)


Awal pagi lagi kami telah check out. Kami terus bersarapan di sebuah restoran berhampiran Pasar Filipina kerana mudah untuk kami sambung membeli belah t shirt,  kerongsang dan rantai tangan lagi.  Kakchik tidak melepaskan peluang untuk membeli bilis dan sotong bulat sebagai buah tangan.

Selepas itu kami menuju ke Jamilah Jewels untuk mendapatkan mutiara asli Sabah dan fridge magnet. Harga fridge magnet dan key chain agak murah di situ.  Kami seterusnya ke View Tower,  Menara Tun Mustafa dan singgah solat di Masjid Bandaraya.  Makan tengahari di medan selera di kawasan masjid agak sedap berbanding medan selera di Jesselton Point.

Masjid Bandaraya



Sebelum ke airport kami berhenti di Muzium Sabah kerana ianya sama arah.  Kami sampai di airport just on time untuk memulangkan kereta sewa dan seterusnya kami check in untuk berlepas pulang ke JB. Walaupun jadualnya padat tetapi kami sangat gembira dan selamat sampai ke JB kira-kira jam 8.00 malam. Insya Allah kami akan pergi lagi ke Sabah untuk meneroka daerah yang lain. 

Johan Bercerita Zon Iskandar Puteri - Tilawah 2019

Assalam.. muga kalian beroleh kesejahteraan dan kebahagiaan bersama tersayang. 

Kakchik kongsikan kali ini kisah si bongsu yang masuk pertandingan bercerita mewakili sekolah agamanya pada acara tahunan iaitu TILAWAH.  Pada tarikh 18.3.2019 iaitu hari isnin kakchik pun turut menyaksikan pertandingan tersebut bertempat di Sek. Agama Taman Damai Jaya sebagai tuan rumah pada tahun ini.

Alhamdulillah.. Arisya berjaya menggondol Johan Zon Iskandar Puteri



Bersama Ustazah Zainon,  guru Koko

Peserta dari Sek Agama Taman Universiti

Ustazah Ili sebagai guru pembimbing yang sangat dedikasi

Ni sebelum majlis penyampaian hadiah

Ustazah Norazlin sebagai guru pembimbing pada tahun lepas

Arisya memperolehi markah sebanyak 94% dan kemenangan ini melayakkan beliau masuk bertanding ke peringkat daerah pula. Muga Arisya terus berjaya,  Insya Allah.

Sekolahnya juga turut memenangi pelbagai kategori yang dipertandingkan dan telah menjadi Johan Zon keseluruhan dengan mendapat piala pusingan juga wang tunai yang bernilai RM1,000.00 sumbangan pihak Pejabat Pendidikan Islam.

Kegembiraan terpancar di wajah masing-masing yang telah bekerja keras berlatih. 

Tuesday, 26 February 2019

Ibu Sebagai Guru Pertama Bagi Setiap Anak

Assalam.. muga kalian sentiasa berada di dalam keadaan sihat walafiat dan ceria menjalani kehidupan yang penuh berwarna-warni. 

Kakchik kongsikan kali ini topik ibu sebagai guru pertama bagi setiap anak yang lahir ke dunia. Bonda kakchik merupakan wanita kampung yang buta huruf kerana di zamannya beliau tidak berpeluang menjejakkan kaki ke sekolah.  Beliau hanya belajar mengira dan sedikit didikan agama sebagai asas menunaikan kewajipan solat yang di ajari oleh bapanya dan saudara mara yang berjiran kerana ibu kandungnya meninggal dunia ketika beliau masih kecil lagi. 

Kakchik dan anakanda

Setiap ibu menurunkan segala ilmu asas sejak kita masih bayi sehingga dewasa.  Sebagaimana ibu-ibu yang lain,  bonda inginkan anak-anaknya bersekolah untuk mendapat kehidupan yang sempurna. Syukur alhamdulillah kakchik sangat berterima kasih kepada bonda yang banyak berkorban dan sentiasa menerapkan nilai-nilai murni di dalam kehidupan walaupun kakchik hanya insan biasa.

