Thursday, 23 February 2017

Borang-borang Tahun Satu Sekolah Kebangsaan 2017

Assalam..    muga hari-hari kita dilimpahi rezeki kebahagiaan bersama keluarga tersayang.


Pembukaan sessi persekolahan pada tahun 2017 adalah pada tarikh 1.1.2017 bersamaan dengan hari ahad... kakchik duduk di negeri yang bekerja pada hari ahad dan bercuti pada hari jumaat... Tak perlu ambil cuti pada hari tersebut kerana taklimat tahun 1 dan pendaftaran juga pembelian buku telah pun diaturkan pada hari jumaat sebelumnya. Persekolahan pada hari pertama bermula dengan minggu suai kenal selama 3 minggu seperti yang telah dimaklumkan semasa taklimat ibubapa tahun satu.

Alhamdulillah anak kakchik dapat menyesuaikan diri dengan pembelajaran dalam kumpulan.. aktiviti bersukan.. dan mereka juga dilatih untuk membeli makanan di kantin sekolah oleh guru-guru yang terlibat sepanjang tempoh tiga minggu tersebut. Berbaloi juga suami kakchik menghantar si bongsu bersekolah tadika sejak umurnya masuk 4 tahun... jadinya dia tidak kekok ke sekolah kebangsaan dan sekolah agama pada petangnya.

Terdapat beberapa borang yang perlu diisi oleh ibubapa atau penjaga sebagai maklumat lengkap murid tahun satu.. termasuk borang pengesahan pendapatan bagi kelayakan menerima Brim untuk anak-anak.. lau tak layak.. takmo bagi borang boleh tak... hehe...

ni rekod personalia murid..
Semua maklumat murid dan ibubapa atau penjaga perlu diisi di dalam rekod personalia. Terdapat lampiran yang perlu ditampal di belakangnya iaitu salinan sijil beranak, sijil Mykid murid.. salinan IC ibubapa/penjaga, salinan slip gaji dan beberapa dokumen lain yang berkaitan untuk penjaga seperti salinan sijil mati si bapa dan salinan sijil anak angkat juga. Cukup dan lengkap salinan borang yang diperlukan.. pernah dedulu masa anak kedua kakchik berpindah dari sekolah lamanya.. GB minta salinan perjanjian hak jagaan anak.. kakchik bagi jela..hehehe. Untuk ibubapa yang tiada slip gaji.. perlu dapatkan pengesahan dari Penghulu/JKKK berdekatan.


yang ni borang kebenaran untuk rawatan gigi..

ni rekod kesihatan murid

Dalam rekod kesihatan murid.. perlu diisikan butiran murid dan kena tandakan senarai penyakit atau alahan ubat untuk anak. Ibubapa juga perlu lengkapkan ruangan persetujuan rawatan untuk anak berserta saksi. Senarai imunisasi atau suntikan yang telah anak kita perolehi perlu di isi dan dilengkapkan seperti di kad berserta salinan rekod imunisasi semasa bayi.. yang dapat masa bersalin tu.. lau lelaki buku color biru.. yang perempuan, buku color pink..




ni rekod imunisasi bayi sejak dilahirkan..



ni borang pengesahan pendapatan untuk tujuan Brim..
Kakchik terlebih rajin.. slip gaji suami isteri semua siap berchop JKKK.. tersilap info sebenarnya.. macam nak mintak bantuan kewangan pulak.. Setelah siap kerja tampal menampal.. serahkan pada guru kelas. 

Sunday, 19 February 2017

MC Oooo MC... Hernia tu apa..

Assalam.. muga kita semua sentiasa berada di bawah naungan Nya..

Beberapa tahun kakchik tak berjumpa doktor untuk sebarang sakit seperti demam.. selsema dan pening. Kali terakhir jumpa doktor kerana sakit telinga.. agak serius jugak sakitnya tapi selepas berjumpa doktor dan mendapat ubat.. kakchik terus ke pejabat untuk meneruskan kerja.. kali ni kakchik terpaksa mengalah dan mengambil cuti sakit kerana dari petang isnin 6.2.17 lagi kakchik dah berasa sakit dan tidak selesa.. balik ke rumah kakchik masih boleh memasak yang ringkas untuk makan malam. Kakchik berdoa agar sakitnya hilang apabila bangun tidur keesokan pagi.. hehe

Malangnya sakit masih yang sama dan semakin membengkak.. puas juga kakchik cari pakcik google untuk dapatkan nasihat. Oooo pakchik google suruh baring dan rehat untuk kurangkan bengkak.. kakchik tak baring sepanjang pagi sejak anak-anak ke sekolah.. dihantar oleh hubby. Kakchik pun ke klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan.. soalan doktor.. "awak ada buat kerja berat"?... "takde doktor.. jawab kakchik"... pelik sekejap..  Oooo baru teringat kakchik angkat meja di stor pejabat.. hujan lebat dan bumbung sedikit bocor.. so kakchik angkat untuk alihkan sedikit ke kawasan yang selamat.. huhu

