Monday, 31 October 2016

Kakchik jual penyembur serangga "Smart Keyler"

Assalam.. muga hari-hari yang kita lalui lebih bermakna dan menceriakan..

September lepas genap sepuluh tahun kakchik berhijrah dari Kuala Lumpur ke JB.. macam baru semalam jer rasanya kami berposah mengemas, hehe.. Masa mula berpindah dulu, kakchik dan suami menyewa rumah teres di Taman Damai Jaya.. setaman dengan mertua dan ipar. Berhampiran juga dengan kemudahan lain seperti sekolah kebangsaan, sekolah agama, masjid, klinik, kedai runcit dan menjadi laluan bas awam.

Alhamdulillah beberapa tahun kami menyewa sementara mendapat rumah sendiri yang bersesuaian dengan ekonomi kami.. iaitu yang kakchik tinggal sekarang di Skudai.. genap tujuh tahun bulan Oct'2016.. rasa cam baru jer kakchik mencuci dan mengemas sebelum masuk rumah baru.. masa tu sedang mengandungkan anak bongsu. Tanda-tanda usia telah separuh abad ialah.. kita merasakan sesuatu perkara baru sahaja terjadi dan berlaku.. tu yang kakchik alami arr.. hehe.. syukur masih sedar diri..

Masalah yang kakchik hadapi di setiap rumah ialah gangguan serangga seperti semut, lipas, lalat dan yang sewaktu dengan nya.. meja makan tu kemas dan lap macam mana pun jika di letakkan mangkuk lauk-lauk, sayur atau kuih muih pasti ada sahaja semut yang masuk.. naik jenuh nak mengadap.. Kebiasaannya kakchik pastikan setiap makanan yang dihidang perlu dihabiskan atau kena siap2 berkemas selepas makan dan simpan di atas dapur masak. Disitu sahaja tempat yang semut tak naik.. selain dari menyimpan di dalam peti ais.

Berbagai cara kakchik cuba tetapi tidak berapa berkesan.. sehingga kakchik terjumpa iklan di facebook tentang keberkesanan penyembur serangga yang bernama "Smart Keyler" terus kakchik pesan melalui facebook tersebut. Puas hati kakchik apabila mendapat penyembur itu dengan harga RM30 dan tambahan RM8 untuk bayaran pos bagi botol seberat 1 liter, terus kakchik ikut arahan di label.. menggoncang botol cairan tersebut sehingga larut sebatian putih di bawah tapak botol dan semburkan ke seluruh sudut dapur dan rumah kakchik. Untuk meja makan kakchik sembur dan keringkan dengan tisu sahaja.

Banyak lipas-lipas bergelimpangan keesokan harinya di area dapur dan ruang ke bilik air rumah kakchik.. semut langsung tidak nampak lagi di area tong sampah.. bawah meja makan dan tingkap tepi singki. Leganya rasa hati kakchik.. yang seronoknya.. dah boleh letak berbagai jenis makanan bawah tudung saji. Berbaloi jugak kakchik belanja RM38 kerana ianya dapat menyelesaikan masalah kakchik.. anggaran botol 1 liter boleh digunakan dalam tempoh tiga bulan. Kakchik pun mula membeli Smart Keyler dengan harga borong untuk diberikan kepada emak dan adik beradik di kampung.. kakchik juga promote pada jiran dan rakan sekerja. Alhamdulillah dari situ bermulalah kakchik menjadi dealer produk Smart Keyler ini. Selain digunakan sendiri kakchik menjual bagi mencari duit tepi bagi menambahkan pendapatan menampung belanja anak-anak di Uni.. almaklum kakchik tidak mendapat bantuan aiskrim, belkrim atau apa sahaja yang berakhir dengan rim... hehehe



Smart Keyler dalam pelbagai warna selain putih.. fungsinya sama

Smart Keyler ialah produk pemusnah serangga dan penghalau cicak yang tidak beracun, tiada toksik dan selamat digunakan bagi menghalau dan menghapuskan serangga yang berkaki enam seperti semut, lalat, lipas, pepijat, kutu dan sebagainya. Ianya juga boleh disembur terus ke tumbuh2-an bagi menghalau dan menghapuskan serangga.. juga tidak merbahaya kepada kanak-kanak. Produk ini adalah keluaran Bumiputera Islam. Boleh disembur juga di dalam kereta dan kenderaan lain, kedai dan pejabat selain dari penggunaan di rumah.

