Tuesday, 15 August 2017

Resepi Sambal Ikan Bakar yang Sedap

Assalam..  muga hari-hari yang dilalui lebih menyeronokkan dengan kepelbagaian jenis makanan dan resepi masakan..


Kakchik bawakan resepi khas.. sambal ikan bakar dari sahabat Sharodz iaitu Puan Alisahkhairun. Resepi yang beliau perolehi semasa bekerja di bawah Kementerian Kesihatan dan menetap di Kuantan katanya.. terima kasih ye lis.. serius sedap tau..


kuah yang telah siap dimasak.. dilumur pada ikan yang nak dibakar juga..

Resepi Sambal Ikan Bakar

Bahan-bahan :

- 1 labu bawang holland
- 4 ulas bawang putih
- cili kering segenggam, ikut tahap kepedasan
- halia seinci besarnya
- kunyit hidup sedikit
- lengkuas sedikit
- serai 3 batang
- sedikit belacan bagi yang menggemarinya

- sos cili
- sos tiram
- kicap manis
- daun kesum segenggam
- garam secukup rasa
- minyak untuk menumis


bahan-bahan yang disediakan..

Cara-cara :

1. Kisar semua bahan-bahan utama yang di dalam senarai.

2. Panaskan minyak masak secukupnya, tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau dan garing.

3. Kemudian masukkan sos cili, sos tiram, kicap manis dan garam secukup rasa.

4. Biarkan kuah sambal mereneh seketika.

5. Tambahkan air untuk cairkan sambal dan sebelum api dapur ditutup, masukkan daun kesum.

Siap untuk dihidangkan bersama ikan bakar, selain yang dicurah pada ikan ketika membakarnya.


rupa sambal yang telah siap dimasak..


Nota: sambal boleh dibuat lebih awal dari hari yang ingin kita gunakan..  disimpan dalam peti sejuk untuk memudahkan kerja memasak pada hari yang kita nak bakar ikan.

Sunday, 6 August 2017

Ulangtahun Perkahwinan.. 6hb Ogos

Assalam..   muga hari-hari anda mendamaikan bersama insan tersayang


Tarikh 6 haribulan Ogos, merupakan ulangtahun pernikahan kakchik dan suami.. alhamdulillah tahun ini kami dapat meraikan bersama anak-anak.. kebetulan mereka sedang bercuti semester. Doa kakchik muga jodoh kami berkekalan hingga ke jannah dan sentiasa dirahmati olehNya.. Aamiin

Terima kasih untuk en. hubby yang sangat memahami dan banyak membantu di dalam mendidik serta membesarkan anak-anak.  Juga tidak kekok untuk bersama-sama di dalam urusan rumahtangga seperti mencuci pakaian, kemas mengemas dan lain-lain..  in-charge sepenuhnya semua urusan yang memerlukan penggunaan tangga sebab kakchik gayat tempat tinggi.. hehe.. kalau tak tolong, alamat tak berlap arr kipas siling dan tak bertukar lah langsir-langsir. Walaupun mampu untuk membayar pekerja cucian yang datang pada hujung minggu tapi kami lebih gemar membuatnya sendiri. 


Tiada yang lebih indah.. selain bersama suami n anak-anak


selamat menjamu selera.. terima kasih abang.. belanja kami

mum n doter..

Aidil pun nak berfoto jugak..

berfoto selepas dinner..


tolong promote nampak..

Muga kasih dan sayang yang kakchik dan en. hubby pupuk terus dibajai walau berapa besar rintangan dan halangan yang mendatang.. cewahh.. hehe

Thursday, 27 July 2017

Trip ke Rumah Abang Tiri di Jengka 3 @ 15.7.2017

Assalam..  muga kalian beroleh kesihatan yang baik dan banyakkan minum air masak pada cuaca panas sekarang.. dapat air kelapa pun boley.. hehe 

Sempena masuk rumah baru atau lebih dikenali sebagai banglo.. abang tiri kakchik menjemput kami sekeluarga bersama-sama menghadiri majlis kenduri kesyukuran serta tahlil bertempat di Felda Jengka 3. Majlis tersebut juga merupakan sambutan rumah terbuka memandangkan masih berada di bulan Syawal. Syukur alhamdulillah kakchik pun tumpang gembira untuk sama-sama meraikan dan ini merupakan pengalaman pertama ke kawasan Jengka yang dikatakan felda terbesar, mengikut kata pakcik.. sama luasnya dengan negeri Perlis.. wallahu Alam. Abang tiri kakchik yang mengajar dan mendirikan rumahtangga bersama isteri yang juga seorang guru yang berasal dari situ.. Felda Jengka 1 sebelum ini menetap di quarters guru agak lama sebelum membeli tanah dan membina kediaman sendiri.