Doktor beri nasihat berkenaan sakit tersebut dan menyarankan agar kakchik mendapatkan rawatan di hospital untuk membuat operation.. lemah jer kakchik dengar.. dalam masa yang sama dia bagi pil tahan sakit dan ubat sakit kepala.. MC pun dia bagi.. tak perlu nak minta sebab memang dalam rekod ada data kakchik bekerja makan gaji. Lepas makan ubat.. terasa kurang sakitnya.. alhamdulillah.


ni sijil MC nya..

Kakchik nyatakan sedikit nota yang kakchik dapat untuk perkongsian ye.. ni dari pakcik google..

Hernia

Penyakit ini terjadi ketika usus menarik ke bahagian atas peha atau celah kangkang. Anda akan melihat adanya benjolan pada area tersebut. Risiko penyakit ini lebih tinggi kepada yang mengalami obesiti atau yang sedang hamil bagi wanita. Kebiasaannya.. untuk kaum adam.. dikenali sebagai "angin pasang". 


Ciri Penyakit Hernia Pada Wanita

Kaum wanita juga ada yang terkena penyakit hernia ketika sedang hamil atau semasa saat sedang melahirkan bayi. Beberapa ciri dari pengidap penyakit hernia seperti berikut :

- Terasa nyeri bersamaan dengan gangguan dalam sistem pencernaan
- Merasa nyeri pada bahagian perut yang bawah
- Mengalami muntah dan mual jika usus tersepit dan menyempit
- Jika hernia semakin serius, benjolan semakin meningkat dan akan berasa sakit
- Rasa sakit akan disusuli dengan demam
- Terasa sakit dan tekanan dalam perut sekiranya pesakit bersin, batuk, angkat beban yang berat
- Benjolan selalunya di sekitar bahagian perut dan tepi kelangkang
- Benjolan akan terus mengalami peningkatan ukuran

Penyebab Hernia pada Wanita

- Batuk kering atau bersin terlalu kuat
- Peningkatan tekanan di dalam perut
- Kelebihan berat badan
- Ibu mengandung/hamil
- Mengangkat bebanan yang berat
- Adanya titik lemah di dinding perut
- Adanya cairan di perut
- Kombinasi dua gejala tersebut
- Meneran berlebihan pada masa membuang air

Rawatan yang terbaik ialah berjumpa doktor di hospital dan membuat operation untuk membuang benjolan tersebut. Kakchik belum berapa berani nak tempoh operation dalam masa terdekat ini.. hehe..

Wednesday, 1 February 2017

Kenangan Majlis Persandingan Adik Kakchik di Dewan Rumah Melaka, Bukit Katil

Assalam.. muga hari2 yang dilalui penuh dengan keindahan dan barakah..

Kakchik kongsikan moment indah bersama keluarga di majlis adik kakchik dua tahun lepas.. bertarikh 28.12.2014 (Ahad).. banyak kenangan sepanjang majlis berjalan.. kakchik dan suami mengambil peranan sebagai penyambut tetamu utama sekaligus diamanahkan sebagai penyimpan wang sumbangan. Alhamdulillah majlis berjalan lancar.. pengantin yang cantik dan kacak.. makanan yang enak2.. dan dilimpahi dengan doa-doa.. ucapan yang baik2 dari keluarga, saudara mara, rakan niaga adik kakchik, sahabat handai juga kenalan jauh dan dekat yang telah sudi datang meraikan.

Beberapa photo yang berada di tangan kakchik.. sebagai ingatan..

sporting nya mak.. si risya buat perangai masa ni.. hehe

Tahniah ateh & Iman!

pasangan romantis..


pengantin bersama ngah..

Iman mendukung ummu.. cucu ngah yang comel


kaka memotong kek.. sempena birthdaynya sehari sebelum majlis ateh..


group photo sebagai kenangan..

Iman dan keluarga ain


ni pengantin lama...


bersama danial.. masa ni masih belajar di MIAT

kenangan bersama mak..


bersama si bongsu..


comel jer..


ni la mak2 pengantin.. hehe


bunga telur.. bermalam di homestay kat taman belakang Rumah Melaka

pelamin yang hijau..


sedia menanti kedatangan tetamu..

pencuci mulut..

Happy anniversary untuk pasangan Iman & Ida! muga jodoh berkekalan dunia dan akhirat.. Aamiin