Ilmu yang kita dapati dari guru pertama terus berkembang seiring jalan dengan putaran masa apabila kita mula bersekolah rendah dan menengah juga melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Sebagai guru pertama bonda juga mengiringi doa yang baik-baik untuk kesejahteraan anak-anaknya. 


Kakchik dan bonda

Sesempurna dan setinggi mana sekalipun ilmu seseorang anak,  banyak ilmu dari guru pertama yang akan dijadikan panduan apabila beliau mendirikan rumahtangga.  Begitulah juga yang kakchik lalui apabila mendapat zuriat,  melalui kitaran yang sama tetapi ditambahbaik mengikut kehendak dan kemajuan zaman. 

Sayangi dan berbuat baiklah kepada insan yang bergelar ibu selagi hayat dikandung badan kerana kasih ibu membawa ke syurga. Insya Allah..

Tuesday, 12 February 2019

Berakhir Sem 5 Tasya di Uitm Pilah

Assalam..  Muga kalian sihat sejahtera dan sentiasa berada di bawah payung lindungan Nya. 

Alhamdulillah syukur kepada Allah yang telah memberikan rezeki anak-anak yang dapat melanjutkan pelajaran.  Tarikh 12.1.2019 kakchik mengambil anak di kampus Uitm Kuala Pilah yang akan bercuti setelah habis examnya. Jadinya sem 5 merupakan semester terakhir beliau di sana kerana sem berikutnya beliau akan menjalani latihan industri di Shah Alam.

Kami ke Kuala Pilah selepas kedua-dua anak kakchik iaitu yang nombor tiga dan bongsu habis kursus pemimpin muda di sekolahnya.  Jadinya agak berkejar dengan masa.  Petang itu kami sampai sebelum azan asar. Kami seronok naik ke tingkat 4 kolej yang Tasya diami untuk memunggah beg-beg dan segala perkakasan. Sempat kami menumpang solat jamak takhir di surau yang berhadapan dengan kolej tersebut. 

Depan kolej kediamannya




Photo di pintu masuk,  jadinya Tasya tiada bersama




Terima kasih Nyah ..  menjamu kami

Kakchik meneruskan perjalanan pulang dengan menyinggah di rumah sahabat kakchik di Kg Paya Rumput untuk menghantar penyembur serangga yang beliau order.  Alhamdulillah rezeki kami untuk menikmati pelbagai hidangan serta juadah yang enak dan sedap yang beliau masak. 

Kakchik meneruskan lagi perjalanan ke rumah bonda tersayang.  Alhamdulillah kami menumpang solat jamak takhir juga di sini sambil berborak dan beramah mesra dengan Mak Net sebelum kami pulang semula ke JB. Terima kasih kepada Mr Hubby yang sedia berkhidmat sebagai pemandu kami. Jazakillahu khairan kathira. 

Wednesday, 30 January 2019

Kenangan Terakhir Bersama ITSB

Assalam..  muga kalian beroleh kesejahteraan dan ceria bersama tersayang. 

Selamat tahun baru 2019, kakchik baru sempat nak ucapkan sebab lama tak update blog sampai berabuk dengan debu.  Muga tahun 2019 dapat menyinari dan menjanjikan rezeki yang lebih baik, dikurniakan kesihatan untuk beribadat serta menjalani kehidupan seharian dan kejayaan cemerlang untuk anak-anak kita semua.

Disember 2018 begitu pantas berlalu,  meninggalkan kenangan indah walaupun agak pahit untuk ditelan. Masing-masing membawa arah tujuan yang masih belum pasti kerana takdir tertulis rezeki kami di ITSB hanya cukup sampai di sini sahaja. Semuga kami semua tabah dan beroleh hikmah pada setiap apa yang terjadi, terus positif untuk melangkah dan meninggalkan hari-hari yang telah berlalu. Pengalaman yang telah ditimba tersemat di dada dan segala kelemahan dapat diambil sebagai pengajaran juga ukuran bagi meneruskan sebuah kelangsungan hidup.

