Thursday, 6 June 2019

Sambut Hari Raya Aidilfitri 2019 di St Petersburg

Assalam..  selamat hari raya & maaf zahir dan batin.  Muga ibadah puasa kita diterima oleh Allah dan sebagai tanda kemenangan,  marilah sama-sama kita meraikan hari yang mulia ini. 

Pertama kali kakchik menyambut hari raya di perantauan.  Tarikh 4.6.2019 bersamaan hari selasa merupakan 1 Syawal di Russia.  Solat sunat Aidilfitri didirikan seawal jam 7.00 pagi di Masjid St.  Petersburg. Seluruh umat Islam disekitar bandaraya berpusu-pusu menyahut seruan menunaikan solat sunat disamping bertemu sanak saudara dan rakan taulan sehingga masjid penuh sesak melimpah ke taman bunga yang berdekatan. Menurut kata anak kakchik,  keadaannya sungguh luarbiasa kerana semasa solat jumaat taman tersebut separuh sahaja yang dipenuhi berbanding pada solat sunat yang melimpah ruah padatnya.  Masing-masing membawa sejadah sendiri yang dihamparkan di atas taman untuk turut serta bersolat. 



















Alhamdulillah kakchik dan anak-anak sempat memasak juadah raya iaitu rendang daging dan ketupat mini bersama sup dan ayam goreng tepung. Kawan-kawan Danial seramai 8 orang bersama-sama menikmati juadah yang dihidangkan. Terasa suasana raya seperti di tanahair apabila kami berkumpul. 




Muga moment indah ini menjadi kenangan manis sepanjang hayat kakchik dan keluarga. Syukur kepada yang Esa yang memberikan kesempatan untuk kami berkumpul bersama-sama. 

No comments:

Post a Comment