Wednesday, 21 December 2016

Bila Temperature Kancil 660 EZ Naikkkk...

Assalam.. muga hari ini lebih baik dari semalam..

Syukur alhamdulillah.. walaupun kereta utama yang kakchik dan family gunakan seharian dilanggar oleh lori ketika dalam keadaan pakir di depan office.. kakchik masih punya kereta kancil lama yang hampir 3 tahun terbiar.. digunakan untuk memandu pada jarak dekat dengan kawasan taman perumahan sahaja. Menurut pihak bengkel yang menguruskan insuran kereta yang dilanggar tersebut... tempoh siap dibaiki mengambil masa selama sebulan.. so kakchik pun gamble drive kancil untuk ke pejabat.. tujuan nya bukan sahaja untuk ke pejabat tapi untuk di repair di bengkel sebelah kanan pejabat tempat kakchik bekerja. 

Separuh perjalanan kakchik pagi itu.. kakchik dapati meter temperature kancil naik setengah dah.. panik gak kakchik.. terus maklumkan pada suami yang memandu keretanya di belakang sebagai escort.. in case kecemasan. Hubby kakchik sarankan agar berhenti di kawasan letak kereta area berhampiran kedai Mutiara Jati Skudai. Beliau check air kereta setelah agak lama enjin dimatikan.. air penuh katanya. Kami memutuskan untuk meneruskan perjalanan ke pejabat memandangkan temperature berada pada kadar setengah dan tidak terdapat tanda2 asap.. dengan bismillah kakchik drive hingga selamat sampai ke bengkel dan pejabat.

ni photo kancil yang telah banyak berjasa kepada kakchik

Setelah highlight masalah kancil kepada mekanik bengkel dan selepas di periksa.. terdapat kebocoran pada top cap radiator.. so perlu ditukar yang baru.. untuk enjin yang berbunyi bising bila membelok atau reverse.. mekanik sarankan menukar belting yang telah terkoyak.. walhal timing belt baru dibuat pada pertengahan tahun dan kereta cuma bergerak area sekangkang kera ajer.. hehehe.. service berkala pun telah dibuat oleh anak bujang kakchik semasa beliau pulang bercuti summer.. buat di bengkel lain masa tu.. yang berhampiran dengan rumah kakchik di Skudai.

Setelah menukar top cap radiator dan mencuci serta menukar air yang kotor dan berkarat.. geli pulak kakchik tengok air karat tersebut.. temp. masih naik dan boleh dilihat air membuak2 keluar dari radiator.. mekanik yang tunjuk.. kakchik bukannya tahu sangat bab kereta ni.. tahu isi minyak dan drive. Mekanik juga bagitau kakchik yang water pump dan kipas berada dalam keadaan baik. Mereka sarankan untuk buat top overhaul yang boleh tahan jugak kosnya dan masa yang diambil untuk baiki anggaran 2-3 hari kerana setelah dibuka semua componen enjin perlu dibersihkan sebelum dihantar ke kedai lain untuk buat refacing head.. selepas itu perlu dipasang semula dan ditukar jugak hose dan salur yang dah kaput.. almaklum kerete lama.. hampir 20 tahun.

Petangnya kakchik balik ke rumah dengan diambil oleh hubby.. merasa lah naik satu kereta berkejar2 untuk ambil anak2 di Taska dan berhenti di kedai untuk membeli keperluan dapur.. huhuhu.. nangis ke kakchik.. tak lah.. hadap jer la.. rezeki tang cabaran gitu.. redho is the best solution.


bil yang perlu kakchik bayar.. cross checking guna pakcik gugel sebelum confirm repair.. masih reasonable harganya..

Monday, 19 December 2016

Mengait Crochet Lagi...

Assalam.. muga anda bertambah ceria melalui kehidupan seharian dan berbahagia bersama keluarga tersayang.