Sempena hari lahir Hjh Ita @ 20.12.18
Photo sehari sebelum Aqila bersalin @ 21.12.18

Selamat bersara untuk Hajah Ita yang genap usia 55 tahun,  beliau ingin menumpukan perhatian untuk beribadah dan menjalani aktiviti bersama anak-anak serta cucu. Muga kak hajah diberikan kesihatan yang baik,  aamiin. Selamat berpantang untuk Aqila yang mendapat cahaya mata ketiga iaitu bayi lelaki. Tahniah!

Sunday, 23 December 2018

Kelas Renang Cuti Sekolah Akhir Tahun 2018

Assalam..  muga kalian beroleh ketenangan dan dapat menjalani kehidupan dengan aman dan damai bersama keluarga tersayang. Kita masih di dalam musim cuti sekolah akhir tahun.

Kakchik kongsikan kali ini aksi anak-anak kakchik yang belajar berenang mengikuti kelas promosi musim cuti sekolah. Sepatutnya kelas renang diambil dua tahun lepas tetapi memandangkan ketika itu kami ada plan bercuti maka ianya tertangguh. Banyak tempat juga kakchik cuba ambil quotation sekitar Johor Bahru, akhirnya kami memutuskan untuk anak-anak belajar di kolam renang Taman Tun Aminah sahaja. Harga promosi RM199.00 seorang tidak termasuk pendaftaran RM20 dan insuran kelompok RM16. Bayaran tersebut untuk 8 kali kelas yang diadakan selama sejam setiap sessi.


Kelas ke 4 Aidil telah boleh berenang sendiri, Arisya masih di bawah seliaan personal coach

regangan sebelum masuk kolam renang

di awal sessi mereka dilatih untuk berkayuh.. hihi

dah habis kelas yang sejam, Aidil sambung berenang sendiri

ramai anak-anak yang mengikuti kelas renang

Arisya dilatih untuk apungkan badan

Adik Risya rasa lega dapat pegang tembok

Coach yang peramah dan senang berkomunikasi

Aidil seronok dapat berenang

Ni semasa Aidil masih di kelas ke 4

Boleh rujuk no telefon coach kepada yang berminat

Alhamdulillah ada berbaki lagi 3 kelas sahaja untuk anak-anak kakchik menghabiskan aktiviti musim cuti sekolah. Muga mendapat ilmu yang bermanfaat, Insya Allah.

Sunday, 16 December 2018

Trip ke Melaka Bersama Adik-adik Ipar

Assalam..  muga kalian beroleh ketenangan dan senantiasa ceria dalam mengharungi hari-hari mendatang. Selamat bercuti buat semua yang melancong sempena cuti sekolah yang panjang.

Kakchik kongsikan destinasi percutian keluarga ke negeri kelahiran kakchik iaitu Melaka. Adik-adik ipar yang mencadangkan agar menempah chalet di sekitar Pengkalan Balak dan teringin menaiki bot di waktu malamnya menyusuri Sungai Melaka bagi melihat keindahan Bandar Melaka dengan lampu yang bergemerlapan.

Day 1  ~  2.11.2018 (Jumaat)

Perjumpaan pertama yang diaturkan di RnR Pagoh untuk bersarapan pagi kira-kira sekitar jam 9 pagi.  Usai sarapan, perjalanan diteruskan lagi ke arah tol Air Keroh dan destinasi pertama ialah ke Perigi Hang Tuah dan diikuti dengan lawatan ke Muzium Hang Tuah yang terletak bersebelahannya.

inilah muziumnya.. tiket masuk RM3 untuk kanak2 dan RM5 untuk dewasa

Nak mandi katanya.. hahaha


Pertama kali kakchik jejak ke Perigi Hang Tuah.. walaupun di tempat sendiri.. hihi






masih di muzium lagi..

i love Hang Tuah..

ruang menonton di dalam muzium
group photo..
ruang silat yang tersedia di dalam muzium


ada step yang disediakan untuk beraksi..

