Sunday, 28 February 2021

Aidil Exam Sijil Darjah Khas Agama 2020

Assalam.. muga kalian dan keluarga berada di bawah lindungan Allah.

Peperiksaan Sijil Darjah Khas Agama (SDKA) Negeri Johor bagi tahun 2020 yang sepatutnya berjalan pada minggu sebelum cuti Hari Krismas telah ditunda kepada 3-7.1.2021 berikutan pandemik Covid 19. Si bujang kecil kakchik menduduki peperiksaan yang bertempat di Sek. Agama Taman Universiti (SATU).

Sepanjang peperiksaan berlangsung selama seminggu, makan dan minum pelajar telah ditaja oleh pihak sekolah. Syukur alhamdulillah. Semua pelajar dikehendaki "check in" secara di dalam talian sebelum memasuki pagar sekolah dan seterusnya perlu patuhi SOP yang pihak sekolah telah sediakan.

Ada beberapa buah pusat peperiksaan sekitar Johor Bahru, Gelang Patah, Kota Tinggi, Batu Pahat dan lain-lain tidak dapat beroperasi disebabkan banjir teruk yang melanda. Pusat peperiksaan tersebut dan mangsa banjir diberi kelonggaran untuk mengambil ujian kemudian pada tarikh yang akan ditetapkan oleh pihak Jabatan Pendidikan Agama. Disebabkan hal sedemikian keputusan SDKA 2020 juga akan lewat keluar. Muga calon dapat bersabar.







Terima kasih kepada ustazah-ustazah yang telah membimbing Aidil dan semua pelajar. Muga anak- anak memperolehi keputusan yang cemerlang dan ilmu yang dituntut berguna sepanjang hayat juga menjadi bekalan akhirat. Insya Allah.

Tuesday, 23 February 2021

Oppie Operasi Mandul

Assalam.. muga kalian baik-baik sahaja dan tabah menjalani kehidupan norma baharu akibat pandemik covid 19 yang masih menular.

Pada awal bulan Februari ini, hubby kakchik telah menjadualkan agar kucing betina kesayangan anak bongsu kami iaitu Oppie dimandulkan. Ianya agar mudah bagi si bongsu menguruskan kucingnya dengan keluasan tempat yang terhad dan keadaan mamanya yang penakut kucing.

Tempat pilihan untuk rawatan ialah di sebuah pusat jagaan kucing yang berhampiran rumah kami. Pusat tersebut menyediakan pelbagai perkhidmatan termasuk operasi sunat bagi kucing jantan dan mandul bagi kucing betina.

Anak kucing peliharaan anak bongsu diberikan secara percuma oleh seorang berbangsa Tionghua di Perling setelah hubby kakchik membuat carian secara di dalam talian. Ketika itu Oppie baru berumur 2 bulan.


Photo diatas ialah Oppie pada hari kedua selepas operasi. Kami melawatnya di hostel pusat jagaan kucing. Kami mengambilnya pada hari keempat agar dia dapat menjalani proses pemulihan. Kos rawatan sebanyak RM140 dan di campur dengan bayaran hostel sebanyak 4 malam maka keseluruhan jumlah RM200. Kami menghantar Oppie sehari awal untuk memudahkan urusan pihak pusat jagaan kerana Oppie perlu puasa sebelum operasi.

Selang dua hari berada di rumah, Oppie asyik bersin dan kami membeli ubat demam serta selsema untuknya. Makanan basah yang anak bongsu kakchik sediakan juga Oppie tidak berapa selera untuk makan. Dia hanya makan biskut sahaja. Suaranya juga tidak berapa kedengaran kerana dia belum pulih sepenuhnya. Mengikut kata pihak pusat jagaan, Oppie perlu dipantau selama 14 hari dari tempoh operasinya agar pulih dengan sempurna.


Alhamdulillah.. Oppie telah pulih setelah tamat tempoh dua minggu dan kembali cergas seperti biasa. Suaranya pun mula kedengaran.




Kemain lagi Oppie tidur dengan penuh bergaya. Gedik dan manja. Ada rezeki nanti mama belikan sangkar yang lebih luas ye. Insya Allah

Tuesday, 16 February 2021

PKP Dilanjutkan 4.3.2021

Assalam.. muga hari ini lebih baik dari hari semalam dan kalian terus tabah mengharungi kehidupan dengan norma baharu.

Petang tadi Pak Menteri telah mengumumkan bahawa status PKP di 4 buah negeri dilanjutkan sehingga 4.3.2021 iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan K.Lumpur, Johor dan P. Pinang. 





Negeri yang berstatus PKPB ialah Sabah, Pahang, Negeri Sembilan, Terengganu, Kelantan, Perak, Melaka, Kedah, WP Labuan dan WP Putrajaya. Manakala Perlis PKPP.

Kakchik bercadang menjemput anak kedua yang belajar di Uni sekitar Shah Alam. Kontrak rumah sewanya akan ditamatkan hingga minggu ke3 bulan ini. Jadinya kakchik perlu membuat permohonan rentas negeri dari pihak polis bagi tujuan tersebut. Muga urusan kita semua dipermudahkan. Aamiin