Kakchik dan ateh merancang untuk pergi ke Jengka secara rombongan cik kiah.. port pertemuan ialah rumah mak di Melaka kerana kami akan membawa mak dan pakcik sekali bersama-sama. Pada tarikh 15.7.2017 bersamaan hari sabtu kami memulakan perjalanan pada pukul 7.15 pagi.. laluan kami ialah.. rumah mak-Air Kuning-Jelai-Bahau-Temerloh-Jengka. Perjalanan yang agak mencabar.. hampir 4 jam dari kampung kakchik.. sempadan Melaka-N9. Kami sampai kira-kira pukul 12.30 tengahari. Terima kasih kepada en. suami yang memandu tanpa bergilir dan belanja kami makan malam itu.


cantiknya mahligai Lan sekeluarga ye..  terima kasih atas layanan baik suami isteri dan anak2



pasti seorang abah bangga anaknya telah berjaya dalam hidup dan pandai bawa diri..


photo indoor.. pakcik tiada masa ni.. menjamu selera bersama saudara mara sebelah Jengka


menjamu selera di pertengahan trip.. sedap bekal nasi lemak masakan ateh dan nasi goreng mak

photo kenangan Risya dan adik Anna. berhampiran Bera..

Habis kenduri dalam pukul 5.00 petang kami bergerak pulang. Memang perjalanan yang agak meletihkan tetapi kami amat gembira kerana dapat bersama-sama ahli keluarga. Alhamdullilah kami selamat sampai dan keesokan paginya kami pulang ke JB.

Wednesday, 19 July 2017

Birthday Danial ke 21 @ 9.7.2017

Assalam... muga hari-hari anda mendamaikan.. dipenuhi dengan aura positive dan semangat membina..

Bersesuaian dengan tajuknya.. hari lahir anak sulung kakchik.. muga panjang umur dan menjadi anak yang soleh dunia dan akhirat. Mama dan keluarga sayang abang anil!


dah bujang anak mama..


terima kasih belanja mama dan family dinner.. 

comel-comel ajer..

tasya posing..

lagi posing nya..

tawa lebar sama macam zaman bayi lagi..

tawa yang sama kan..
Muga murah rezeki dan terus cemerlang di dalam pengajian seterusnya mendapat kerjaya yang baik. Aamiin.

Tuesday, 18 July 2017

Pengalaman Pertama Anak-anak Beraya Berkumpulan

Assalam.. muga Syawal yang masih dirayakan mendatangkan manfaat buat kita semua..

Kakchik kongsikan kenangan anak-anak yang beraya bersama kawan-kawan di beberapa buah rumah di kejiranan kami tanpa ibubapa. Memandangkan kami merupakan penduduk minoriti.. inilah julung kalinya anak-anak dapat mengutip pengalaman. Terima kasih kepada jiran kakchik iaitu Sapiah yang mengurus dan menjadi pemerhati peribadi untuk anak-anak seramai 9 orang termasuk anak-anak kakchik beraya beramai-ramai dengan berjalan secara kumpulan seperti zaman kakchik dulu2 semasa di kampung.


beraya di rumah kakchik.. rumah ketiga..
Penat juga mereka berjalan dari satu lorong ke lorong yang lain kerana jaraknya agak jauh. Alhamdulillah merasa kakchik menerima tetamu cilik seperti yang selalu dilalui oleh anak-anak di kampung dan taman-taman. Sempat kakchik bertanya anak-anak tentang ibubapa mereka.. ianya dapat mengeratkan silaturrahim sesama kami di situ. Kakchik dan suami panjangkan ziarah ke rumah ibubapa mereka pula.. mana yang sempat.

seronoknya anak-anak beraya..