Kami meneruskan lagi lawatan ke Menara Taming Sari, Kota A Famosa, Bukit St Paul, Dataran Pahlawan, Rumah Terbalik dan pusat jualan barangan tempatan.

sedang beratur untuk menaiki Menara Taming Sari


baru nak naik ni.. alhamdulillah lancar..

berhadapan dengan Kota A Famosa dan di belakangnya Dataran Pahlawan

di atas Bukit St Paul

Kubu lama di atas Bukit St Paul

di Rumah Terbalik Melaka










hihihi... photo Arisya & Aidil bersama Mak Teh, Mak Ndak dan sepupu

Selepas puas berposing di Rumah Terbalik Melaka, kami pun menjamu selera di Medan Selera sekitar Klebang dan seterusnya kami menuju ke Pengkalan Balak untuk check in di Chalet Comel. Kami berehat seketika dan selepas asar kami turun ke laut, cuaca agak mendung ketika itu kerana hujan lebat baru sahaja berhenti. Puas juga mereka mandi manda sehingga sebelum maghrib dan seterusnya kami makan malam di warung yang berhampiran sebelum meneruskan perjalanan untuk menaiki 'River Cruise' di Jeti 'The Shore'. Kami bertemu Long dan keluarganya berdekatan Dataran Pahlawan.

seronoknya berendam walaupun di dalam cuaca hujan gerimis lagi

Arisya bersama adik Wanie dan Mak Ndak Mai


Aidil bermain bola bersama Pak Teh dan Pak Ndak juga sepupu

menunggu hidangan sampai..



tiket terakhir di jeti ini sekitar jam 10 malam..


cantik pemandangan malam dengan lampu yang berkilauan


Erul, Mai, si kecil Wanie dan Pak Teh Man

Mak Teh Ida, kakchik, yang seat belakang tu Mai dan keluarga


bertemu Kak Long Nor di sekitar Dataran Pahlawan

Day 2 ~ 3.11.2018 (Sabtu)

Seawal lepas subuh anak-anak dah bersiap untuk turun mandi  di pantai. Alhamdulillah cuaca cerah, jadinya dapatlah anak-anak mandi sepuas-puasnya. Terdapat juga perkhidmatan bot untuk meronda pantai dan 'Banana Boat' untuk yang inginkan cabaran air.

turun ke pantai setelah alas perut dengan biskut dan roti

Aidil bersama Mak Teh, Mak Ndak, Abg Aiman dan Abg Boboi

seronoknya mereka bermain air di pantai

bersedia untuk cabaran bot pisang


bersedia semua !!

babai..

bot pisang dah kembali..

bot membuat lencongan untuk jatuhkan penumpang
cabaran bot pisang bila dijatuhkan dengan sengaja.

seronok walaupun jatuh di air.. 


seronoknya Risya dan Abang Aidil bersama sepupu

Long dan Abang Zai datang untuk join group sekali

Setelah puas bermandi manda dan bermain air kami pun naik ke chalet untuk bersiap-siap dan check out. Kami singgah makan tengahari di warung sekitar kampung sebelum menuju ke Muzium Kapal di Klebang.

menunggu makanan sampai..




Di Muzium Kapal Selam

Mak Teh Ida dan Ariff


Kakchik bersama adik ipar Ida dan biras Mai

Erul & keluarga

di dalam kapal selam.. agak sempit ruangan nya..




Selepas selesai lawatan ke Muzium Kapal maka masing-masing pun boleh membuat aktiviti bebas. Kakchik singgah di pejabat pemaju perumahan untuk melangsaikan bayaran deposit yang 30%. Syukur segalanya berjalan lancar sebelum kakchik pulang ke kampung untuk melawat Mak Net dan Hj Omar.