Assalam.. muga rezeki kalian melimpah ruah dan sentiasa dikelilingi dengan insan yang berhati mulia. Aamiin.
Kakchik kongsikan kali ini mengenai buah kristal yang agak jarang kita temui. Terdapat dua variasi buah kristal iaitu yang kulitnya berwarna hijau dan yang berwarna hitam. Kedua-duanya rasa manis dan berjus. Meskipun yang hijau ini kulitnya penuh jeragat berbintik-bintik, namun rasa dia lebih sedap👍🏻😋
Sahabat kakchik yang tinggal di Kuching telah pergi ke Pasar Ahad (Sunday Market), beliau dapati banyak buah kristal. Harga yang ditawarkan dari rm10 - rm13 per kilogram. Beliau telah membeli sebanyak 2kg, walaupun hanya dirinya seorang yang gemar menikmati buah tersebut. Manakala suami dan anak bongsunya hanya menjamah 3-4 biji sahaja. Terima kasih sahabat telah berkongsi cerita buah-buahan dari Bumi Kenyalang.
No comments:
Post a Comment