Harga Smart Keyler :

RM25   - botol 0.5 liter (stop production sementara untuk size ni)
RM30   - botol 1 liter
RM35   - botol refill 1.5 liter

Tambahan RM8 untuk bayaran pos seluruh Semenanjung. Boleh whatsapp kakchik di talian 013-7237155.


menarik sungguh warna-warnanya selain sangat berbaloi dan berkesan sebagai penyembur serangga

Tuesday, 18 October 2016

Dapat Hadiah Singki dari Sahabat Suami

Assalam..

Ketika kakchik menghantar barangan jualan yang di order iaitu perfume jenama Best Perfume ke rumah sahabat suami.. kami dijamu dengan roti boyan.. special buatan air tangan ibu mertuanya.. orang singapura.. sedap sangat.. bihun goreng pun sedap.. alhamdulillah. Kami berborak panjang jugak sebab lama tidak berjumpa.. raya tahun ni pun kami tak sempat berkunjung. Terima kasih ela dan suami yang support biz ciput kakchik.

Banyak perkara yang diborakkan.. memang seronok berbual dengan pasangan Ela dan suaminya Abang Wahab.. banyak cerita menarik yang timbul.. hehe.. berbagai genre sehingga lah terkeluar bab singki bilik air yang mereka dapat dari saudara yang berpindah rumah.. tidak digunakan dan belum dipasang lagi.. bila ditanya kepada kakchik samada nak tak singki tu.. masih baru lagi.. kakchik dengan pantas menjawab.."nak.. nak.. terima kasih".. dalam hati berbunga-bunga.. nak letak tub tak muat pulak kan.. hehe









Terima kasih pada hubby kakchik yang gigih dan rajin memasang singki tersebut.. jimat kos.. terima kasih pada bapa mertua yang menjadi penasihat.. beliau ialah bekas tukang di Kampung Serkat. Bila dah pasang singki baru so tukar sekali cermin muka dan tempat letak peralatan mandian.

Alhamdulillah rezeki kakchik.. rezeki datang dalam pelbagai bentuk selain dari wang ringgit.. kesihatan yang baik, anak-anak yang pintar dan soleh.. adik beradik yang memahami.. juga rezeki. Walau sekecil-kecil pemberian.. kakchik amat menghargainya.

Wednesday, 12 October 2016

Tadika Pasti 6 Tahun

Assalam.. muga hari-hari anda terus ceria.. dipenuhi aura positive dan di bawah payung lindungan Nya..

Kakchik kongsikan kisah anak bongsu yang belajar di Tadika Pasti area Skudai ni setelah 2 tahun belajar di Tadika ABCDE iaitu yang bukan Islamik. Walau hebat mana sekalipun cara pengajaran Tadika ABCDE.. dengan keputusan exam anak kakchik pun nampak bagus.. tetapi tiada matapelajaran agama yang diajar so kakchik terpaksa menukarkan si bongsu ke tadika lain.. sebelum penggal sekolah berakhir tahun lepas suami kakchik telah mendaftarkan anaknya ke Tadika Pasti. Sejarah juga bagi keluarga kakchik sebab belum pernah menghantar anak-anak sebelum ini ke Tadika Pasti. So apalagi.. kepada yang berminat bolehlah mendaftar sekarang ye untuk sessi 2017.. sangat direkomen untuk anak-anak.. please take note.. I have no business deal for the recommendation.. hehe

muka cuak pada hari pertama nak ke tadika

Masa hari pertama selepas pendaftaran

guna beg lain dulu.. yang Pasti punya belum dapat lagi masa ni..
Alhamdulillah selama seminggu mendengar si bongsu komen setiap hari yang kelas nya bising sebab masih bercampur dengan peringkat umur yang lain sepanjang minggu orientasi.. akhirnya dia gembira jugak untuk belajar ilmu yang baru di Tadika Pasti itu. Sebagai ibu.. kakchik gembira melihat perkembangan positive tersebut.. dia mula menghafaz doa-doa harian dan ayat lazim. Kakchik dan suami terkedu mendengar doa makan yang disertai dengan makna dan terima kasih kepada Allah.. juga kepada Malaikat Mikail yang memberi rezeki yang bakal dijamah.

Risya mula suka belajar.. alhamdulillah
Andainya kakchik tahu lebih awal yang modul pembelajaran di Tadika Pasti ini bagus.. tentu dua tahun lepas lagi kakchik daftarkan si bongsu. Alhamdulillah sukatan pelajarannya padat dan sangat baik untuk perkembangan otak anak-anak. Ayat lazim yang agak panjang juga dilatih untuk dihafaz oleh anak-anak dan hadis-hadis yang dihafaz serta diamalkan sangat praktikal dalam kehidupan seharian. 