Tahun 2016 bakal melabuhkan tirainya.. ada beberapa perkara yang kakchik dapat kecapi dengan kos yang minima.. minat mengait yang telah lama ditinggalkan menjelma kembali.. so paling kakchik seronok ialah.. telah berjaya menyiapkan tempahan beberapa orang sahabat karib. Salah seorang darinya telah menempah 5 helai chairback, dua helai runner untuk meja sisi dan sehelai alas meja bujur. Runner dan chairback tu kakchik dah biasa buat.. alas meja bujur baru pertama kali kakchik kait.. mmmm takde manual dan contoh.. cuma lihat photo pakcik gugel jer.. Bila dah buat2 hampir separuh jalan.. baru perasan.. kakchik kena lebihkan intinya.. iaitu bulatan kecil dalam bentuk memanjang bersesuaian dengan ukuran yang dikehendaki oleh sahabat tersebut supaya ia seimbang dan berkembang cantik sizenya.. 45 cm x 90 cm... Setelah siap tempahan untuk sahabat.. kakchik akan praktis buat benda yang sama untuk ibu mertua pula.. kebetulan mertua mintak kaitkan alas meja kopi yang bujur juga.. harap jadi dengan kemas dan rapi. hehe...

ni masa sedang kait.. size lebar dah cukup tapi size panjangnya masih belum cukup lagi..


ni hasilnya yang kakchik paksa sambung sayap untuk menambahkan size panjang.. hehe

5 helai chairback..

chairback lagi..

dua helai runner untuk meja kecil..

runner lagi..

alas untuk meja kecil.. set anggur
benang crochet.. kakchik beli di kedai alatan menjahit.. Tmn Universiti, Skudai

Best jugak mengait crochet ni.. masa senggang kakchik dapat dipenuhi dengan perkara yang berfaedah. Dalam kereta pun kakchik kait seandainya ada yang memandu. 


Wednesday, 7 December 2016

Mama.. naper mama takde dalam group photo ni??

Assalam.. muga hari yang dilalui penuh manfaat dan barakah..

Baru-baru ni kakchik pulang ke kampung.. anak bongsu dan yang atasnya si abang kecik asyik membelek-belek setiap photo frame di almari rumah neneknya. Belek punya belek.. ternampaklah photo lama yang ada arwah abah kakchik, emak serta adik beradik semua.

Bila  kakchik menghampiri mereka bertiga termasuk si kakak yang naik semester baru di UiTM Kuala Pilah pada 4.12.16, maka terkeluarlah soalan seperti tajuk di atas.. hehehe.. Si kakak pun menjawab.. "cuba tengok yang pengantin tu..  tengok bibir mesti tau.." Menyirap jer kakchik dengar.. dah lah bibir semerah tidak.. perggh pesal lah zaman tu kemain pekat lipstik nya.. kayo tauke kosmetik sebab sekali tonyoh.. susut banyak lipstiknya.. kikiki.. cer imagine..

Photo kenangan bersama arwah abah, emak, along, ngah dan adik-adik

Selepas mengetahui siapa sebenarnya si pengantin.. si bujang kecik  bertanya lagi.. "kenapa dulu mama pendek?" Sib si kakak tolong bagitau yang gambar tersebut dalam posisi duduk.. memanglah nampak rendah... banyak lagi soalan cepumas yang lain.. sel-sel otaknya sedang berhubung dengan sihat.. anak... alahaiii anak.. hehehe

Thursday, 1 December 2016

Musim Salji di Russia - Nov'2016

Assalam.. muga kakchik dan kalian terus tabah menghadapi segala rintangan dalam kehidupan..

Musim sejuk telah bermula di tempat anak kakchik belajar. Salji agak tebal pada awal November tetapi kemudiannya mencair sedikit demi sedikit.. hujung bulan baru mulai lebat lagi.. Walaupun xtvt agak terbatas.. kelas anak kakchik berjalan seperti biasa.

ni photo awal bulan lepas..


ni photo beberapa hari lepas..
Semuga anak kakchik diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan dalam menuntut ilmu di sana hingga tamat pengajiannya dan beroleh kejayaan cemerlang. Aamiin.