Assalam.. muga kalian ceria bersama keluarga tersayang.
Ahad bersamaan 25.12.22 iaitu cuti hari natal. Kami mengambil kesempatan join family day sahabat sekolah TIJB suami kakchik. Alhamdulillah cuaca agak cerah walau ada sedikit mendung dan hujan di hujung petang.
Seramai 14 orang pihak suami dan 12 orang isteri serta beberapa orang anak yang dapat turut serta. 2 orang kaum bapa ride solo menaiki motosikal dan beberapa pasangan suami dan isteri turut ride berkumpulan. Yang bawa anak-anak datang berkereta termasuk kakchik sekeluarga.
Kami tiba di Kuala Rompin Beach Resort sekitar pukul 11.30 pagi melalui Jalan Jementah dari arah Asahan. Seterusnya kami melalui pinggir bandar Segamat untuk ke Muadzam Shah dan menyusuri perkampungan orang asli sebelum tiba di Kuala Rompin. Terdapat pasar tani yang agak besar dan luas di Bandar Kuala Rompin. Pelbagai hasil bumi dan laut yang dijual disitu.
Banyak jenis buah-buahan dijual dan udang segar menjadi tarikan utama. Ada di antara sahabat yang turut membeli udang galah untuk di bawa pulang kerana harga yang berpatutan dan mampu milik. Mereka simpan di peti sejuk dulu sebelum di bawa pulang ke tempat masing-masing.
Hidangan tengahari bersama semua keluarga yang hadir telah di sediakan. Selepas makan kami check in bilik hotel dan menunaikan solat sebelum bersiap ke acara berikutnya iaitu makan ikan/udang celop tepung di Pantai Penyabong, Endau. Kiranya masuk semula ke negeri Johor sebab Kuala Rompin terletak sempadan dengan Pahang-Johor. Cantik permandangan pantainya dan ramai sekali pengunjung yang membawa keluarga bersantai sambil menikmati makanan laut yang segar.
Malamnya kami berbabeque di tepi pantai. Kaum bapa yang bertungkus lumus menyediakan semua juadah hidangan. Acara bersambung dengan borak-borak santai sebelum pulang ke kamar masing-masing. Tengah malam itu hujan turun agak lebat sehingga air pasang dari laut melimpah ke tepian resort yang bertanah agak rendah.
Keesokan pagi kami beriadah di tepi pantai dan seterusnya bersarapan pagi dengan nasi lemak bersama beberapa jenis kuih muih. Aktiviti bebas seperti mandi di kolam renang atau laut hingga tiba masa untuk check out. Alhamdulillah tercipta kenangan indah serta ukhwah bersama. Terima kasih kepada semua sahabat. Ada rezeki in shaa Allah berjumpa lagi🤲🤲
No comments:
Post a Comment