Sebutan makhraj yang jelas ketika membaca ayat lazim yang di ajar di Tadika Pasti telah memudahkan anak kakchik untuk mengaji di rumah ustazah yang diatur oleh pihak taska.. selepas tamat sessi belajar di tadika.. anak kakchik diasuh di taska pula. Di usia 6 tahun si bongsu telah menamatkan bacaan Iqra' dan dinaikkan pula ke bacaan Al Quran. Semuga anak kakchik dapat meneruskan pembelajaran dari Tadika Pasti ke Sekolah Agama Negeri Johor nanti.. mempelajari ilmu agama di peringkat sekolah rendah  pula. Insya Allah..

Tuesday, 4 October 2016

Kenangan Si Manis 18 Sambut Birthday di KLIA

Assalam.. muga kebahagiaan dan kesejahteraan sentiasa bersama kalian.

Kakchik kongsikan kenangan anak kakchik menyambut birthdaynya yang ke 18 di KLIA. Kami gerak kira-kira jam 9.00 malam 16.9.16 dari rumah adik kakchik di Bandar Tun Razak menuju ke KLIA.. menghantar anak sulung kakchik yang pulang semula ke tempat belajarnya setelah 3 bulan cuti summer berakhir. Kami keluar awal sebab ada yang menunggu.. sahabat anak kakchik yang sama uni telah sampai lebih awal.. bagasinya melebihi muatan yang sepatutnya so mereka perlu adjust ke bagasi anak kakchik yang tidak sampai had lagi. Flight anak kakchik jadualnya pada pukul 2.10 pagi tarikh 17.9.16.

Dalam pukul 11.00 malam semasa anak kakchik nak check in bagasi.. petugas Emirates telah hint yang flight mereka berdua akan delayed disebabkan masalah over booked yang dihadapi pada hari tersebut. Dia diberikan voucher makanan RM25 pada malam itu.. sementara menunggu confirmation. Anak kakchik telah mengajak adiknya ke secret recipe untuk menikmati kek kerana sebentar jer lagi birthday adiknya.. mereka pergi bertiga beradik.. yang bongsu tinggal bersama kakchik di ruang menunggu. Sebenarnya kakchik pun terlupa pasal birthday tu.. hingga diberitahu oleh birthday girl  sendiri dengan menunjuk isyarat jam.. hehe.. tengah malam buta menunggu sampai otak jem takleh berfikir.. 

Happy birthday Tasya.. mama sayang sya.. sentiasa doakan yang baik-baik untuk sya..

Si Manis 18

Sempat bergambar sebelum bergerak dari rumah makteh di Bdr Tun Razak.. terima kasih makteh dan Uncle Iman


Kakchik dan family gigih menunggu flight danial sehingga pukul 1 pagi.. pihak Emirates confirmkan flight delayed sehari.. anak kakchik uruskan pengambilan tiket untuk keesokan hari dengan waktu yang sama. Penginapan percuma disediakan di Sama Sama Hotel.. cantik bilik hotelnya.. 5 star.. sebagai gantirugi.. tiket return diberi percuma untuk cuti summer tahun 2017.. Alhamdulillah.. baru anak kakchik terfikir untuk tidak balik pada tahun hadapan.. kerana nak jimat kos. Segala yang berlaku ada hikmahnya.. setelah selesai urusan anak kakchik, kami pun pulang ke Bandar Tun Razak.. akan datang semula pada sebelah malamnya.



bergambar kenangan.. ni malam flight abg anil delayed 
Keesokan harinya kami menyambut birthday kakak tasya bersama makteh sekeluarga.. abang danial tiada.. dia tidur dan berehat di hotel Sama Sama bersama kawannya. Untung kak sya sebab makteh pun buatkan kek untuk dia juga. Tapau kek untuk abang danial.. tapi dia kekenyangan.. makanan hotel sedap katanya. Abang anil jamah kek sikit jela.. Alhamdulillah flight nya mengikut jadual yang ditetapkan dan telah selamat sampai ke St Peterburg pada pukul 10 malam waktu sini pada 18.9.16 iaitu sama dengan waktu kami sampai di rumah JB setelah hantar si Tasya di Uitm Pilah dan singgah kampung untuk bertemu mak dan memunggah buah-buahan untuk di bawa pulang.. diberikan kepada family in law di JB.



Kak sya tak berapa suka kek.. kakchik still belikan sebagai kenangan bersama keluarga makteh





Adik risya tiada dalam photo.. demam.. terlena selepas makan ubat..

Sekian secebis kisah di KLIA.