Tuesday, 11 July 2017

Indahnya Persahabatan.. Kunjungan Syawal 2017

Assalam..  masih di dalam mood raya.. lagu raya pun masih berkumandang di corong radio bagai mengingatkan kita untuk memberi atau menerima kunjungan saudara mara, sahabat handai jua jiran tetangga.

Julung kalinya kakchik menerima kunjungan teman seperjuangan sejak di bangku sekolah rendah lagi.. sahabat Sharodz..walaupun kami sering bertemu sehabis STPM memandangkan orang tua kami tinggal sekampung dan beliau juga menetap di kampung yang sama.. tetapi kunjungan ke teratak kakchik memang sangat manis dan memanjangkan silaturrahim antara dua keluarga.

Terima kasih kepada beliau yang dikenali sebagai Cikgu Murni dan suaminya Abang Razak juga anak-anak bujangnya. Kakchik sungguh terharu kerana kunjungan insan yang saling mengenali memang sentiasa ditunggu tanpa sempadan atau alasan.


bersama 4 orang hero Cikgu Murni yang berdiri di belakang..


Kebetulan abang Danial pun ada ketika ini.. Tasya jer belum balik dari kerja..

Panjang umur dan murah rezeki kita berjumpa lagi.. Insya Allah.

Monday, 10 July 2017

Jejak Kasih Raya 2017..

Assalam.. salam aidilfitri.. maaf zahir dan batin buat semua.. muga lebaran yang baru berlalu meninggalkan kenangan terindah.

Jejak kasih yang kakchik maksudkan ialah untuk cik putih.. setelah hampir 20 tahun berada di jalan raya.. lebih-lebih lagi semasa berada di negeri asalnya, tidak pernah bersua muka, sempena lebaran ini.. berhampiran kawasan pejabat tempat kakchik bertugas.. cik putih bertemu kembar seirasnya.. nombor plat yang sama.. 


Cik putih yang sebelah kanan.. 
Walau tidak semewah mini cooper.. cik putih telah banyak berjasa.. muga cik putih terus sihat untuk berkhidmat bersama kakchik and d gengs.. Insya Allah.

Wednesday, 14 June 2017

Sambutan Hari Lahir Risya di Sekolah

Assalam..   muga ketenangan sentiasa memayungi kalian walau di mana jua berada..

Sambutan hari lahir anak bongsu kakchik diraikan bersama kawan-kawan sekelas, pada bulan Mac yang lalu.. tahun ini baru sahaja pihak sekolah memulakan program sambutan hari lahir murid pada setiap bulan di dalam kelas masing2.. setiap murid yang hari lahirnya jatuh pada bulan tertentu boleh membawa kek atau jajan dalam bentuk bungkusan.. memudahkan untuk di agih2 kepada rakan-rakan sekelas.

Alhamdulillah kakchik bawakan kek coklat dalam bentuk kartun dan kek batik.. sementara seorang lagi rakan sekelas risya membawa jajan untuk semua. Hanya dua orang murid sahaja yang menyambut hari lahir pada bulan tersebut.


kek kartun perasa coklat dan kek batik.. sedap katanya..


muga jadi anak solehah.. aamiin

lagi seorang rakan yang sama2 menyambut hari lahir dalam bulan itu..


terima kasih jajan nya..

risya yang duduk paling belakang.. sebelah kanan

kawan2 menyanyikan lagu hari lahir..

Insya Allah dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki ilmu, rezeki iman, rezeki kesihatan, rezeki harta dan dipermudahkan segala urusan.. aamiin.



Wednesday, 31 May 2017

Gaji Pertama Tasya Belanja Berbuka Puasa

Assalam..   muga kita semua menjalani ibadat puasa dengan penuh kesabaran di samping keluarga tercinta.


Anak kakchik yang sedang bercuti sem.. bekerja sementara di sebuah pasaraya berdekatan dengan rumah kakchik bagi memenuhi masa lapangnya. Agak lama cuti sem kali ini.. lima bulan.. sehingga Sept'2017. Gaji pertamanya telah diperolehi baru2 ini, so bagi meraikannya.. beliau telah berbesar hati menaja kami dengan berbuka puasa.. juga sempena ulang tahun kelahiran papa iaitu pada 30.5.2017.

Dengan bajet sederhana dapatlah kami sekeluarga (tanpa abang anil) berbuka bersama-sama di sebuah hotel sekitar JB.


