Assalam.. muga kalian baik-baik sahaja dan sentiasa di dalam rahmat Allah yang Esa.
Tanggal 27.3.2021 bersamaan dengan hari sabtu kami menghala ke Shah Alam untuk menghantar Kak Sya masuk rumah sewa bagi menyambung Sem 6 di UiTM Shah Alam. Sepatutnya kami rancang jika Kak Sya masih belajar secara dalam talian, dia hanya tinggal di rumah sahaja.
Berikutan arahan dari pihak atasan agar pelajar tahun akhir yang perlu masuk makmal harus hadir belajar secara bersemuka maka Kak Sya mencari bilik sewa yang tidak terikat kontrak. Alhamdulillah dapat berkongsi bilik dengan pelajar lain yang berbaki banyak sem lagi. Mungkin jadual bersemuka tidak sepenuhnya satu semester, jadi nanti boleh balik dan belajar secara dalam talian di rumah pula.
Kebetulan hari ini merupakan hari ulangtahun kelahiran Adik Risya yang ke 11. Kami meraikan secara ringkas di dalam perjalanan. Muga Risya dipanjangkan umur dan membesar sihat serta menjadi anak yang solehah. aamiin. Mama sayang Risya.
Muga Kak Sya dapat menyesuaikan diri duduk bersama kawan-kawan yang baru. Selamat belajar dengan mengamalkan norma baharu.
No comments:
Post a Comment