Tuesday, 30 March 2021

Kakchik Jadi Authorised Dealer Public Gold PG 344860

Assalam semua.. syukur alhamdulillah, muga hari ini lebih baik dari semalam dan hari-hari yang bakal mendatang akan menjanjikan kedamaian dan kesejahteraan buat kita bersama.

Kakchik nak berkongsi mengenai pembabitan kakchik dengan emas. Minat yang mendalam terhadap emas dari dulu lagi pada zaman persekolahan. Mak membeli emas hasil dari duit tabungan dengan bermain kutu. Bukan kutu yang dikepala tu ye.. ni kutu yang dimainkan secara berkumpulan contoh 10 orang. Kemudian akan ditetapkan tarikh oleh Mak Kutu untuk mencabut undian tersebut. Setiap peserta akan hadir bersama wang bulanan yang telah dipersetujui dan cabutan akan dimulakan setelah semua ahli kutu hadir. Ada seorang yang akan dapat dan jumlah duit yang terkumpul akan diserahkan kepada peserta tersebut. Begitulah seterusnya hingga setiap ahli mendapat bahagian yang sama. Ada sesetengah yang sekali cabut sahaja dah tau giliran masing-masing, jadinya tinggal bayar dan tunggu giliran tiba.

Kutu telah diharamkan oleh Bank Negara berikutan banyak aduan pecah amanah melibatkan ibu kutu yang melarikan diri dengan duit peserta atau ahli dan kes tidak dapat diselesaikan. Kesalahan berat iaitu denda tidak kurang dari RM500,000.00 dan penjara juga dikenakan kepada yang sabit kesalahan.

Berbalik kepada perihal mengumpul emas, kakchik selalu mengikuti perkembangan emas  dengan singgah di kedai semasa waktu makan tengahari, sehingga adanya internet dan boleh follow di Fb atau laman web kedai emas tersebut.

Kuatnya aura emas, ianya tidak dapat dipisahkan dengan wanita walau ada segelintir yang tidak suka memakainya tetapi tetap menyimpan dan dipakai pada hari tertentu seperti ketika  perayaan dan menghadiri majlis perkahwinan. Biasanya kedai emas akan membuat hebahan tentang patern terkini yang ramai orang beli. Sejak akhir-akhir ini banyak patern mengikut bentuk kuih muih seperti pulut dakap, coco dan biskut tawar. Yang terbaru ikut nama tumbuhan pula iaitu daun ketum.

Kakchik mulai melabur dengan Public Gold pada tahun lepas sahaja. Niat kakchik ialah untuk buang sikap boros berbelanja dan asyik bertukar-tukar patern emas hiasan dengan trade in. Kakchik bermula dengan membuka a/c GAP dengan introduser yg juga founder Emas2u iaitu Encik Muhaimin. Seronok dan gembira lihat jumlah gram semakin bertambah setiap bulan. Pada akhir bulan Februari, 2021 barulah kakchik teringin untuk mendaftar sebagai salah seorang dealer agar mudah kakchik meneruskan minat terhadap emas.




Mengikut maklumat terkini ahli yang menyimpan dan melabur dengan Public Gold mencecah kepada 500,000 ahli berdaftar pada Mac 2021.

Dealer Public Gold yang suka berkongsi ilmu dan manfaat simpanan emas, boleh dapat pelanggan setia yang menyimpan di Public Gold samada emas fizikal seperti gold bar dan dinar juga simpanan GAP. Dealer juga akan dapat komisyen yang tidak pernah putus sepanjang hayat.

Hatta jika Dealer telah meninggal dunia pun komisyen masih berterusan kepada pewaris yang telah didaftarkan. Bolehlah dealer meninggalkan anak-anak dalam keadaan selesa bagi meneruskan pendidikan.

Simpan emas sedikit demi sedikit, lama-lama akan menjadi bukit. Boleh wasap kakchik ye di talian 0137237155.

Muga kakchik dapat istiqomah dan berkongsi ilmu emas kepada semua.. aamiin.

No comments:

Post a comment