Besday boy..

menunggu waktu berbuka.. tak sabar adik-adik Kak Sya ye..

pinggan kak sya  si penaja...


berbagai pilihan kuih, puding, bubur dan manisan


aneka sup

pilihan nasi dan lauk..

ulam-ulaman


ni selepas solat dan nak gerak balik da..

Alhamdulillah.. syukur ke atas rezeki yang diberikan. Selesa juga tempat yang dipilih kerana siap tempat bersolat.. telekung solat pun bersih. Setelah kekenyangan.. kami pulang.

Thursday, 25 May 2017

Anak Kakchik Belajar Main Snowboarding

Assalam..    muga kita semua berada di bawah lindungan Nya.. 

Pada cuti sem yang lalu iaitu penghujung Jan'2017.. sem break selama 2 minggu, anak kakchik telah mengisi masa lapangnya dengan mempelajari permainan snowboarding.. lebih2 lagi negara tempat beliau belajar tidak membenarkan student bekerja sementara semasa bercuti.. sangat strict kepada orang luar.. warga mereka sahaja yang memenuhi pasaran kerja. 

Berikutan jumlah rakan pelajar kita yang tidak berapa ramai di Uni tempat beliau belajar.. anak kakchik fly ke Moscow.. di sana lebih ramai student Malaysia.. mereka berkongsi minat yang sama.. ada senior yang sudi menawarkan khidmat tunjuk ajar cara dan teknik yang sesuai.

kelengkapan pakaian yang bersesuaian

Memandangkan musim salji belum berakhir.. dapatlah anak kakchik mengisi masa lapangnya dengan xtvt yang berfaedah. Beliau menumpang beberapa malam di hostel rakan2 yang belajar di sana. Teruja juga kakchik melihat permainannya walau kakchik tidak berminat dengan cuaca sejuk melampau sebegitu.


ni rakan2 dan senior anak kakchik


Friday, 5 May 2017

Trip to Lumut 3D 2N (29.4 ~ 1.5.2017)

Assalam..    muga berbahagia bersama tersayang dan hidup saling melengkapi sesama insan


Day 1 ~ 29.4.2017 (Sabtu)

Trip ke Lumut sempena cuti hujung minggu bersambung cuti Hari Buruh.. kami mulakan perjalanan seawal jam 4.30 pagi untuk mengelakkan kesesakan berganda.. hehe. Kami singgah subuh di r&r Air Keroh. Selepas sarapan, perjalanan ke utara diteruskan lagi.. jalan mulai sesak di NKVE kerana banyak konvoi motor kuasa tinggi, kapcai, vespa dan kereta sport mewah.. kami keluar di tol Bidor.. sepatutnya kami perlu keluar di Tol Sungkai tapi terlepas jalan..


Anggaran bajet perjalanan untuk keluarga berlima (3 dewasa 2 kanak-kanak) :

                                      (RM)
Petrol pergi & balik      -   200.00
Tol pergi & balik          -   160.00
Penginapan  (1 mlm)    -   150.00
Bajet game/bot            -   100.00
                                   -------------
Total :                             610.00
                                   ========                     


Dari tol Bidor anggaran perjalanan dalam dua jam untuk sampai ke Lumut.. bertemu Teluk Intan dan Manjung. Kami singgah makan tengahari di Selera Kampung Mohd, Manjung.. sedap dan enak masakannya. Kami sampai di Lumut sekitar pukul 2 petang dan terus check in. Sempat kami menyegarkan badan dan bersolat jamak sebelum acara seterusnya.. melawat pengkalan TLDM sempena hari terbuka 2017.. kami berjanji untuk bertemu sahabat kakchik yang datang dari Penang, juga adiknya dan suami yang menjadi staff TLDM di sekitar lokasi hotel.. rombongan cik kiah lagi..


TLDM Lumut - Hari Terbuka 2017

ahli rombongan cik kiah kami..

KD Hang Tuah


bersama sahabat kakchik yang turun dari Penang dan adiknya yang bertugas dan tinggal di Manjung

Group photo

Papa.. risya dan aidil di belakang..


