Sunday 28 February 2021

Aidil Exam Sijil Darjah Khas Agama 2020

Assalam.. muga kalian dan keluarga berada di bawah lindungan Allah.

Peperiksaan Sijil Darjah Khas Agama (SDKA) Negeri Johor bagi tahun 2020 yang sepatutnya berjalan pada minggu sebelum cuti Hari Krismas telah ditunda kepada 3-7.1.2021 berikutan pandemik Covid 19. Si bujang kecil kakchik menduduki peperiksaan yang bertempat di Sek. Agama Taman Universiti (SATU).

Sepanjang peperiksaan berlangsung selama seminggu, makan dan minum pelajar telah ditaja oleh pihak sekolah. Syukur alhamdulillah. Semua pelajar dikehendaki "check in" secara di dalam talian sebelum memasuki pagar sekolah dan seterusnya perlu patuhi SOP yang pihak sekolah telah sediakan.

Ada beberapa buah pusat peperiksaan sekitar Johor Bahru, Gelang Patah, Kota Tinggi, Batu Pahat dan lain-lain tidak dapat beroperasi disebabkan banjir teruk yang melanda. Pusat peperiksaan tersebut dan mangsa banjir diberi kelonggaran untuk mengambil ujian kemudian pada tarikh yang akan ditetapkan oleh pihak Jabatan Pendidikan Agama. Disebabkan hal sedemikian keputusan SDKA 2020 juga akan lewat keluar. Muga calon dapat bersabar.







Terima kasih kepada ustazah-ustazah yang telah membimbing Aidil dan semua pelajar. Muga anak- anak memperolehi keputusan yang cemerlang dan ilmu yang dituntut berguna sepanjang hayat juga menjadi bekalan akhirat. Insya Allah.

7 comments:

  1. Akak tau tak bila keputusan keluar ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. blm lg sis.. sllu kat group telegram darjah khas ada yg bertanya. katanya jun ni, tunggu lg la..

      Delete
    2. Aah,ramai dah tanya tapi lambat lagi... terima kasih sis 😊

      Delete
    3. sampai skrg ta keluar lagi:)

      Delete
    4. ye belum lagi dik.. semua dah ternanti2 kan.

      Delete
  2. Result SDKA keluar hari ini ye.. 8.7.2021. boleh check online. Syykur alhamdulillah anak kakchik lulus. Terima kasih banyak kepada semua ustazah yang mengajar dan memberi peluang beliau menduduki peperiksaan.

    1. Bersama ini dipanjangkan surat makluman Semakan Keputusan SDKA 2020.

    2. Pautan Semakan Keputusan SDKA 2020 :

    https://bit.ly/keputusan_sdka2020
    *(Bermula 11.00 pagi, 08 Julai 2021 (Khamis) sehingga 6.00 petang, 21 Julai 2021 (Rabu)*

    ReplyDelete