Tuesday, 23 February 2021

Oppie Operasi Mandul

Assalam.. muga kalian baik-baik sahaja dan tabah menjalani kehidupan norma baharu akibat pandemik covid 19 yang masih menular.

Pada awal bulan Februari ini, hubby kakchik telah menjadualkan agar kucing betina kesayangan anak bongsu kami iaitu Oppie dimandulkan. Ianya agar mudah bagi si bongsu menguruskan kucingnya dengan keluasan tempat yang terhad dan keadaan mamanya yang penakut kucing.

Tempat pilihan untuk rawatan ialah di sebuah pusat jagaan kucing yang berhampiran rumah kami. Pusat tersebut menyediakan pelbagai perkhidmatan termasuk operasi sunat bagi kucing jantan dan mandul bagi kucing betina.

Anak kucing peliharaan anak bongsu diberikan secara percuma oleh seorang berbangsa Tionghua di Perling setelah hubby kakchik membuat carian secara di dalam talian. Ketika itu Oppie baru berumur 2 bulan.


Photo diatas ialah Oppie pada hari kedua selepas operasi. Kami melawatnya di hostel pusat jagaan kucing. Kami mengambilnya pada hari keempat agar dia dapat menjalani proses pemulihan. Kos rawatan sebanyak RM140 dan di campur dengan bayaran hostel sebanyak 4 malam maka keseluruhan jumlah RM200. Kami menghantar Oppie sehari awal untuk memudahkan urusan pihak pusat jagaan kerana Oppie perlu puasa sebelum operasi.

Selang dua hari berada di rumah, Oppie asyik bersin dan kami membeli ubat demam serta selsema untuknya. Makanan basah yang anak bongsu kakchik sediakan juga Oppie tidak berapa selera untuk makan. Dia hanya makan biskut sahaja. Suaranya juga tidak berapa kedengaran kerana dia belum pulih sepenuhnya. Mengikut kata pihak pusat jagaan, Oppie perlu dipantau selama 14 hari dari tempoh operasinya agar pulih dengan sempurna.


Alhamdulillah.. Oppie telah pulih setelah tamat tempoh dua minggu dan kembali cergas seperti biasa. Suaranya pun mula kedengaran.




Kemain lagi Oppie tidur dengan penuh bergaya. Gedik dan manja. Ada rezeki nanti mama belikan sangkar yang lebih luas ye. Insya Allah

No comments:

Post a Comment