Selepas melawat pameran TLDM kami singgah di rumah adik sahabat kakchik yang juga telah menjadi kenalan kakchik di Taman Manjung Point. Kami dijamu makan malam di situ.. kemudiannya kami ke Bandar Lumut untuk membeli belah dan menikmati permandangan waktu malamnya. Suasana agak sibuk dengan kebanjiran pelawat dari luar kawasan.. jalanraya pun agak jem.. nampak hidup suasana malam di bandar kecil tersebut.. pengunjung masih makan-makan dan membeli belah di gerai-gerai yang disediakan.

cantik taman bersebelahan Terminal Feri Lumut


Day 2 ~ 30.4.2017 (Ahad)

Aktiviti berkelah di Teluk Batik.. kami bersarapan pagi di dalam perjalanan ke sana setelah check out dari hotel penginapan.


pemandangan dari jendela hotel..


kami park kereta di chalet kenangan Pak Man untuk berkelah di Teluk Batik - charge RM5 per entry


menaiki banana bot rm7 seorang

naik bot rm5 seorang..  keliling sekitar perairan ke P. Pangkor


Pemandangan P. Pangkor 

Pantai Teluk Batik

comel nya Risya..


makan setelah kelaparan dan letih mandi manda.. terima kasih Midah yang membawa bekal nasi lemak dan kue teow goreng

Petangnya kami pulang ke rumah Midah dan Chen di Manjung Point.. kami menjamu selera dengan kue teow goreng yang Midah sediakan. Kakchik dan Cik Som memasak hidangan makan malam.. asam tumis siakap campur kacang bendi.. cik som menggoreng ikan dan memasak sayur bersama ulaman serta sambal belacan.. tidak lupa juga ikan pekasam yang sangat lazat. Pada masa yang sama kaum bapa dan anak-anak memancing di sekitar Lumut.

Selepas solat asar kakchik mengikut Cik Som ke pasar minggu/malam yang berdekatan iaitu di Manjung.. besar dan pelbagai variety boleh diperolehi di situ. Cuaca mulai mendung dan hujan turun selebat-lebatnya.. syukur kami sempat sampai di rumah.. terpaksa tangguh acara membeli belah kerana cuaca yang tidak mengizinkan.

Selepas maghrib kami makan malam bersama-sama dan meneruskan aktiviti indoor.. terima kasih Cikgu Midah yang rajin melayan anak-anak bermain kad matematik.. mereka sangat berminat dan teruja. Terima kasih kerana menyediakan bilik penginapan yang selesa kepada kakchik sekeluarga.


Day 3 ~ 1.5.2017 (Isnin)

Selepas solat subuh kami berkemas-kemas untuk pulang. Kami dijamu hidangan sarapan pagi.. nasi lemak dan roti canai. Terima kasih Midah sekeluarga dan Cik Som. Sebelum meninggalkan Bandar Manjung.. kami sekali lagi ke Lumut untuk membeli hasil laut seperti ikan bilis, sotong, ikan pekasam dan juga cenderahati. Beberapa helai t shirt juga dibeli sebagai kenangan. Banyak sungguh kedai menjual Ikan Bilis Mata Biru.. kakchik sempat membeli 500 gram @ RM30.. tapi tidak nampak pun matanya yang biru.. hehehe

Kami meninggalkan Lumut dengan perasaan terharu.. meninggalkan sahabat yang baik hati. Ada umur.. Insha Allah berjumpa lagi. Perjalanan agak lancar.. kami memasuki tol Sungkai dan terus menghala ke selatan. Kami plan makan tengahari di Batu Pahat so in between kami makan puff dan roti untuk alas perut. Sepanjang highway ke selatan masih lancar sehingga berdekatan tol Pagoh ada kemalangan kereta terbakar yang menyebabkan jalan sesak.

set dulang RM98.. dua bahagian kambing dan satu ayam.. Kari Kambing 40 Hari

Selepas menjamu selera kami meneruskan perjalanan.. yang sangat super duper jem.. jem berganda-ganda. Sempat membeli Putu Bambu Juriah dan durian crepenya.. anak-anak yang suka. Akhirnya kami sampai di Skudai kurang lebih pukul 7.40 malam.. huhu.. esok anak-anak nak ke sekolah. Penat atas jalan kiranya.. terima kasih pada Mr. Hubby yang sudi drive tanpa bergilir.