Assalam.. muga kalian sentiasa sihat di bawah naungan Nya. Selamat hari raya & maaf zahir batin dari kakchik sekeluarga.
Kakchik masih di Russia lagi iaitu di St Petersburg. Terkejut dengan cuaca yang agak sejuk dingin menyucuk ke tulang apabila di terpa angin. Kami tiba hampir waktu berbuka iaitu jam 10.00 malam bersamaan jam 3.00 pagi waktu Malaysia. Syukur diberikan kekuatan untuk meneruskan puasa walaupun selama 20 jam hingga kering dan sakit tekak kerana kekurangan air dek cuaca musim panas yang kering.
Wajah-wajah kesejukan sambil menunggu abang anil datang |
Day 1 ~ 1.6.19 (sabtu)
Kami keluar awal untuk melawat Peterhof yang agak jauh destinasinya. Cuaca agak panas tetapi angin kuat menyebabkan sejuk dan perlu memakai jaket.
Cantik station metro nya.. |
Ni kat taman menuju ke Peterhof |
Kami berbuka puasa dengan hidangan yang disediakan oleh Tasya dengan masakan nasi manual, sambal udang, ayam goreng tepung, ulam timun & tomato serta serunding yang dibawa. Terasa bagaikan di negara sendiri apabila dapat menjamah nasi ketika berbuka.
Day 2 ~ 2.6.19 (ahad)
Destinasi pada hari ini ialah melawat hermitage iaitu istana lama yang penuh dengan pelbagai tinggalan sejarah. Setelah puas membelek artifak sejarah, kami pun meneruskan lawatan dengan menaiki cruise mengelilingi St Petersburg hingga ke Teluk Finland. Teringin menaiki bot yang masuk ke setiap terusan seperti di Venice tetapi malangnya operasi bot ditutup sebab air laut naik tinggi kerana hari hujan lebat.
Angin laut yang membuai dengan cuaca yang masih hujan gerimis, terasa ingin tidur sahaja. Cantik sungguh permandangan kotaraya ini dan terdapat banyak bangunan bersejarah yang masih utuh terpelihara rapi.
Angin laut yang membuai dengan cuaca yang masih hujan gerimis, terasa ingin tidur sahaja. Cantik sungguh permandangan kotaraya ini dan terdapat banyak bangunan bersejarah yang masih utuh terpelihara rapi.
Menaiki cruise keliling St Petersburg hingga Finland Bay |
Kira-kira jam 8.00 malam kami singgah ke pasar halal untuk membeli 3kg daging untuk memasak rendang. Kami merayakan aidil fitri yang disambut awal sehari dari di tanahair kerana mengikut waktu di Mekah. Juadah ketupat dan rendang juga sup tulang disediakan untuk anak-anak dan kawan-kawan seuniversiti.
Malam itu kami berbuka puasa dengan tiga orang sahabat abang Danial. Hidangan ikan masak stim dan ikan masak tiga rasa disediakan seadanya bersama sayur kobis dengan udang.
No comments:
Post a Comment