Assalam.. muga kalian beroleh ketenangan dan dapat menjalani kehidupan dengan aman dan damai bersama keluarga tersayang. Kita masih di dalam musim cuti sekolah akhir tahun.
Kakchik kongsikan kali ini aksi anak-anak kakchik yang belajar berenang mengikuti kelas promosi musim cuti sekolah. Sepatutnya kelas renang diambil dua tahun lepas tetapi memandangkan ketika itu kami ada plan bercuti maka ianya tertangguh. Banyak tempat juga kakchik cuba ambil quotation sekitar Johor Bahru, akhirnya kami memutuskan untuk anak-anak belajar di kolam renang Taman Tun Aminah sahaja. Harga promosi RM199.00 seorang tidak termasuk pendaftaran RM20 dan insuran kelompok RM16. Bayaran tersebut untuk 8 kali kelas yang diadakan selama sejam setiap sessi.
|
Kelas ke 4 Aidil telah boleh berenang sendiri, Arisya masih di bawah seliaan personal coach |
|
regangan sebelum masuk kolam renang |
|
di awal sessi mereka dilatih untuk berkayuh.. hihi |
|
dah habis kelas yang sejam, Aidil sambung berenang sendiri |
|
ramai anak-anak yang mengikuti kelas renang |
|
Arisya dilatih untuk apungkan badan |
|
Adik Risya rasa lega dapat pegang tembok |
|
Coach yang peramah dan senang berkomunikasi |
|
Aidil seronok dapat berenang |
|
Ni semasa Aidil masih di kelas ke 4 |
|
Boleh rujuk no telefon coach kepada yang berminat |
Alhamdulillah ada berbaki lagi 3 kelas sahaja untuk anak-anak kakchik menghabiskan aktiviti musim cuti sekolah. Muga mendapat ilmu yang bermanfaat, Insya Allah.
No comments:
Post a Comment