Wednesday, 30 September 2020

Ambil Kunci Rumah Durian Tunggal

Assalam... muga hari ini lebih baik dari hari semalam dan hari mendatang menjanjikan kebahagiaan buat kalian semua. PKPP masih berjalan hingga 31.12.2020, jadi kita mesti jaga jarak dan sentiasa amalkan norma baharu dan 3W di dalam menjalani kehidupan seharian.

Rumah teres yang kakchik tempah 2 tahun yang lepas telah pun siap semasa di dalam tempoh PKP fasa 1 lagi. Lokasi rumah ialah di Durian Tunggal, Melaka. Surat notis pengambilan kunci diedarkan semasa negara di dalam tempoh PKPP dan kakchik telah membuat janjitemu pada hari sabtu 1.8.2020 untuk tujuan itu.

Setelah mendapat kunci dan segala dokumen berkaitan kakchik pun menguruskan untuk daftar masuk api dan air bagi kemudahan kami apabila pulang ke Melaka nanti. 





Kakchik sedang menunggu masa cuti yang sesuai untuk memasang lampu dan membawa masuk beberapa perabut utama yang menjadi keperluan mengikut bajet kami yang sederhana sahaja. Muga urusan kakchik sekeluarga dipermudahkan. Aamiin

4 comments:

  1. sampai skrg msh blm lps lg nak buat gril rumah.. sbb lps kerja2 defects siap akhir Disember 2020 terus tak boleh rentas negeri. setahun jugak tak dpt nak sewakan.

    ReplyDelete
  2. Gril siap pada akhir November 2021 tapi defects work masih belum settle. Resubmit borang defects pada 27.11.21

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum salam 2023. Kalau rumah tepi tu bukan end loadkan? Lagi satu nanti ambil kunci serah rumah dorang bagi tahu ye, sy beli rumah kat sana fasa 2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam warahmatullahi.. rmh tepi yg xde tanah panggil end lot. Ye betul nnt pihak developer akan tulis surat bgtau utk ambil kunci. Dah dkt siap ler tu yg fasa 2. Byk defects umah ni. Kakchik baru jer upah tukang baiki gate yg senget minggu lps kena rm250 sbb tukang bukak bawah tembok pagar tu kosong jer xde tanah yg mencukupi jd tanah mendap.. lps lebih 2 tahun dah tak boleh nk claim defects lg.

      Delete